BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, June 7, 2011

Bencikanlah aku..



Dicorong itu masih terngiangkan
Segala hamun tidak terbendungkan
Dihina dimaki sesuka hati
Tidak berpeluangkan membela diri
Segalanya ku kunyah seorang diri

Aku keparat
Aku lahanat
Aku haprak
Apa lagi yg belum?

Kerana pulut santan binasa
Kerana mulut badan binasa
Dek bait kata2 nakal itu aku merana

Bagai terjerat di dalam kandang
Bersalah sebelum dibicara
Bisa mengaku apa saja
Bila pedang di hujung mata

Tikamlah aku
Cerai sepaikanlah temulangku
Koyak rabakkanlah jantungku
Mengapa tidak dibunuh saja aku asal kau puas?

Hukumlah aku
Hinakanlah aku
Bencikanlah aku
Aku rela

Kerna sudah tersurat di karma
Nasib aku yang sebegitu..

Adios..

0 Comments:

Post a Comment



Related Posts with Thumbnails