BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, September 19, 2011

Merapu.




Dah lama tak berkecimpung untuk update blog. Sampai dah nak habis syawal satu entri pasal raya pun aku tak update. Satu je reason aku.

Malas.

Betul kata orang nak menulis ni kena ada passion. Kagum dengan mereka2 yang boleh update blog hari2. Banyak betul idea mereka. Mereka ni mungkin gifted. Ada je bahan2 yg boleh dijadikan entri menarik untuk blog mereka. Walau kadang2 ada yg meleret2 semata2 nak kejar point untuk nuffnang. Tapi biasalah, setiap apa yang kita buat tak kira apa pun adalah bersebab. Semua ada reason. Sama juga dengan hidup kita. Setiap hari apa yg kita buat mesti bersebab.

Kita makan bersebab. Kita mandi bersebab. Kita kerja bersebab. Kita tidur pun bersebab.  Tak payah aku terangkan satu2 sebab semua pun tahu baca. Tahu fikir semua. Tapi itulah, kalau ada yang tahu sebab musabab sesuatu perkara tapi sengaja buat2 tak paham. Lantakkan mereka.

Manusia boleh jadi hipokrit tetapi tidak hati. Sesuatu benda yg dibuat tak ikhlas tu akan terlihat juga akhirnya. Muka boleh cover baik punya tapi hati?. Sendiri mahu ingatlah ya. Kadang2 bila kita dah tolong mereka yg memerlukan ni belum tentu mereka akan kenang jasa sampai bila2. Minta maaflah ya memang dah adat dunia. Pepatah “bagai melepaskan anjing tersepit” ni memang dah banyak diguna pakai dalam kehidupan sekarang.  Antara sedar atau tidak saja. Yang dah terkena gigit jarilah jawabnya, yg belum terkena hanya tunggu sajalah saat2 nya.

Apa boleh buat. Value kan saja kehidupan sekarang. Tak perlu merungut. Tak perlu bersungut. Kalau dah selalu bersungut. Selalu merungut. Apa pun tak boleh. Kadang2 apa yang nampak bagus pada zahirnya bukan bagus dalamannya. Adatlah kan?. Nobody’s perfect apa. Yang penting kenalah baiki diri. Baiki kehidupan. Sampai bila nak harap jadi cacing dalam batu. Luar nampak gagah tetapi belakang kena buli. Takkan nak perjudikan nasib aje. Berdoa tidak. Usaha pun tidak. Nak tunggu bulan jatuh ke riba?. Kirim salam lah.

Aku pun tak tahu apa sebab aku merapu. tak ada sebab pun. kalau korang tak paham, aku lagi tak paham. Sebab kadang2 kita tak perlukan sebab pun untuk buat sesuatu. Kata orang just go with the flow. Tak gitu?.

Adios. 

Related Posts with Thumbnails