BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, May 26, 2011



tak susah nak susah, tapi bukan senang nak senang..statement ni mmg selalu kite dengar sejak dari zaman nenek moyang lagi..perbincangan secara tak langsung time brekfes pagi tadi buat aku tergerak untuk stori mori tentang pengalaman kerja aku lepas habis je spm kira2 12 tahun lepas..aku mmg suka berdikari dr kecik lagi..kena laa sedar diri sbb dah tau bukannya org senang..so habis je exam spm terus aku cari peluang keje untuk nak merasa pegang duit sendiri..

dalam pendakian usia ni mcm2 pengalaman kerja yg aku dah kutip..ada suka, duka, pahit, manis dan mmg bnyk kenangan yg x dpt aku lupakan..dari sekecik2 kerja hingga sekarang aku sudah boleh menarik nafas lega walau masih bnyk yg belum dicapai..bukan senang rupanya nk mencari sesuap nasi…sgt bnyk cabaran dan menuntut ketahanan mental yg bukan calang2 seh…

huh, cerita tentang pengalaman kerja mmg mcm2 ada..(pinjam tagline astro)..aku listkan mana yg aku ingat…kerja warnakan batik, gores & menang, kerani gudang, susun coklat kat pasaraya, sales asst kat memory lane, sales asst kat parkson, tukang masak, cashier kat restoran korea, design business kad, cust service kat bank, sekretari,  call centre, dan smp skang QA specialist kat tm…perghh..kalau nak stori experience satu2 aku dah boleh buat novel..

aku stil ingat pekerjaan pertama yg aku buat lepas je habis exam spm tahun 1999 dulu, ialah mewarna batik..tempat tak jauh dari rumah aku..so x payah susah2 pegi keje jalan kaki je..kalau ingatan aku tak salah, selai kain batik yg berjaya diwarnakan, diorg akan bayar 50sen…gaji lak dibayar weekly..so kena la struggle kalo nak duit lebih..aku tak tahan lama kat sana sebab konon2 nak cari keje lagi best..lagipun tangan aku ni kayu sket bab2 seni so baik aku berenti sebelum bnyk kain2 batik yg aku jahanamkan dengan bakat yg tak berapa nak ada ni..heheh..

keje kedua aku buat sehari je sbb aku tak sanggup nak menipu..aku dpt tau tentang company ni pun dr iklan kat suratkhabar..kalau tak silap dlm iklan tu ada mention utk buat sales..so curious nak mencuba aku ngan bff aku yuyu pegi ke tmpt interview..mmg x perlu interview pun..hari pertama aku dibawa dengan van bersama staff2 yg lain...dlm van tu lak penuh dengan pinggan mangkuk....mmg bnyk pertanyaan aku tp aku disuruh ikut dan tgk apa yg mereka buat..sgt misteri…kami dibawa ke sebuah kg dan dibekalkan dengan beberapa sampul yg sudah di seal kan..sakit hati betul bila aku dpt tau rupa2nya tu company yg buat sales tapi bersembunyi di sebalik topeng gores & menang..dlm sampul2 yg dibekalkan tu konon2 bnyk hadiah spt brg letrik tetapi the only brg yg mereka ada ialah pinggan mangkuk..kesian aku tgk makcik2 yg naif ditipu bulat2 dan dipaksa membayar harga pinggan mangkuk mahal tu bila bersetuju membuka sampul surat..mmg sangat licik..start dr hari tu mmg aku tak percaya bila ada sapa2 yg offer nk bg hadiah free dan mtk bukak sampul surat sbb aku dah tau modus operandi mereka yg sebenarnya..

lepas tu aku dapat keje kerani lak kat pasaraya punya warehouse..time tu punyalah suka hati dpt keje tu sbb pasaraya tmpt aku keje ni pd zaman tu sangatlah femes kt kg aku..zaman dulu mana ade giant, mydin, tesco  dan yg seangkatan dgnnya….so pasaraya sabasun ni mmg paling top kat sana..keje aku senang je, aku cuma masukkan jumlah barang2 yg keluar masuk dr gudang..kena make sure stok tally dengan order yg diterima..sempat laa beberapa bulan keje kat sana sebelum aku di transfer ke pasaraya tu sendiri..task baru yg aku dpt kat canfood department..nama mcm glemer tp keje aku display makanan dalam tin je..susu, sardine,marjerin, janji benda2 dlm tin aku laa yg tukang susun kat rak..yg paling aku suka bila dpt display kat rak coklat..terliur je laa tgk coklat mahal2..tp aku mmg x pernah curi2 mkn time keje ...sgt jujur gitu..gaji zaman tu tersangatlah murah..rm300 sebulan..tp time tu rasa mcm dah besar sgt dah rm300 tu..siap smpt bg duit kat mak ngan abah lagi..rasa sangat puas dan bangga sbb berjaya pegang duit hasil titik peluh sendiri…dulu rm300 mcm2 boleh beli sbb brg2 still murah..kalau sekarang huh?..sekali beli barang dapur pun dah boleh habis..nilai matawang kita skang aku rasa semakin murah..jangan lepas ni RM dah jadi mcm duit pokok pisang sudah…

