BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, March 23, 2012

Hebatnya mereka




Oh, di sini ada suatu kisah. Bukan kisah uda dan dara. Kisah mereka yg punya kuasa dan katanya mampu berbuat apa saja. Eh eh, klisenya. Bukan dah banyak dalam buku, filem dan drama ke? Mmglah der, bukankah itu semua adaptasi dari dunia nyata? Ho ho, Khabarkan, khabarkan.

Yang peliknya, mereka2 ini dulu pun sama dengan je. Bila kamu di bawah, apa pun boleh. Masa itu kena jentik sikit pukul canang segenap kota. Kalau boleh nak khabarkan satu dunia. Kamulah jahat. Kamulah penindas. Aku mangsa, kamu pemangsa. Tapi bila kamu sudah di atas, aikk dah lupa asal usul rupanya? Belumpun kena jentik, obses tu dah mengalahkan apa.  Sekarang, kamu telanlah balik apa yang kamu luah dulu. Jilatlah balik apa yang kamu ludah dulu. Jangan sampai meludah ke langit, bertempek ke muka sendiri.

Biasalah tu kamu kan manusia hebat. Punya kuasa untuk buat orang percaya. Siap boleh pusing cerita. Kisah tu sejengkal je tapi dah boleh jadi sedepa? Kata2 orang qasar macam kami ada siapa nak percaya ke? Nak bagi bukti? Oh, kalau betul kami di pihak yang benar jgn harap kamu berdiam diri. Kamu akan terus gali dan gali. Yang peliknya, bukti belum ada tempat lain yang dah kena gali? Agenda apekah ini?

Huh, nampak sangat selama ni kamu memang tak puas hati. Kata si pemburu,hanya menunggu kancil masuk ke dalam jerat. Bila dah terperangkap, lauklah jadinya. Besar sangatkah salahnya? Sebelum tuding jari tu tuduhkan kami, bagus kamu periksa orang2 sendiri. Biasalahkan, kata orang gajah di  depan mata buat2 tak nampak, kuman yg kat seberang laut tu pulak yg nampak. Huh, nak mengeluh pun tak guna. Buat buang karan je.

Begitulah manusia kan mudah lupa. Masa kamu susah dulu, bukan kamu yang terhegeh2 mintak tolong kami? Eh, eh lupa pula. Bukan rela tapi terpaksa. Masa tu positifkan saja, paksa atau rela turutkanlah saja. Kami tak mintak balas budi pun. Kan memang dah tugas kami. Dah nama pun kuli. Kenalah sedar diri. Tapi janganlah sampai susu yang kami bagi, tuba yang kami dapat.

Sampai satu tahap dah muak dengan semua ni. Sudah lebih separuh dekad kot. Tak nampak apa yang sepatutnya nampak. Semua ala kadar saja. Dah sampai masa kot beralih angin. Kata orang santan makin lama makin lemak, makin sedap. Nampak gaya santan ni dah jadi macam hampas pula. Tunggu lebih lama dalam tong sampahlah tempatnya.  Tak guna pula rasanya berusaha keras, bukan nak hargai tapi salah pula yang dicari. Biasalah manusia, benda baik memang tak pernah nampak tapi yang buruk walaupun hanya sekali akan diingat sampai mati. Pasrah saja lah.

Kalau betulpun salah, jadilah hakim yang bijaksana. Semua tahu kamu orang cerdik pandai. Gunalah kuasa yang ada dengan bijak. Jangan biar anasir luar yang lebih sudu dari kuah. Jadilah pemimpin yang dihormati. Kelak hidup kamu juga yang akan dirahmati.

Sekian.

Adios..


Related Posts with Thumbnails