BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, April 12, 2011



(Day 1)

Akhirnya menjadi gak trip kami ke pulau perhentian selepas berdepan dengan kontroversi cuaca yg tidak menentu..dari maklumat yg aku terima cuaca di Terengganu agak baik bila masuk je bulan april..so sume ahli rombongan pun dah agak terkinja2 nak pegi..

Lepas habis berbincang, kami sepakat book dulu sbb takot gak tiba2 pegi backpackers tiba2 sampai sana dah fully book..at least sampai kat sana dah ade bot menunggu dan guide dah sedia bwk kami ke chalet..

Menggunakan khidmat Perhentian Trans Holiday, harga yg kami dapat untuk Fauna Chalet yg ada aircon, heater, peti ais kecik, dan 4 katil ialah RM175 smlm..ahli rombongan sebanyak 7 orang iaitu 3 lelaki dan 4 perempuan..so ngam2 book satu bilik untuk lelaki dan satu pompuan..so kira mana2 yg dah kahwin tu dipisahkan sementara yer…

Charge2 lain ialah bot pegi balik RM65 seorang dan tax marine  RM5 seorang..untuk snorkeling lak RM40 seorang..so total millage ngan tol, keseluruhan trip tak lebih RM300 seorang tak termasuk makan2 sendiri..kira berbaloi2 gitu untuk trip yg agak jauh..

Rombongan kami bertolak dari KL kira jam 10.30 mlm..singgah jap NSK selayang untuk beli brg2 makanan..jam 12 mlm baru lepas tol Gombak ke pantai timur..kalau nak diikutkan, ada 2 jalan ke jeti besut iaitu melalui jalan pantai dr Terengganu atau gua musang kelntan..slps memikirkan bnyk aspek terutamanya keselamatan dan keselesaan, kami bersetuju memilih jalan pantai Terengganu..kata org biar lambat asalkan selamat gitu..

Disebabkan banyak berhenti dan bertukar2 driver, jam 7 pagi baru kami sampai ke Kuala Terengganu.. berhenti toksah ckp laa..mmg pantang nmpk R&R kitorang check in..dari Kuala Terengganu ada lagi kira2 sejam setengah perjalanan ke jeti besut..kami sempat singgah bersarapan jap kat restoran depan taman syahbandar..sume excited nak makan nasi dagang..agak mengecewakan sbb tak sesedap yg dijangka..disebabkan jumaat cuti, so bnyk kedai2  mkn kat Terengganu ambik peluang untuk tutup gak..terpaksa laa hadap je warung yg ada dan rasa pun agak kureng sedap gitu..sangat frust sbb aku mmg dah lama mengidam nasi dagang Terengganu..haishh..

Kami sambung perjalanan ke jeti besut..masing2 dah penat sebab dah lama sangat duduk dlm kete smp kebas2 punggung dan kaki..sume dah tak sabar2 nak tengok laut..kami smp ke jeti besut lebih kurang jam 9.30 pagi..selepas register dan bayar balance duit trip, guide bawak kami ke bot yg dah sedia menunggu..huhu..akhirnyaa..

 muka2 penat baru smp..

Smp ke bot mmg excited gile..bot ke perhentian ni tak seperti yg aku pernah naik ke pangkor..pangkor dah siap sedia feri besar so mmg agak selamat rasanya..bot laju ni agak kecik dan mungkin boleh memuatkan berbelas2 org sahaja dlm satu masa..cuaca time tu mmg baik..laut pun tenang dan tak berombak..sume org diwajibkan memakai life jacket untuk keselamatan..

 horayyy...

Dah nama bot laju so mmg laju gila..disebabkan cuaca bagus, botman tak teragak2 bawak super duper laju..kalah naik roller coster kat genting..seronok dan pada masa yg sama agak terganggu sebab bot akan bounce setiap kali melanggar ombak..perjalanan dlm bot ke p.perhentian ambik masa lebih  kurang 45 minit…sampai ke fauna chalet terus boleh check in je..mmg terbaek..

Sampai sana cuaca mmg agak panas..dlm hati kata “abislah sunburn”..tapi satu yg pasti pantai kat Fauna ni mmg cantek gila..sbb  kat Fauna ni ade private beach gitu..mmg cantek pasir dan pantainya…bila matahari terik leh nampak laut kehijau2an..dalam hati tak sabar nk buat kuak lentang tapi memandangkan time tu dah tengahari masing2 tak berani nak sedekah kulit yg tak berapa nak cerah ni kat bawah matahari terik..

Tunggu cuaca teduh sket baru kami berani keluar jalan2 tepi pantai..jantan2 sume sambung tido dulu sbb penat jadi driver..so, kaum2 wanita je laa yg kuar..kagum jap tengok mek2 saleh selamba berjemur pkai bikini tgh2 panas tapi xpe laa kulit diorg mmg dah sedia putih melepak..mmg boleh kasi bakor jer..


girls day out...

Penat berjalan perut pun dah merengek2 mintak diisi..terlupa yg kami hanya brekfes nasi dagang yg tak berapa nak sedap kat k.trg tadi..kat Fauna chalet ni mmg tak susah nak makan2..mmg dah tersedia beberapa kedai makan kat situ..harga pun berpatutan dan rasanya?..huh, mmg terbaek..aku order nasi goreng kampung yg dihidangkan bersama ikan bilis goreng dan keropok ikan..sambal belacan dia mmg pedas dan menyegat habis..sangat tidak mengecewakan..

fresh oren..terpaksa langgar pantang minum ais...hehehe

 nasi goreng kampung..terbaek dr ladang...

 price list makanan..not bad kan?..

Habis makan2 masing2 dah mengantuk..so kami balik chalet untuk rest kejap..tup2 tak sedar dah tertido smp petang..bangun je cuaca dah ala2 redup mmg waktu terbaek untuk aktiviti mandi laut..disebabkan snorkeling gear dah diberi awal, kami cuba2 praktis snorkeling kat tepi2 laut dulu..habis mandi manda kitrg smpt main volley ball kat  tepi pantai…mmg besh…release sume tensen..tambahan lak, kat sana mmg maxis takde coverage..betul2 rasa unwired dan tidak diganggu..

Malam mmg xde aktiviti so kitrg ambik peluang lepak2 kat tepi laut smbil main gitar..teringat ada mahajaralawak so smpt lepak kat kedai makan tgk smp habis..mmg layan sbb tgk dan gelak beramai2...balik chalet masing2 dah penat so kami sume tido awal malam tu..dalam hati tak sabar nak tunggu esok untuk aktiviti snorkeling..

Bersambung Part 2..


0 Comments:

Post a Comment



Related Posts with Thumbnails