aku resign keje kat sana lepas dpt result spm..terus apply masuk ipta..agak malang sbb 1st intake aku x berjaya masuk..dlm terkontang kanting tu, tiba2 aku dpt surat dari unitar offer belajar kat sana..tmptnya kat kelana jaya..kebetulan time tu kakak ade kerja kat kl..so bermulalah era migration aku dr kg ke kota raya yg penuh berlumpur ini…

bersambung next entry…



Tuesday, May 24, 2011




Selepas trip perhentian bulan lepas, kaki dah gatal2 nak pegi vacation lagi..tgk kawan2 lain bersilih ganti melancong ke china, korea , holland, london rasa mcm teringin nk nak pegi melancong oversea juga…nak pegi europe rasa belum nak mampu lagi so kitorang decide melancong ke negara asia tenggara lah dulu..selepas bandung tahun lepas, ni second time nak keluar negara..harap2 sama best dgn trip ke bandung dulu..

Tiket dah book, tripnya mmg lambat lagi dalam bulan November tahun ni..ada lagi dalam 5 bulan so sempat laa nak menabung apa yg patut..ahli rombongan cik kiah yg dah confirm ada 7 orang..ada yg dah travel sama2 time trip ke bandung dulu dan ada gak ahli baru..so far baru beli tiket je ape pun belum decide lagi..lagipun still awal tak nak laa over excited..yg penting ptptn kena la bayar tiap2 bulan kang tak pasal2 time nak pegi nama kena blacklisted pulak…pasrah je kang...heheheh..

Ape yg best  di ho chi minh, Vietnam?..errrkkk.....aku pun tak tahu sangat tapi dengarnya sana boleh dikatakan syurga shopping selepas bandung..bagi kaki shopping mcm aku, peluang terbaik ke sana sebab barang2 sana dikatakan murah2..ada gak try google2 blog traveler yg dah pernah sampai ke ho chi minh ni..at least boleh laa dijadikan panduan sebelum travel kat tempat orang..kata orang sebelum jauh merantau ilmu kena laa penuh di dada..tak gitu?...

Sepnjang pembacaan aku, ada gak tempat2 menarik kat ho chi minh ni untuk sight seeing seperti notre dame dan central post office..kalau rasa nak mencabar lak boleh berperahu kat delta Mekong..kalau nak tahu pasal sejarah perang Vietnam lak boleh ke cu chi tunnel..ntahla aku pun tak tahu tempat2 yg aku sebutkan tadi akan ada tak dalam agenda kami nanti…banyak gak tips2 yg aku dapat tahu tentang orang2 vietnam ni..rata2 bg feedback yg orang Vietnam ni tidak berbudi bahasa, bengis dan kasar..susah aku nak verify selagi belum experience sendiri…tunggu dan lihat jelaa di samping ambik semua tu sebagai notes nanti..

Looking forward untuk trip ke Vietnam kali ni..hopefully sume berjalan dengan lancar nanti..so para rombongan cik kiah yg lain..are we ready?...hoyeahh!!.....

Adios..




Tuesday, May 17, 2011





Santau? Sihir?..ilmu pengasih?..ubat guna2?..huh, korang percaya ke perihal benda2 mistik ni?....bagi aku susah nak cakap..tak nak percaya benda ni mmg wujud, nak percaya sangat takut jatuh syirik lak..memang tak dinafikan bermacam2 cara digunakan untuk menaniaya, membalas dendam atau mendapatkan hajat…bila sudah tiada cara lain, ilmu2 mistik ini digunakan selagi mereka ini belum puas..

aku tergerak untuk menulis entry ni sebab perkara diutarakan oleh seseorang yg rapat dengan aku..mengikut dari penceritaan dan tanda2 yg diberitahu, mcm sama dengan ciri2 orang  disihir…walaupun aku tiada 6th sense, benda ini sudah dapat aku agak sejak awal..melihat kepada perubahan sikapnya, tingkah lakunya, menguatkan lagi hipotesis aku bahawa ada sesuatu yg tak kena pada dirinya..semuanya tidak mustahil..hati manusia tiada siapa boleh mengagak..bila di depan pijak semut pun tak mati tapi di belakang setannya hanya tuhan yg tahu..

