BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, April 17, 2011


(Day 2)

Disebabkan malam tadi kami dah tido awal, hari ke 2 kat pulau perhentian aku bangkit agak awal..dalam 7.30 pagi aku dah tercegat bangun..mengikut jadual, jam 10 pagi hari ni kami akan dibawa untuk aktiviti snorkeling..bangun je tido perut terus menyanyi2 minta diisi..baru aku teringat yg malam tadi tak makan sbb dah melantak time lewat petang tu..yg beshnya bangun tido cuci muka pun dah cukup sbb x payah bersusah payah nak mandi dulu, sebab akan basah gak time snorkeling nanti..

Disebabkan kitorang dah standby bwk bnyk mkanan so kitorang bercadang breakfes  kat chalet je..cuaca pagi tu agak mendung..hujan sekejap2 dan tidak terlalu berangin..guide kami ada pesan supaya tidak makan terlalu bnyk utk brekfes sebab katanya boleh muntah dan mabuk laut..aku iyakan aje dan katanya lagi, cuaca hari ni agak bagus untuk aktiviti snorkeling kerana laut agak tenang dan tidak terlalu panas..lega kejap hati aku sbb aku dah risau tgk keadaan cuaca pada mulanya..

 brekfes yg menyebabkan aku mabuk laut..

Untuk brekfes aku sediakan milo panas untuk semua orang dan roti bersama tuna..disebabkan terlalu lapar, aku berjaya menghabiskan 2 keping roti tuna, dan secawan milo panas..bagiku tidaklah terlalu berat..kaum adam yg lain sempat menghabiskan mi segera..dalam hati aku berkata “habislah diorg ni muntah kat laut nanti”..

Tepat jam 10 pagi, guide dan bot sudah sedia menunggu di jeti..masing2 sudah tak sabar dan kelihatan sangat teruja..di dalam bot kami diberitahu akan dibawa ke 4 kawasan...1st point kami akan dibawa melihat terumbu karang..2nd point ke kawasan penyu, 3rd point ke kawasan bnyk ikan di mana kami boleh memberi ikan mkn roti dan yg terakhir ke shark point..aku lihat semua begitu teruja mendengar penerangan dari botman..masing2 dah bersedia dgn snorkeling gear masing2..sepanjang perjalanan, tak berhenti kami berposing di depan kamera..sampai satu tahap kalau kamera tu boleh bercakap mesti dah keluar skrip sebegini “sudah2 la tu bergambo, dah penat dah haku”..

 happy..

15 minit pertama di atas bot aku masih rasa sihat…sesampai ke check point yg pertama aku dah rasa lain macam.. tiba2 kepala rasa pening2 lalat dan perut seakan2 memulas..aku anggap itu perkara biasa sebab bila bot berhenti kat tengah2 laut, kita akan merasa teroleng2 disebabkan bot dipukul ombak..sesampai di check point pertama, kami semua bersedia untuk terjun..kami semua dibekalkan dengan snorkeling gear, life jacket dan kaki itik..dan tanpa berlengah ape lagi…

Keceburrrrrrrr!!...

 aksi kuak lemas..

sume pakat2 terjun dan cari port masing2..mula2 agak janggal nak biasakan diri untuk terapung di tengah2 laut..kena ambik masa sikit untuk tune perasaan tu..walaupun kepala ala2 pening lalat, aku gigih gak mencari port terumbu karang yg cantek2..perghhh..sangat menerujakan..selama ni aku pernah tengok terumbu karang dlm national geographic atau dlm buku je tapi bila tgk dengan mata sendiri mmg feel dia lain mcm..terbuai2 terumbu karang yg pelbagai warna di dalam air..sesekali ternampak ikan2 berenang yg juga bewarna warni..sangat cantik..terlupa sekejap kepala aku yg pening2 dan perut aku yg memulas2 tadi..huh, sungguh mengasyikkan..


setengah jam berlalu dengan pantas..kami dipanggil oleh botman untuk kembali ke bot..masih ada lagi 3 lagi checkpoint yg harus kami tuju jadi masa yg diperuntukkan di satu2 checkpoint sangat terhad..kembali ke bot, kepala dan perutku terus meragam..rasa pening dan loya makin menyucuk2..keadaan laut yg berombak sedikit ditambah lagi aku tertelan beberapa teguk air laut semasa snorkeling tadi menambah buruk keadaan..

