BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, August 24, 2011

Pelangi Petang Mereka...


Biasan gelodak rasa itu terhambur dari mata mereka yg redup
Di mana riak wajah itu terpancar dari kolam hati mereka yg basah
Bunga yg mekar itu menjadi saksi
Dua jiwa yg ingin bertaut menjadi satu
Tetapi mungkinkah?

Masa menjadi musuh mereka
Terlalu cepat atau terlambatkah?
Percikan itu terasa menerobos hingga ke urat saraf
Walaupun singkat zarah-zarah halus itu membentuk satu sinar yg terkesankan

Awan hitam yg dulunya berat bersarang sudah mula memuntahkan hujan-hujan renyai
Dua keping hati kering itu terus menerus disimbah basah

Mereka ingin mencantumkan malam-malam itu
Mereka ingin memungut bintang-bintang yg bergemerlapan
Mereka ingin mengait langit menjadi lebih dekat
Masih adakah sinar harapan?

Jika hidup itu sebuah drama disinilah pentasnya
Kita hanya pelakon terancang
Di mana skripnya sudah tertulis di luh mahfuz
Segala hikmah yg tersurat
Hanya DIA yg tahu

Oh, bersabarlah duhai hati
Dunia masih belum berhenti
Mereka dan kisah hati
Masih belum mati.

Kalaulah hari-hari yg berlalu itu boleh menjadi lambat
Dan malam itu boleh berlalu tanpa siang
Saat itu mereka masih boleh menganyam mimpi
Bukan sekadar pelangi petang sebagai memori

Semoga mereka kuat
Tabah menerima yg tersurat
Pelangi petang yg indah itu
Mungkinkan hilang
Tapi parut yg tinggal tidak pernah tersesalkan..

Adios..








Wednesday, August 10, 2011



Biasalah, bulan-bulan posa camgini macam2 rasa nak makan..latest aku teringin benor nak makan gulai kawah ala2 terengganu..kalau kat kampung biasanya leh order je kat mak mesti tersedia time nak berbuka..disebabkan kampung nun jauh di Terengganu, tak dapek laa nak balik merasa masakan mak time bulan2 posa camgini..beli kat bazaar?..oh, no..rasanya adalah tidak mungkin sama okehhh…so, kenalah berdikari..nak makan masaklah sendiri…uhukkk..

Nasib baik laa aku reti gak nak masak gulai kampung camgitu..menjadi feveret dari zaman kecik kot..satu problem, bahan utama untuk masak gulai ni iaitu “rempah” mana nak cari kat KL ni dek non..takkan nak pakai rempah adabi atau alagapas lak alamatnya jadi kari mamak laa jawabnya..

Tenkiu sesangat atas keprihatinan kekanda aku nyzal aziz yg volunteer untuk pos rempah ratus tersebut..actually rempah spesel ni ada kat kampung aku je..tu pun mmg org kampung sendiri yg buat secara kecil-kecilan dan hanya dijual di beberapa kedai dalam kampung aku sendiri..satu yg bagus tentang rempah ni mcm2 masakan boleh dibuat..gulai daging, ayam, ikan, kambing, gulai nasi minyak..apa pun boleh asalkan anda kreatif..

Akhirnya, jumaat lepas sampailah rempah ratus aku ni secara pos laju kat ofis..sewaktu posmen tu call aku ckp brg dah sampai, dari jauh aku dah boleh tercium bau rempah..sorry laa en posmen sebab confirm die dah boleh agak isi kandungan bungkusan tu sebenarnya rempah…kembang kempis hidung dia aku nengok...hahaha..ada 10 peket semuanya…macam boleh buat kenduri dah…sempat aku bahagikan sikit pada kengkawan kat ofis sebab masing2 excited nak rasa..terpikir gak maybe lepas ni boleh buat bisness lak..ada sapa2 berminat?..hehehe…

So, sabtu lepas tercapailah cita2 aku untuk masak gulai ala2 terengganu ni..sabtu aku cuba dengan daging..ahad lak aku cuba dengan ikan tongkol..dua-dua pun sedap dan terbaik dari ladang…kebetulan lak abang aku ada datang dari asrama dia kat sg buloh so dapatlah merasa “masakan mak” walaupun jauh beribu batu..

