BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, May 8, 2011

(Day 3)



Dah lama terbengkalai blog aku..bukan apa..sangat2 sebok kebelakangan ini..aku cuba gak habiskan apa cerita yg aku dah start pasal trip perhentian..mungkin dah banyak lupa sebab dah hampir sebulan tapi aku cuba sehabis baik…

last day kat perhentian pagi2 kami dah bangun..malam sebelum tu dah siap sedia packing sume barang sebab tak nak kelam kabut sangat pagi esoknya..pagi tu aku tgk cuaca agak mendung..tak lama selepas itu hujan rintik2 turun…aku tgk ombak pun agak bergelora dari 2 hari lepas..angin yg sepoi2 berselang seli dengan angin yg agak kencang..aku merasa tidak sedap hati..

seperti yg dijanjikan bot sudah siap menunggu jam 10 pagi..lebih kurang 20 minit kami terpaksa menunggu di jeti kerana bot mengalami sedikit masalah teknikal..sementara menunggu kami mengambil peluang bergambar..agak sedih bila terpaksa meninggalkan pulau yg memberi ketengangan dan menyimpan seribu kenangan selama beberapa hari kami menjejakkan kaki di situ..

ahli2 rombongan cik kiah kali ini..

nak enterframe jugak..

babai..pulau perhentian..

selepas bersiap sedia untuk bertolak, botman mengarahkan kami memakai life jacket..barang2 yg kami penuhkan di perut bot disuruh pindahkan ke bahagian belakang..kata botman cuaca hari itu kurang elok dan kami diminta mengisi ruang belakang bot..terdetik sedikit cuak di hati tetapi diam2 aku menyembunyikan supaya riak risau tidak terpapar di wajah..




perjalanan pada mulanya sedikit tenang..keluar sahaja dari lingkungan pulau perhentian aku lihat ombak semakin besar..huh, aku akui mmg takut..kecut hati aku melihat ombak bergulung2 seolah2 mahu menelan bot kecil kami..sesekali aku berishytifar..jauh di lubuk hati aku berdoa semuanya akan berakhir dengan baik..



laut agak tenang di awal perjalanan...

perjalanan balik agak memakan masa sebab ombak kuat membataskan perjalanan bot..kecut perut bila sesekali bot kami melanggar ombak dan setiap kali itulah bot seakan2 menjunam seperti menaiki roller coaster..dalam kepala aku terbayang2 filem titanic sewaktu melanggar iceberg..tidak sanggup aku memikirkan kebarangkalian kapal kecil kami akan terbalik atau sesiapa tercampak ke dalam laut..Nauzubillah..

separuh perjalanan, botman mengarahkan kami menyimpan semua peralatan elektronik di dalam beg plastik..katanya, kami bakal berdepan dengan hujan lebat..oh, apakah lagi dugaan yg bakal menimpa kami..tidak lama kemudian hujan turun dengan lebatnya..kami berhimpit2 dibelakang bot sehabis daya mengelak dari terkena hujan tetapi tidak berdaya..habis lencun semua..lega sedikit bila aku sudah nampak dataran di hadapan..walaupun masih kelihatan jauh tapi cukup untuk melegakan hati aku..

setelah menempuh perjalanan yg mendebarkan akhirnya kami selamat smpai ke jeti kuala besut..dalam hati aku memanjat kesyukuran..sudah tidak kisah pakaian kami yg basah lencun..apa yg penting kami semua selamat..sesampai di jeti botman memberitahu yg bot yg kami naiki hampir2 karam minggu lepas..katanya, cuaca ketika itu lebih buruk dari hari ini..huh, nasib baik dia bercerita ketika kami sudah selamat sampai..tak tahu bagaimana reaksi kami jika diberitahu lebih awal..huh..

selepas masing2 menukar pakaian, kami meneruskan perjalanan balik ke kuala Terengganu..kami singgah sebentar di tepi pantai untuk makan tengahari..masing2 kelaparan selepas berhempas pulas di dalam bot tadi..

kami sampai di kuala Terengganu lebih kurang sejam setengah kemudian..aku mengambil peluang untuk singgah ke rumah aku di kampung losong untuk berjumpa keluarga aku..sedikit sebanyak terubat kerinduan walaupun tidak dapat bermalam di sana..



ikan goreng tepung..nyum2



sotong goreng tepung..

kami meneruskan perjalanan pulang ke kuala lumpur lebih kurang jam 4 petang..kali ini tidak banyak singgah menyinggah..kami berhenti sebentar di cherating untuk makan malam..kami sampai ke kuala lumpur lebih kurang jam 12 malam..

bagi aku trip kali ini fun kerana planning yg bagus, kawan2 satu kepala dan tempat yg dituju amat menerujakan..adventurous kerana kami terpaksa menempuh perjalanan yg jauh untuk sampai ditambah pula dengan keadaan aku yg mabuk laut ketika aktiviti snorkeling..yg paling tidak dapat dilupakan, perjalanan di dalam bot sewaktu pulang ke jeti kuala besut yg amat mencemaskan..bila dikenangkan balik semuanya…so worth it!!...

terima kasih kepada rakan2 seperjuangan dalam trip kali ini..(en hubby, nazri, ain, amy, faizul dan ecah)..kalian semua sangat2 happening dan sporting..sangat looking forward untuk plan the next trip dengan kamu semua..apa kata survey?..hehehe..

mereka2 di belakang tabir..jumpa lagi next trip..hoyeahh!

Adios..


0 Comments:

Post a Comment



Related Posts with Thumbnails