BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, August 4, 2011

Selamat Berpuasa...



Belum terlambat untuk aku ucapkan selamat menyambut Ramadhan..pejam celik pejam celik dah 3 hari kita berpuasa..how time flies!!....

Tahun ni dugaan puasa aku berat sikit…start dari first day puasa aku dilanda flu dan sakit tekak..ni semua gara2 infection dengan sorang budak dalam lif kat rumah aku…tiba2 bersin depan aku tanpa tutup muka..dalam hati geram rasa nak menyepak je..tak payah tunggu lama, esok aku terus rasa gatal2 tekak..confirmed virus tu dah meresap kat badan aku..

Sehingga entry ni aku tulis pun suara aku makin teruk..bukan setakat serak macam ella..dah macam itik serama dah..nak bercakap pun kuar angin je..teruk aku kena bahan ngan kengkawan kat ofis…sabo je laa bulan2 posa ni…

Posa tahun ni azam nak berjimat cermat..kalau tahun lepas, hari2 aku akan tapau makanan berbuka kat bazar ramadhan..tahun ni plan untuk masak2 je..actually lagi puas dan selamat makan masakan dari rumah..macam tahun2 lepas, selalu kena ceri beri lepas makan makanan dari bazar..ada satu tahap sampai berpuluh2 kali ulang alik ke tandas..sangat tidak berbaloi..tambahan tahun ni boleh balik sejam awal, sempat sangat kalau nak balik masak2 kat rumah..

Aku post pic menu2 berbuka yg dah aku masak sepanjang 3 hari ni..actually aku tau masak2 lauk kampung je..kalau suruh buat kuih muih mmg aku surrender awal2..huhu

Menu : ayam masak cendawan sos tiram + tauhu goreng+telur dadar ngan sambal kicap

ayam masak masak cendawan sos tiram yg telah di zoomkan

asam pedas ikan pari versi aku..

Menu : hati lembu goreng+ikan masin+sup sayur+telur dadar+sambal belacan..


Kepada semua selamat berpuasa..semoga tabah menghadapi cabaran dan dugaan di bulan penuh keberkatan ni…AMIN..

Adios..


0 Comments:

Post a Comment



Related Posts with Thumbnails