BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, May 17, 2011

Perihal Sihir dan Ilmu Pengasih..





Santau? Sihir?..ilmu pengasih?..ubat guna2?..huh, korang percaya ke perihal benda2 mistik ni?....bagi aku susah nak cakap..tak nak percaya benda ni mmg wujud, nak percaya sangat takut jatuh syirik lak..memang tak dinafikan bermacam2 cara digunakan untuk menaniaya, membalas dendam atau mendapatkan hajat…bila sudah tiada cara lain, ilmu2 mistik ini digunakan selagi mereka ini belum puas..

aku tergerak untuk menulis entry ni sebab perkara diutarakan oleh seseorang yg rapat dengan aku..mengikut dari penceritaan dan tanda2 yg diberitahu, mcm sama dengan ciri2 orang  disihir…walaupun aku tiada 6th sense, benda ini sudah dapat aku agak sejak awal..melihat kepada perubahan sikapnya, tingkah lakunya, menguatkan lagi hipotesis aku bahawa ada sesuatu yg tak kena pada dirinya..semuanya tidak mustahil..hati manusia tiada siapa boleh mengagak..bila di depan pijak semut pun tak mati tapi di belakang setannya hanya tuhan yg tahu..

Ilmu Pengasih merupakan salah satu ilmu yang terkenal sejak zaman dahulu lagi....Ilmu Pengasih merupakan kaedah sihir yang bertujuan mempengaruhi emosi, pemikiran dan nafsu seseorang...maka apabila sihir ini terjadi, seseorang yang terkena sihir akan tidak berkelakuan seperti normal….bagi aku menggunakan ilmu pengasih untuk mendapatkan seseorang sangat tidak praktikal..tiada jalan pintas untuk memenangi hati seseorang…mereka yg mengamalkan ilmu2 ini hanya boleh mendapatkan jasadnya, tetapi rohnya tidak..tetapi itulah,  manusia ada bermacam jenis..kita mmg tidak mahu terjebak, tetapi bila kaki sudah melangkah mmg susah untuk berundur lagi..kena ada spiritual yg kuat untuk menangkis segala bentuk cabaran…

aku percaya dia boleh mengatasinya kerana aku sentiasa melihat kekuatan itu di dalam matanya..aku yakin dia boleh merubahnya dan mampu hidup bahagia seperti orang lain..yg penting jiwa mesti kental mengharungi segalanya dan sentiasa yakin bahawa setiap sesuatu yg diuji oleh Allah ada hikmah disebaliknya…

Adios..



1 Comment:

  1. Anonymous said...
    errkk aku pon mcm tahu je sape.. sungguh ke ni.. hurmmm..

    idah

Post a Comment



Related Posts with Thumbnails