BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, November 15, 2011

So long...



Lama tak sembang2 kat blog ni. Banyak cerita nak update tapi masa dan idea mencemburui. Hari2 asyik balik lambat. Seminggu full dgn aktiviti. Balik rumah dah penat sgt. Mana lah sempat nak menghadap blog lagi. Bnyk benda nk update. Dah berlumba idea2 ni nak keluar tapi bila tekan je keyboard sume semangat hilang lesap. Aku pun tak rasa ada ke yg tertunggu2 or rindu nak baca entri2 aku?.  Mmg tak adalah kan?. Huhu.

First stori yg buat aku sgt teruja baru2 ni aku baru habiskan degree aku yg sgt kontroversi itu. Kenapa kontroversi?. Huh, gila payah aku nak mendapatkan sekeping kertas A4 tu. Smp satu tahap aku dah give up. Jatuh, bangun, merangkak, semua pun ada. Aku sendiri ingat aku tak akan berjaya. Jangkamasa 10 tahun untuk mendapatkan segulung ijazah?. Gila. Tapi itulah hakikatnya. 10 tahun untuk menghabiskan degree. Kenapa 10 tahun?. Huh, kalau aku nak cerita berkajang2 entri ni.

Mula2, aku sgt frust sbb x dpt offer ke IPTA. Dengan result spm aku 14 agregate time tu tak dapat bawak aku ke mana2. Sedih gila babeng. Tunggu punya tunggu dapatlah offer. Kemasukan ke unitar. Course nya bachelor of IT. Tempoh pengajian 4 tahun. Wallaweh! Tak perlu amik diploma terus lompat masuk degree. Sapa tak mau. Dpt lak loan PTPTN.

Tak fikir panjang aku terus accept the offer. Time tu course IT mmg tgh hot. Sana sini sume gila nak berIT sangat.  Nak tak nak aku pun terjebak sama. Zaman tu unitar dekat KJ.  Sekarang baru je pindah ke sunway bali. Malangnya unitar ni tak ada asrama. So menumpanglah aku kat rumah kekanda terchenta nun jauh di Bandar kinrara. So aku ulang alik je pegi kelas.

Semua berjalan dgn baik pada mulanya. Cabaran aku bermula lepas kakak aku dipindahkan ke KKB (kuala kubu bharu). Pilihan yg ada adalah untuk ikut dan ulang alik ke unitar atau sewa rumah sendiri dan hidup berdikari. Aku pilih yg ke dua. Sejak dari itu aku mmg tak menoleh ke belakang. Bukan dari keluarga senang aku bekerja sambil belajar. Semua untuk menampung belanja sewa rumah, buku dan makan minum aku.
Keje part time pertama aku buat sales assistant kat memory lane mid valley.

Igt lg time tu aku dibayar RM4.50 untuk sejam. Bunyi agak rendah tapi dah bersyukur sgt2 dah time tu. Aku manage waktu kelas supaya tak bertembung dengan kerja. Priority still belajar. Time tu mmg susah. Pernah duit cuma tinggal RM10 dlm poket. Duit yg ada pulak kena bayar harga barang yg dipecahkan customer. Manager aku sgt saiko. Dituduhnya aku tak jaga customer betul2 so brg yg dipecahkan dipaksa aku bayar. Nak tak nak terpaksa aku bg RM10 aku yg terakhir hari tu. Biar aku tak makan janji hati dia puas. Gila sedih time tu tapi tak apalah aku anggap sume ujian untuk aku.

Aku cari kerja lain dan dpt kat kedai printing dlm central market. Best gak sbb aku buat instant printing. Kat sana aku berjaya kaw tim ngan sorang staff untuk curi2 pegi kelas sebab keje aku full time. Kebetulan kelas 2 kali je seminggu. Dah bosan sgt sbb gaji rendah aku resign dan keje lak dengan satu restoran korea. Time tu dia nak offer gaji 1.2k. dah kira hebat sgt dah time tu. Aku jadi cashier. Waktu keje aku start 10 malam hingga 10 pagi. 12 jam.  Perghh. Mcm tak caya tapi aku keje gak. Balik keje jam 10 pagi terus bergegas pegi kelas. Mmg x smpt balik rumah lah jwbnya. kalau ada kelas petang, surau jadi hotel  sementara aku. Camtulah rutin aku. Part paling touching bila aku dituduh mencuri. Tu sume agenda manager aku yg ngok ngek tak nak bayar gaji. Dituduh aku songlap duit. Gila sadis. Sebab tak cukup bukti aku bebas.

2 bulan aku menganggur tanpa pedoman. Huh, gila pokai. Nak makan pun tak berduit. Nasib baek ada bf time tu yg merangkap en hubby skang. Sikit sebanyak aku boleh bergerak dgn motor cabuk dia time tu. Dari dulu sampai sekarang dialah transporter aku. Tapi biasalah kami time tu sama2 pokai. Apa yg ada share lah sikit sorang. Sebab tu aku sgt ingat jasa2 dia. Susah senang dulu kami sama2. Dah dekat 10 tahun dia masih dengan aku. Tiba2 aku jiwang pulak. Adoi.

Rezeki aku makin bagus lepas aku dpt offer keje kat public bank. Satu masalah baru mcm mana nak pegi kelas. Time tu aku terpaksa bekorban. Demi sesuap nasi atau segulung kertas? Mana dulu lebih mengenyangkan. Aku pilih dua2. Tiap kali ada kelas yg tak boleh ponteng aku ambik MC. Exam pun kalau cuti dah habis aku MC jugak. Cukup setahun kontrak tak boleh renew sebab terlalu banyak MC. Menganggurlah lagi. 

Tak lama lepas tu aku dpt offer jadi sekretari kat sebuah bank lain. Bila dah seronok keje biasalah datanglah perasaan malas nak belajar. Makin lama makin jauh aku dari kelas. Sampai satu tahap aku hanya register dan ponteng kelas terus. Exam aku dtg tapi satu hape pun tak boleh buat. Itulah zaman kegelapan aku. Kebetulan lepas tu kontrak aku dgn tmpt keje baru pun tak renew gara2 masalah disiplin aku. Aku sgt kecewa dgn hidup aku. Lepas satu, satu dugaan dtg. umur masih mentah tapi mcm2 aku dah kena lalui. Time tu rasa mcm nak hantuk kepala laju2 kat dinding. Fuhhh.

to be continue sbb dah ngantuks..papai..

Adios...




Related Posts with Thumbnails