Kredit untuk kekanda aku yg tersayang sebab bersusah payah membeli dan mengepos rempah ratus dari Terengganu..dengar cite time dia nak beli rempah kedai tutup lagi..terpaksa beli kat rumah makcik yg buat rempah tu sendiri..susah2 aje..neway thanx a lot kerana sudi melayan selera adik2 mu yg jauh diperantauan ini…jasamu adalah dikenang…hehehehe…(ayat bodek)…

Layankan pic2 gulai yg aku snap..jgn terliur sangat lah yer..nanti batal posa…huhu..

inilah rupa rempah yg menjadi idaman..

gulai daging ni kena masak lama smp daging empuk..

gulai ikan tongkol ni rasanya mcm gulai nasi dagang...terbaekk..

so, sapa2 berminat nak resipi boleh laa pm aku yer..nak order rempah sekali pun boley.. :)

Adios..

Monday, August 8, 2011

Heppi bday en hubby..



happy bday to encik hubby yg dilahirkan pada 7 august 1978.. dah season 33rd rupanya..kata orang “age is just a number”..so every year we addin a number but yet we were still the same person..the most important thing are we still live healthy, lively, and happy gitu..

I would like to take this opportunity to wish my en hubby with all the love in the world “happy birthday” (even I’m not sure whether he will reading this or not)..thanx for always be beside me, be my full time transporter, my partner and my other half…luv u so much…i wanna grow old with you...(caitt.. jiwang karats lak)..

so, oleh kerana besday en hubby jatuh pada bulan Ramadhan tahun ni, plan untuk celebrate adalah time bebuka puasa..actually aku lagi prefer if celebrate ramai2 rather than kami 2 ketul je.."the more kan the merrier"...so tempat pilihan ialah flaming steamboat sunway..konsep makan2 kat sini ialah buffet steamboat..macam2 ada..dari seafood, bebola,  sayur2, kuih muih, buah2, aiskrim dan mcm2 lagi..sayang sbb kambing je yg tak ada…hehehe…semua kenyang smp tahap nak termuntah dah tgk makanan..price kat sini untuk buffet ramadhan ialah RM26.90 per pax..agak reasonable..

Tq untuk kengkawan yg sudi meramaikan majlis hari ni, “ecah, amy, faizul, ain, nazri dan abg aku si jepp”…meriah dgn kehadiran korang…terima kasih banyak2 from both of us..thanx guys once again... J

Piccas







Adios..




Saturday, August 6, 2011



Minggu ni aku sangat terkesan dengan 2 kisah..satu mengenai budak penjual kuih dan satu lagi mengenai seorang pengemis..lepas baca kedua-dua kisah ni korang akan buat perbandingan yg akan membuatkan korang terfikir sejenak dan menyedarkan siapa diri kita dan dimana kita berada sebenarnya..

Untuk kisah pengemis itu korang boleh baca seperti link yg aku lampirkan kat bawah..tulisan dari seseorang yang tidak asing lagi di dalam dunia kewartawanan, mazidul akmal sidek di blog beliau..selepas membaca attachment ini aku pasti semua akan lebih berhati2 untuk memberi sedekah kepada pengemis…


tak sangka bukan?..ternyata ramai yang mengambil kesempatan atas keberkatan bulan ramadhan dan generosity rakyat Malaysia yang suka memberi sedekah..memang geram bila fikirkan susah payah kita bekerja untuk mencari sesuap nasi, senang2 mereka ini meraih keuntungan tanpa berusaha..

korang baca pula kisah budak penjual kuih seperti di bawah..sangat tersentuh..

