BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, December 15, 2011

A disaster December



Tak ada niat nak curse. Tak ada niat nak maki. Cuma luahan perasaan. Bagi aku bulan December 2011 sgt disaster. Penutup tirai 2011 yg horror. Kenapa horror?. Banyak up and down aku untuk tahun 2011 tapi December ni penutup segala suka duka.  Nantilah aku buat diari. Nak tau yg paling horror?.

kami diberi task yg tak sepatutnya kami buat.  Dah lama tinggalkan kerja2 itu. Kata mereka perang untuk selamatkan performance company. Bagi aku lebih kepada menyelamatkan kantung poket masing2. Siapa yg untung?. Mereka dan keluarga mereka. Bukan rasa terbeban dgn task yg diberi tetapi lebih kepada imej yg sudah kami bawa selama ini. Bagi aku banyak kesan jangka panjang samaada sedar atau tidak. Tak guna berhempas pulas mendaki tangga satu demi satu. Rasa terhina bila takhta selama ni direntap dan kembali menjadi “orang biasa”. Biarpun kata mereka tidak lama, tetapi biasalah. Kata2 itu selama ni boleh percaya bulat2 ke?.  Banyak propa dari bonar.

Dengan tiada apa2 persediaan, aku dan lain2 menyertai barisan2 mereka untuk berperang. Senjata tak ada. Ilmu tidak ada. Berbekalkan apa yg ada di atas kertas, kata mereka kami pasti boleh!.  Di atas kertas kami adalah yg terbaik. Pegi perang tanpa senjata. Gila ke hape?. even askar terlatih pun boleh kena tembak apatah lagi kami?. Ada mereka kesah ke?. Janji cukup masa poket mereka tahu2 sudah kembung semula. Hahaha. Gelak mereka. Kami dapat apa?.

Wehh, tak payah kot nak explain kenapa, mengapa dan bagaimana. Ada kami kesah ke?. Tak payah kot bazir kotak suara nak khabarkan semua. Kamu org cerdik pandai. Kata semua bijak laksana, kenapa awal2 tak nak fikir cara?. dah tersepit baru sibuk nak tuding jari salahkan itu ini. Baru menggelejat tak tahu nak buat apa. Last2 kerahkan jelah keringat apa yg ada. Itulah tup2 yg tak ada kena mengena pun kena jadi mangsa.  Itu patut ke?.  Walaupun banyak je tangan2 ghaib yg lebih berhak tapi hilang macam itu je. Biarkan2.

Ada pulak yg jadi pak turut je. Bukannya nak membela nusa dan bangsa.  Eh Eh , kalau bukan kamu yg membela siapa lagi?. Kalau hitam kata mereka, rentunglah jadinya. Lebih bagus jadi kapal yg tak ada nakhoda. Tahu2  terus karam je. Tak ada susahkan sapa2. Lagi puas hati.

Tak ada niat nak merungut tapi bila rasa nasib tidak terbela inilah jadinya. Dah boleh terima kenyataan pun. Dah kebal. Dah kental. Kan mereka kata kami ni apa pun boleh!. Kita tolong jelah apa yg mampu. Kita bantu jelah mana yg perlu. Kami tahu kami kuli. Kuli kan selalu kena buli. Kalau bukan kami yg bantu siapa lagi?. Bukan redha tapi pasrah. Redha itu ikhlas, pasrah itu menyerah.  Bagi aku dua2 tu tak ada beza pun.  Kena terima seadanya je lah.

Apa yg penting sekarang, kena lah positifkan diri. Muka senyum kata orang tapi dlm hati dah tak ada taman. Kata orang ikut hati mati. Ikut rasa binasa. Dua2 tu mintak simpanglah ya. Selagi mampu layankan je. Kalau dah rasa tak mampu sendiri mahu ingatlah ya!..

Adios...




Related Posts with Thumbnails