BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, May 24, 2011




Selepas trip perhentian bulan lepas, kaki dah gatal2 nak pegi vacation lagi..tgk kawan2 lain bersilih ganti melancong ke china, korea , holland, london rasa mcm teringin nk nak pegi melancong oversea juga…nak pegi europe rasa belum nak mampu lagi so kitorang decide melancong ke negara asia tenggara lah dulu..selepas bandung tahun lepas, ni second time nak keluar negara..harap2 sama best dgn trip ke bandung dulu..

Tiket dah book, tripnya mmg lambat lagi dalam bulan November tahun ni..ada lagi dalam 5 bulan so sempat laa nak menabung apa yg patut..ahli rombongan cik kiah yg dah confirm ada 7 orang..ada yg dah travel sama2 time trip ke bandung dulu dan ada gak ahli baru..so far baru beli tiket je ape pun belum decide lagi..lagipun still awal tak nak laa over excited..yg penting ptptn kena la bayar tiap2 bulan kang tak pasal2 time nak pegi nama kena blacklisted pulak…pasrah je kang...heheheh..

Ape yg best  di ho chi minh, Vietnam?..errrkkk.....aku pun tak tahu sangat tapi dengarnya sana boleh dikatakan syurga shopping selepas bandung..bagi kaki shopping mcm aku, peluang terbaik ke sana sebab barang2 sana dikatakan murah2..ada gak try google2 blog traveler yg dah pernah sampai ke ho chi minh ni..at least boleh laa dijadikan panduan sebelum travel kat tempat orang..kata orang sebelum jauh merantau ilmu kena laa penuh di dada..tak gitu?...

Sepnjang pembacaan aku, ada gak tempat2 menarik kat ho chi minh ni untuk sight seeing seperti notre dame dan central post office..kalau rasa nak mencabar lak boleh berperahu kat delta Mekong..kalau nak tahu pasal sejarah perang Vietnam lak boleh ke cu chi tunnel..ntahla aku pun tak tahu tempat2 yg aku sebutkan tadi akan ada tak dalam agenda kami nanti…banyak gak tips2 yg aku dapat tahu tentang orang2 vietnam ni..rata2 bg feedback yg orang Vietnam ni tidak berbudi bahasa, bengis dan kasar..susah aku nak verify selagi belum experience sendiri…tunggu dan lihat jelaa di samping ambik semua tu sebagai notes nanti..

Looking forward untuk trip ke Vietnam kali ni..hopefully sume berjalan dengan lancar nanti..so para rombongan cik kiah yg lain..are we ready?...hoyeahh!!.....

Adios..




0 Comments:

Post a Comment



Related Posts with Thumbnails