Ilmu Pengasih merupakan salah satu ilmu yang terkenal sejak zaman dahulu lagi....Ilmu Pengasih merupakan kaedah sihir yang bertujuan mempengaruhi emosi, pemikiran dan nafsu seseorang...maka apabila sihir ini terjadi, seseorang yang terkena sihir akan tidak berkelakuan seperti normal….bagi aku menggunakan ilmu pengasih untuk mendapatkan seseorang sangat tidak praktikal..tiada jalan pintas untuk memenangi hati seseorang…mereka yg mengamalkan ilmu2 ini hanya boleh mendapatkan jasadnya, tetapi rohnya tidak..tetapi itulah,  manusia ada bermacam jenis..kita mmg tidak mahu terjebak, tetapi bila kaki sudah melangkah mmg susah untuk berundur lagi..kena ada spiritual yg kuat untuk menangkis segala bentuk cabaran…

aku percaya dia boleh mengatasinya kerana aku sentiasa melihat kekuatan itu di dalam matanya..aku yakin dia boleh merubahnya dan mampu hidup bahagia seperti orang lain..yg penting jiwa mesti kental mengharungi segalanya dan sentiasa yakin bahawa setiap sesuatu yg diuji oleh Allah ada hikmah disebaliknya…

Adios..



Sunday, May 8, 2011

Mendapat demam package..



Tak ada angin, tak ada ribut tiba2 aku jatuh sakit..sudah la dengan kerja berlambak2 kat ofis yg dah tak tercapai yg mana satu..bulan ni aku rasa lebih hectic dari biasa setelah pembahagian tugas yg boleh menyebabkan aku menelan liur..GULP!...

Dua minggu lepas, habis je bersarapan aku dah rasa lain macam…tengah2 kusyuk buat kerja tiba2 sakit kepala menyerang dibelakang leher hingga naik ke kepala..berdenyut2 rasanya..ditambah dengan aircon kat opis yg hampir paras beku lebih memburukkan keadaan... telan 2 biji panadol sebab dah tak tahan sangat tapi tak elok2 gak..melalui pengalaman dan pembacaan aku, sakit kepala yg bermula dibelakang leher adalah efek dari stress..mungkin juga aku agak stress kerana terlalu terkejar2 menyiapkan kerja..

Balik dari lunch keadaan aku lebih buruk lagi..tiba2 sakit kepala aku bertkar menjadi seram sejuk..badan aku dah menggigil dan meremang semacam..aku terpaksa keluar masuk ofis untuk menghilangkan rasa sejuk melampau tu..sampai satu tahap, aku lepak srg2 kat tangga untuk hilangkan sejuk..tahan la kejap tapi bila masuk balik opis aku menggigil lagi..

Oleh sebab dah tak  tahan sangat, aku sesah en hubby ambik aku tepat jam 5.30 ptg sebab aku mmg terasa nak balik dan berselimut je kat rumah..aku kansel appointment untuk keluar buffet durian ptg tu dan terus balik rumah..

sampai rumah terus bentang toto kat tengah2 rumah, ambik bantal ngan selimut…aku makan 2 biji ubat selesema yg aku beli kat farmasi tadi dan zasss….aku tak sedar bila aku terlelap..sedar2 dah hampir maghrib dan aku dapat rasa badan aku mmg panas semacam..walaupun badan aku panas gila, aku tetap rasa sejuk gila sampai menggigil2 bawah selimut…kepala berat toksah cakap lah..sampai nak bangun pun tak larat..mata pun dah rasa macam berpinar2..

tak lama lepas tu en hubby balik..terkejut dia  tgk aku menggigil2 bawah selimut dengan badan aku yg mmg panas gila…cepat2 dia ambik towel dan tuam satu badan..rasa lega sikit tapi tak rasa perubahan pada suhu badan aku..malam tu gak en hubby bawak aku pegi klinik..pelik gak aku ubat yg aku mkn tadi mcm tak beri kesan apa2..lagi teruk adalah..