Hari itu selepas seminggu beraya di kampung, saya pulang ke Kuala Lumpur. Memikirkan highway PLUS sibuk, saya menyusuri laluan lama. Pekan pertama yang saya lintas ialah Teluk Intan. Terasa mengantuk, saya singgah sebentar di sebuah restoran di pinggir pekan itu. Sebaik memesan makanan, seorang kanak-kanak lelaki berusia lebih kurang 12 tahun muncul dihadapan.

“Abang nak beli kuih?” katanya sambil tersenyum. Tangannya segera menyelak daun pisang yang menjadi penutup bakul kuih jajaanya.
“Tak apalah dik… Abang dah pesan makanan,” jawap saya ringkas.

Dia berlalu. Sebaik pesanan tiba, saya terus menikmatinya. Lebih kurang 20 minit kemudian saya nampak kanak-kanak tadi menghampiri pelanggan lain, sepasang suami isteri agaknya. Mereka juga menolak, dia berlalu begitu saja.

“Abang dah makan, tak nak beli kuih saya?” katanya selamba semasa menghampiri meja saya.
“Abang baru lepas makan dik. Masih kenyang lagi ni,” kata saya sambil menepuk-nepuk perut.

Dia beredar, tapi cuma setakat di kaki lima. Sampai di situ, di meletakkan bakulnya yang masih sarat. Setiap yang lalu ditanya, “Tak nak beli kuih saya bang, pak cik, kakak atau makcik?”

Molek budi bahasanya! Mamak restoran itu pun tidak menghalang dia keluar masuk ke premisnya bertemu pelanggan. Sambil memerhati, terselit rasa kagum dan kasihan di hati saya melihatkan betapa gigihnya dia berusaha. Tidak nampak langsung tanda-tanda putus asa dalam dirinya, sekalipun orang yang ditemuinya enggan membeli kuihnya.

Selepas membayar harga makanan dan minuman, saya terus beredar ke kereta. Kanak-kanak itu saya lihat berada agak jauh di deretan kedai yang sama. Saya buka pintu, membetulkan duduk dan menutup pintu. Belum sempat saya menghidupkan enjin, kanak-kanak tadi berdiri di tepi kereta. Dia menghadiahkan sebuah senyuman. Saya turunkan cermin, membalas senyumannya.

“Abang dah kenyang, tapi mungkin abang perlukan kuih saya untuk adik-adik abang, ibu atau ayah abang.” katanya petah sekali sambil tersenyum. Sekali lagi dia mempamerkan kuih dalam bakul dengan menyelak daun pisang penutupnya.

Saya tenung wajahnya, bersih dan bersahaja. Terpantul perasaan kesian di hati. Lantas saya buka dompet, dan menghulurkan sekeping not merah RM10. Saya hulurkan padanya.

“Ambil ni dik! Abang sedekah. Tak payah abang beli kuih tu,” Saya berkata ikhlas kerana perasaan kasihan meningkat mendadak. Kanak-kanak itu menerima wang tersebut, lantas mengucapkan terima kasih terus berjalan kembali ke kaki lima deretan kedai. Saya gembira dapat membantunya. Setelah enjin kereta saya hidupkan, saya mengundur. Alangkah terperanjatnya saya melihat kanak-kanak itu menghulurkan pula RM10 pemberian saya itu kepada seorang pengemis yang buta kedua-dua matanya.

Saya terkejut, lantas memberhentikan semula kereta, memanggil kanak-kanak itu.

“Kenapa bang nak beli kuih ke?” tanyanya.

“Kenapa adik berikan duit abang tadi pada pengemis tu? Duit tu abang bagi adik!” Kata saya tanpa menjawap pertanyaannya.

“Bang saya tak boleh ambil duit tu. Mak marah kalau dia dapat tahu saya mengemis. Kata mak kita mesti bekerja mencari nafkah kerana Allah berikan tulang empat kerat pada saya. Kalau dia tahu saya bawa duit sebanyak itu pulang, sedangkan jualan masih banyak, mak pasti marah. Kata mak, mengemis kerja orang yang tak berupaya, saya masih kuat bang!” katanya begitu lancar.

