BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, July 31, 2011


Happening!!..

itulah perkataan yg dapat aku describe utk Malaysia vs Singapura  pada 28 July 2011 baru2 ini...untuk nota game ini adalah 2nd round kelayakkan untuk piala dunia 2014..sebelum ni kat Singapore kita dah tewas 5-3 dan kita perlu menang 2-0 untuk melayakkan diri ke pusingan seterusnya..

even kita seri 1-1 kpd singapura dalam perlawanan tu, singapura menang agregat 6-4 sebab dah menang di tempat sendiri..walaupun kalah, I would like to give compliment to the tigers team kerana berjuang berhabis-habisan dlm game tu..salute to the skuad under bimbingan K.Rojagopal ni..

stadium mmg penuh sesak dan happening habis..even the game on weekdays, 90 000 org tetap hadir mmberikan sokongan yg tak berbelah bagi sepanjang game tu..mcm2 laungan kata2 semangat dari penyokong Malaysia..time mcm ni mmg semua pun sepakat tanpa mengira kaum, bangsa, agama, dan perbezaan pandangan politik..the real Malaysian..aku sgt happy dan impress melihat semangat yg meluap2 dlm diri masing2…cayalah!!..

satu dunia dah tengok drama king player2 dari Singapore yg cuba melengah2kan masa..mmg singa kau pura-pura habis!!...so unprofessional!!..nampak gaya lepas ni sinetron Singapore dah banyak pelakon2 pelapis..tercuit sikit dia punya berguling2 tak hengat..nak bangun pun kena ambik masa 3 ke 4 minit..geram gila sampai rasa nak turun padang sepak muka diorg bagi betul2 sakit..nampak gaya lepas ni semua  player malaysia kena ambik kelas lakonan dengan Fauziah Nawi...baru bertemu buku dengan ruas..

kredit tu man of the match malam tu..bagi aku apek paling layak..banyak percubaan bahaya yang apek boleh save..semua berpendapat kalau apek diturunkan di Singapore tempoh hari, mungkin Malaysia ada peluang untuk mara..semoga Malaysia ada pelapis seperti apek dan safee Sali yg sangat berbakat..good job guys!!...

aku ceritakan sedikit corat coret experience aku sepanjang game tempoh hari..
  1. Semangat punye pasal sempat aku beli baju rimau kat giant kj tengahari tu dgn harga cuma RM15..very cheap2..
  2. Untuk elakkan jem yg dijangka teruk, aku rempit je ngan en hubby ..lps balik rumah tukar baju, smp sana dalam kul 6.30pm, actually my house nearby je ngan bukit jalil dlm 15 min dah sampai..
  3. Actually dah sepakat untuk jmp geng2 lain kat yellow gate tp bila smp sana mana nak jumpa dalam lautan manusia..tak guna ada hp canggih2 time ni sebab mmg line sume congested..nasib baik dpt call sorang geng badminton yg bg hint tunggu kat replica keris..so mmg aku & en hubby menuju ke sana je..
  4. Kesian kat kawan aku ecah yg dtg sorang2 naik tren..mmg nasib baik sgt2 je terserampak dgn aku & en hubby..apa lagi dari jauh dia berlari peluk aku mcm bertahun tak jumpa..punya dia happy dpt jumpa kitorang smp menangis...nak call tak dpt sbb line congested so mmg miracle sgt dpt jmp dlm lautan manusia ni..tak dpt imagine kalau tak jmp dia mlm tu..kesian ko ecah..hehehe…
  5. Jenuh gak cari replica keris at last jumpa gak geng2 badminton yg lain..so altogether ada 8 org..aku,en hubby, ecah, apek, jalal, zamin, didik ngan daus..sorry kat ayien, fathil n the geng sebab x jmp korang mlm tu..kami berlapan masuk blue gate sbb tak dapat contact korang…
  6. Walaupun stadium penuh dgn ribuan penyokong suasana tetap terkawal dan aman..suka tgk semangat tolong menolong antara satu sama lain..kan bagus kalau semangat macam ni sentiasa ada dalam diri masing2…peace yawww..
  7. Saat paling touching time lagu negaraku dinyanyikan..dah lama tak nyanyi dgn penuh semangat camtu since habis zaman sekolah..dikatakan lagu negaraku time tu yg paling kuat dinyanyikan dalam sejarah..
  8. Fun and sporting!..itu words paling tepat untuk describe pelancong mat salleh yg dtg bagi sokongan Malaysia..siap ada orang yg bagi bendera dan jaket Malaysia untuk mereka pakai..nampak sgt comel!..
  9. Time paling best time Malaysia score gol yg pertama…mcm nk runtuh stadium dengan sorakan peminat..feel tu korang bleh dpt bila ada kat sana je..havoc!!..
  10. Lawak bila penonton lelaki depan aku pandang2 belakang nak tahu siapa yg maki hamun paling kuat kat row kitorang..tak lain tak bukan si ecah yang emo terlebih time drama king player singapore..aku lak yg tersipu2 malu..ecah..ecah…
  11. The best part, even Malaysia kalah..penyokong Malaysia still sporting habis bagi sokongan sehingga wisel penamat...pemandangan yang jarang2 dapat dilihat..
  12. Player2 singapore dibaling botol selepas game tamat gara2 drama yg mereka cipta..lawak gila bila tengok masing2 betempiaran lari untuk mengelak..padan muka…hahaha..
  13. Time balik terpaksa berpecah sebab crowd sangat penuh hingga bertolak2 nak keluar dari stadium..kesian tgk mana2 yg bawak anak kecik..kalau terjatuh time tu confirm boleh mati kena  pijak…haishh..
Piccas







Note: kredit pic to en apek..

Overall, aku sangat puas hati malam tu..even Malaysia lose, I still support Malaysian tigers..keep the spirit…perjuangan masih belum selesai…Malaysian tigers will still roaRRrrrrr!!!..

Adios..






2 Comments:

  1. Nyzal Aziz said...
    wahhh...best2...sangat suka membacanya..siap feeling2 aku lak berada di sana..kekekee..even kalah tp depa tetap best..aku pon rase kalu apek jd keeper masa 1st game..silap2 kita yang menang..
    Chinatsu Akera said...
    huhu..of course la best..syg sgt sbb malaysia dah lead 1-0..tak pe lah kali ni xdop rezeki..next time boleh cuba lagi..lps ni sokong skuad olimpik lak..

Post a Comment



Related Posts with Thumbnails