aku paksa gak diri bangun dan berjalan even dah rasa macam ala2 nak tumbang..nasib baik klinik yg aku pegi tak ramai org dan aku tak perlu tunggu lama sebelum dipanggil berjumpa dengan dr..sah!..aku demam panas smp suhu mencecah 39.6C..perghhh!..patutlah mcm nak terbakar badan aku rasa..tapi satu yg pasti, tekak aku mmg sakit yg lain macam..aku ingat sakit tekak biasa sbb demam aku datang sekali pakej selesema..masa dr cek tadi pun dia ckp tekak aku mmg nampak bengkak merah..aku terpaksa gak menelan bubur ayam sebab nak makan ubat..sangat menyeksakan..tekak aku yg terlampau sakit hanya mampu menelan 2/3 sudu bubur je..lain2 en hubby yg terpaksa habiskan..

esoknya aku MC..demam pun dah agak kebah tapi masih terasa pening2 lalat..satu yg pasti tekak aku mmg sakit yg maha luar biasa…sampai nak menelan air liur pun rasa nak menitis air mata aku..nak bukak mulut pun sakit apalagi nak bercakap..sudahnya, aku hanya mampu habiskan seketul burger hari tu..rasa macam nak menangis setiap kali menelan makanan..terpaksa juga aku habiskan sebab perut aku mmg kosong dari malam tadi..

esoknya demam aku dah kebah tapi hairan sebab tekak aku masih tak baik2..sampai langsung malas nak bukak mulut aku rasa..aku terus google cari jalan penyelesaian..aku tak rasa aku hanya alami sakit tekak biasa..huh, tanda2 yg aku dapat rupa2nya kuat mengatakan aku menghidap tonsil..atas nasihat seorang rakan, aku pergi klinik kelana puteri di kelana jaya untuk wat further checkup..sah!..dr ckp ada tonsil kat tekak aku…lebih buruk bila dr ckp tonsil aku dah menanah..sebab tulah aku rasa teramat sakit..dr bagi aku ubat antibitiotik yg paling kuat dan nasihatkan aku makan aiskrim untuk kecutkan tonsil aku..amazingly, lepas beberapa jam makan ubat dan aiskrim..tekak aku mula menampakkan perubahan..aku dah boleh menelan tanpa menahan air mata lagi..alhamdullillah..

yg tak berapa besnya, lepas dah telan antibiotik memang sakit tekak makin sembuh tapi efek kepada ubat antibiotik tu, bibir aku pecah2, lidah aku sebal dan tepi mulut aku seakan2 melecur..sampai nak makan pun susah nak bukak mulut..lepas satu..satu..aduyai..

time2 sakit mcm ni yg membuatkan kita sedar begitu berharganya hidup secara sihat..sekejap je tuhan tarik balik deria rasa sudah rasa sangat2 seksa..2 hari demam badan aku susut 2kg..semuanya gara2 tak lalu makan..kalau seminggu?..maunya lepas tu kalau aku berdiri tepi tiang letrik dah tak boleh nak bezakan mana satu aku dan mana satu tiang..

Tq gak kepada en hubby yg sabar dengan karenah aku time demam hari tu..tapi seminggu lepas aku demam dah berjangkit lak kat dia dan turn aku lak jaga dia..so fair n square..biasalaa kan sharing is caring gitu sampai penyakit pun boleh share2..tak gitu?..

Adios..

(Day 3)



Dah lama terbengkalai blog aku..bukan apa..sangat2 sebok kebelakangan ini..aku cuba gak habiskan apa cerita yg aku dah start pasal trip perhentian..mungkin dah banyak lupa sebab dah hampir sebulan tapi aku cuba sehabis baik…

last day kat perhentian pagi2 kami dah bangun..malam sebelum tu dah siap sedia packing sume barang sebab tak nak kelam kabut sangat pagi esoknya..pagi tu aku tgk cuaca agak mendung..tak lama selepas itu hujan rintik2 turun…aku tgk ombak pun agak bergelora dari 2 hari lepas..angin yg sepoi2 berselang seli dengan angin yg agak kencang..aku merasa tidak sedap hati..

seperti yg dijanjikan bot sudah siap menunggu jam 10 pagi..lebih kurang 20 minit kami terpaksa menunggu di jeti kerana bot mengalami sedikit masalah teknikal..sementara menunggu kami mengambil peluang bergambar..agak sedih bila terpaksa meninggalkan pulau yg memberi ketengangan dan menyimpan seribu kenangan selama beberapa hari kami menjejakkan kaki di situ..