Saya sebak, sekaligus kagum dengan pegangan hidup kanak-kanak itu. Tanpa banyak soal saya terus bertanya berapa semua harga kuih dalam bakul itu.

“Abang nak beli semua ke?” Dia betanya dan saya cuma mengangguk. Lidah saya kelu nak berkata.

“RM25 saja bang.”

Selepas dia memasukkan satu persatu kuihnya kedalam plastik, saya hulurkan RM25. Dia mengucapkan terima kasih dan terus berlalu.

Saya perhatikan dia sehingga hilang daripada pandangan. Dalam perjalanan ke Kuala Lumpur, baru saya terfikir untuk bertanya statusnya. Anak yatimkah? Siapakah wanita berhati mulia yang melahirknya? Terus terang saya katakan, saya beli kuihnya bukan lagi atas dasar kasihan, tetapi kerana rasa kagum dengan sikapnya yang dapat menjadikan kerjayanya satu penghormatan.

Sesungguhnya saya kagum dengan sikap kanak-kanak itu. Dia menyedarkan saya, siapa kita sebenarnya.

terharu bukan?..kisah budak penjual kuih dan seorang pengemis kemboja ini sangat ironi..seorang ialah manusia yang suka mengambil kesempatan dan seorang lagi kanak2 yang dibesarkan penuh dengan nilai-nilai murni dan rasa penuh tanggungjawab untuk mencari rezeki tanpa perlu meminta-minta..


semoga 2 kisah ini menjadi tauladan kepada kita untuk lebih menginsafi diri dan sentiasa bersyukur atas rezeki yang diberiNYA....we have to struggle to achieve what we aim to be.. no pain no gain…tanpa usaha tiada yang percuma…

Adios..






Thursday, August 4, 2011

Selamat Berpuasa...



Belum terlambat untuk aku ucapkan selamat menyambut Ramadhan..pejam celik pejam celik dah 3 hari kita berpuasa..how time flies!!....

Tahun ni dugaan puasa aku berat sikit…start dari first day puasa aku dilanda flu dan sakit tekak..ni semua gara2 infection dengan sorang budak dalam lif kat rumah aku…tiba2 bersin depan aku tanpa tutup muka..dalam hati geram rasa nak menyepak je..tak payah tunggu lama, esok aku terus rasa gatal2 tekak..confirmed virus tu dah meresap kat badan aku..

Sehingga entry ni aku tulis pun suara aku makin teruk..bukan setakat serak macam ella..dah macam itik serama dah..nak bercakap pun kuar angin je..teruk aku kena bahan ngan kengkawan kat ofis…sabo je laa bulan2 posa ni…

Posa tahun ni azam nak berjimat cermat..kalau tahun lepas, hari2 aku akan tapau makanan berbuka kat bazar ramadhan..tahun ni plan untuk masak2 je..actually lagi puas dan selamat makan masakan dari rumah..macam tahun2 lepas, selalu kena ceri beri lepas makan makanan dari bazar..ada satu tahap sampai berpuluh2 kali ulang alik ke tandas..sangat tidak berbaloi..tambahan tahun ni boleh balik sejam awal, sempat sangat kalau nak balik masak2 kat rumah..

Aku post pic menu2 berbuka yg dah aku masak sepanjang 3 hari ni..actually aku tau masak2 lauk kampung je..kalau suruh buat kuih muih mmg aku surrender awal2..huhu

Menu : ayam masak cendawan sos tiram + tauhu goreng+telur dadar ngan sambal kicap

ayam masak masak cendawan sos tiram yg telah di zoomkan

asam pedas ikan pari versi aku..

Menu : hati lembu goreng+ikan masin+sup sayur+telur dadar+sambal belacan..


Kepada semua selamat berpuasa..semoga tabah menghadapi cabaran dan dugaan di bulan penuh keberkatan ni…AMIN..

Adios..


Related Posts with Thumbnails