BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, May 8, 2011

Mendapat demam package..



Tak ada angin, tak ada ribut tiba2 aku jatuh sakit..sudah la dengan kerja berlambak2 kat ofis yg dah tak tercapai yg mana satu..bulan ni aku rasa lebih hectic dari biasa setelah pembahagian tugas yg boleh menyebabkan aku menelan liur..GULP!...

Dua minggu lepas, habis je bersarapan aku dah rasa lain macam…tengah2 kusyuk buat kerja tiba2 sakit kepala menyerang dibelakang leher hingga naik ke kepala..berdenyut2 rasanya..ditambah dengan aircon kat opis yg hampir paras beku lebih memburukkan keadaan... telan 2 biji panadol sebab dah tak tahan sangat tapi tak elok2 gak..melalui pengalaman dan pembacaan aku, sakit kepala yg bermula dibelakang leher adalah efek dari stress..mungkin juga aku agak stress kerana terlalu terkejar2 menyiapkan kerja..

Balik dari lunch keadaan aku lebih buruk lagi..tiba2 sakit kepala aku bertkar menjadi seram sejuk..badan aku dah menggigil dan meremang semacam..aku terpaksa keluar masuk ofis untuk menghilangkan rasa sejuk melampau tu..sampai satu tahap, aku lepak srg2 kat tangga untuk hilangkan sejuk..tahan la kejap tapi bila masuk balik opis aku menggigil lagi..

Oleh sebab dah tak  tahan sangat, aku sesah en hubby ambik aku tepat jam 5.30 ptg sebab aku mmg terasa nak balik dan berselimut je kat rumah..aku kansel appointment untuk keluar buffet durian ptg tu dan terus balik rumah..

sampai rumah terus bentang toto kat tengah2 rumah, ambik bantal ngan selimut…aku makan 2 biji ubat selesema yg aku beli kat farmasi tadi dan zasss….aku tak sedar bila aku terlelap..sedar2 dah hampir maghrib dan aku dapat rasa badan aku mmg panas semacam..walaupun badan aku panas gila, aku tetap rasa sejuk gila sampai menggigil2 bawah selimut…kepala berat toksah cakap lah..sampai nak bangun pun tak larat..mata pun dah rasa macam berpinar2..

tak lama lepas tu en hubby balik..terkejut dia  tgk aku menggigil2 bawah selimut dengan badan aku yg mmg panas gila…cepat2 dia ambik towel dan tuam satu badan..rasa lega sikit tapi tak rasa perubahan pada suhu badan aku..malam tu gak en hubby bawak aku pegi klinik..pelik gak aku ubat yg aku mkn tadi mcm tak beri kesan apa2..lagi teruk adalah..

aku paksa gak diri bangun dan berjalan even dah rasa macam ala2 nak tumbang..nasib baik klinik yg aku pegi tak ramai org dan aku tak perlu tunggu lama sebelum dipanggil berjumpa dengan dr..sah!..aku demam panas smp suhu mencecah 39.6C..perghhh!..patutlah mcm nak terbakar badan aku rasa..tapi satu yg pasti, tekak aku mmg sakit yg lain macam..aku ingat sakit tekak biasa sbb demam aku datang sekali pakej selesema..masa dr cek tadi pun dia ckp tekak aku mmg nampak bengkak merah..aku terpaksa gak menelan bubur ayam sebab nak makan ubat..sangat menyeksakan..tekak aku yg terlampau sakit hanya mampu menelan 2/3 sudu bubur je..lain2 en hubby yg terpaksa habiskan..

esoknya aku MC..demam pun dah agak kebah tapi masih terasa pening2 lalat..satu yg pasti tekak aku mmg sakit yg maha luar biasa…sampai nak menelan air liur pun rasa nak menitis air mata aku..nak bukak mulut pun sakit apalagi nak bercakap..sudahnya, aku hanya mampu habiskan seketul burger hari tu..rasa macam nak menangis setiap kali menelan makanan..terpaksa juga aku habiskan sebab perut aku mmg kosong dari malam tadi..

esoknya demam aku dah kebah tapi hairan sebab tekak aku masih tak baik2..sampai langsung malas nak bukak mulut aku rasa..aku terus google cari jalan penyelesaian..aku tak rasa aku hanya alami sakit tekak biasa..huh, tanda2 yg aku dapat rupa2nya kuat mengatakan aku menghidap tonsil..atas nasihat seorang rakan, aku pergi klinik kelana puteri di kelana jaya untuk wat further checkup..sah!..dr ckp ada tonsil kat tekak aku…lebih buruk bila dr ckp tonsil aku dah menanah..sebab tulah aku rasa teramat sakit..dr bagi aku ubat antibitiotik yg paling kuat dan nasihatkan aku makan aiskrim untuk kecutkan tonsil aku..amazingly, lepas beberapa jam makan ubat dan aiskrim..tekak aku mula menampakkan perubahan..aku dah boleh menelan tanpa menahan air mata lagi..alhamdullillah..

yg tak berapa besnya, lepas dah telan antibiotik memang sakit tekak makin sembuh tapi efek kepada ubat antibiotik tu, bibir aku pecah2, lidah aku sebal dan tepi mulut aku seakan2 melecur..sampai nak makan pun susah nak bukak mulut..lepas satu..satu..aduyai..

time2 sakit mcm ni yg membuatkan kita sedar begitu berharganya hidup secara sihat..sekejap je tuhan tarik balik deria rasa sudah rasa sangat2 seksa..2 hari demam badan aku susut 2kg..semuanya gara2 tak lalu makan..kalau seminggu?..maunya lepas tu kalau aku berdiri tepi tiang letrik dah tak boleh nak bezakan mana satu aku dan mana satu tiang..

Tq gak kepada en hubby yg sabar dengan karenah aku time demam hari tu..tapi seminggu lepas aku demam dah berjangkit lak kat dia dan turn aku lak jaga dia..so fair n square..biasalaa kan sharing is caring gitu sampai penyakit pun boleh share2..tak gitu?..

Adios..

0 Comments:

Post a Comment



Related Posts with Thumbnails