ahli2 rombongan cik kiah kali ini..

nak enterframe jugak..

babai..pulau perhentian..

selepas bersiap sedia untuk bertolak, botman mengarahkan kami memakai life jacket..barang2 yg kami penuhkan di perut bot disuruh pindahkan ke bahagian belakang..kata botman cuaca hari itu kurang elok dan kami diminta mengisi ruang belakang bot..terdetik sedikit cuak di hati tetapi diam2 aku menyembunyikan supaya riak risau tidak terpapar di wajah..




perjalanan pada mulanya sedikit tenang..keluar sahaja dari lingkungan pulau perhentian aku lihat ombak semakin besar..huh, aku akui mmg takut..kecut hati aku melihat ombak bergulung2 seolah2 mahu menelan bot kecil kami..sesekali aku berishytifar..jauh di lubuk hati aku berdoa semuanya akan berakhir dengan baik..



laut agak tenang di awal perjalanan...

perjalanan balik agak memakan masa sebab ombak kuat membataskan perjalanan bot..kecut perut bila sesekali bot kami melanggar ombak dan setiap kali itulah bot seakan2 menjunam seperti menaiki roller coaster..dalam kepala aku terbayang2 filem titanic sewaktu melanggar iceberg..tidak sanggup aku memikirkan kebarangkalian kapal kecil kami akan terbalik atau sesiapa tercampak ke dalam laut..Nauzubillah..

separuh perjalanan, botman mengarahkan kami menyimpan semua peralatan elektronik di dalam beg plastik..katanya, kami bakal berdepan dengan hujan lebat..oh, apakah lagi dugaan yg bakal menimpa kami..tidak lama kemudian hujan turun dengan lebatnya..kami berhimpit2 dibelakang bot sehabis daya mengelak dari terkena hujan tetapi tidak berdaya..habis lencun semua..lega sedikit bila aku sudah nampak dataran di hadapan..walaupun masih kelihatan jauh tapi cukup untuk melegakan hati aku..

setelah menempuh perjalanan yg mendebarkan akhirnya kami selamat smpai ke jeti kuala besut..dalam hati aku memanjat kesyukuran..sudah tidak kisah pakaian kami yg basah lencun..apa yg penting kami semua selamat..sesampai di jeti botman memberitahu yg bot yg kami naiki hampir2 karam minggu lepas..katanya, cuaca ketika itu lebih buruk dari hari ini..huh, nasib baik dia bercerita ketika kami sudah selamat sampai..tak tahu bagaimana reaksi kami jika diberitahu lebih awal..huh..

selepas masing2 menukar pakaian, kami meneruskan perjalanan balik ke kuala Terengganu..kami singgah sebentar di tepi pantai untuk makan tengahari..masing2 kelaparan selepas berhempas pulas di dalam bot tadi..

kami sampai di kuala Terengganu lebih kurang sejam setengah kemudian..aku mengambil peluang untuk singgah ke rumah aku di kampung losong untuk berjumpa keluarga aku..sedikit sebanyak terubat kerinduan walaupun tidak dapat bermalam di sana..



ikan goreng tepung..nyum2



sotong goreng tepung..

kami meneruskan perjalanan pulang ke kuala lumpur lebih kurang jam 4 petang..kali ini tidak banyak singgah menyinggah..kami berhenti sebentar di cherating untuk makan malam..kami sampai ke kuala lumpur lebih kurang jam 12 malam..

bagi aku trip kali ini fun kerana planning yg bagus, kawan2 satu kepala dan tempat yg dituju amat menerujakan..adventurous kerana kami terpaksa menempuh perjalanan yg jauh untuk sampai ditambah pula dengan keadaan aku yg mabuk laut ketika aktiviti snorkeling..yg paling tidak dapat dilupakan, perjalanan di dalam bot sewaktu pulang ke jeti kuala besut yg amat mencemaskan..bila dikenangkan balik semuanya…so worth it!!...

terima kasih kepada rakan2 seperjuangan dalam trip kali ini..(en hubby, nazri, ain, amy, faizul dan ecah)..kalian semua sangat2 happening dan sporting..sangat looking forward untuk plan the next trip dengan kamu semua..apa kata survey?..hehehe..

mereka2 di belakang tabir..jumpa lagi next trip..hoyeahh!

Adios..


Related Posts with Thumbnails