sesampai di checkpoint mencari penyu, loyaku sudah tidak dapat ditahan2 lagi..laut di pulau perhentian menjadi saksi tempat aku menghamburkan segala isi perut aku ketika itu..ramalanku ternyata tepat..aku kalah dengan kombinasi milo dan roti tuna yg aku telan sewaktu brekfes tadi..masih terasa sisa2 tuna dan milo melekat di kerongkong sewaktu aku muntah tadi..ternyata kombinasi milo dan roti tuna bukan sesuatu yg bijak sebelum turun ke laut..

disebabkan terlalu bnyk muntah badanku terasa lemah2..sudah tiada tenaga aku untuk mengejar penyu di checkpoint ke 2 ini..buat pengetahuan semua, di checkpoint ke 2 ini, botman akan terlebih dahulu terjun untuk mencari penyu yg akan berada di kawasan sekitar..kami diminta bersedia untuk terjun sesudah tmpt penyu dapat dikenalpasti..riuh rendah keadaan bila masing2 berebut mengejar penyu yg berada di kawasan ini..mana2 yg berani menyelam tidak teragak2 untuk menyentuh penyu2 terbabit..agak terkilan rasanya sebab aku hanya mampu memerhatikan dari dalam bot..huh~


tidak lama selepas itu kami dibawa pula ke check point ke 3..kali ini kami dibekalkan dengan roti untuk diberi kepada ikan2 yg dikatakan sgt jinak..aku tidak mahu melepaskan peluang untuk turun ke check point ke 3 ini..dengan sisa2 tenaga yg masih tinggal, aku gagahkan juga diri untuk menyertai mereka yg lain..terlupa sekejap kesakitan yg aku alami saat aku berada di dalam air…ternyata ikan di kawasan itu sangat “peramah”..pantang roti berada di dalam air berduyun2 ikan datang menyerang..sangat menerujakan melihat ikan2 itu berebut2 menyentap roti…sesekali geli juga di saat muncung ikan2 itu merentap roti di tangan....ternyata di check point ke 3 ini, lebih banyak ikan2 kecik yg cantik dan bewarna warni..ikan2 ini sangat jinak dan boleh dipegang…mmg comel..


di check point ke 4 kami di bawa ke shark point…shark?..omg!!..kami diberitahu ikan yu yg berada di sana cuma baby shark shj..mengikut penerangan dr botman, ikan yu di kawasan ini tidak seganas spt yg dimomokkan di dalam filem Hollywood..satu yg penting, tidak digalakkan untuk turun di shark point jika mempunya luka yg terbuka dan masih berdarah..ini untuk mengelakkan kejadian tidak diingini kerana spt yg kita tahu, ikan yu mempunyai deria yg sangat peka terhadap bau darah..kebanyakan kaum wanita cuma menjadi penonton shj hanya kaum lelaki berlagak macho mencari ikan yu..ade aku kesah?..


sebelum pulang ke chalet, kami dibawa untuk mandi air bukit tidak jauh dr pantai..mengikut mereka, air bukit ni sangat menyegarkan dan akan menghilangkan segala pening2 dan mabuk laut..air bukit itu dikatakan tidak pernah kering dan dipercayai boleh mempercepatkan jodoh dengan membuat hajat sewaktu mandi..ape lagi, laki masing2 berlumba2 mencebok air sambil menyebut “payung emas”..mmg kurang asam..tapi sesuatu yg pasti, apa yg aku dpt rasa air bukit itu sangat magik..terus kebah segala pening dan loya2 aku selepas air bukit ni membasahi kepala dan badan aku..airnya sangat sejuk spt ais tetapi bila dah mandi terasa tidak puas dan nak lagi dan lagi…pelik bin ajaib..lepas mandi air bukit tu tenaga aku telah pulih seratus peratus..aku rasa seperti disuntik satu semangat yg baru..mmg terbaeekkk…

refreshing...

 pose 123..

aktiviti snorkeling tamat selepas 3 jam kemudian..selepas kembali  ke chalet dan membersihkan diri, kami mengisi perut di kedai makan berhampiran..oleh kerana terlalu lapar, semuanya terasa sedap2 belaka..aku memesan set nasi beserta tomyam sotong, sayur dan telur dadar..habis licin aku  kerjakan..kami pulang ke chalet untuk berehat2..tidak sedar semua tertidur kepenatan hingga petang..

 makann time...

petangnya, aktiviti meronda kawasan pantai oleh kaum wanita sekali kerana kaum lelaki tidur tak hingat dunia..mcm2 aksi sempat dirakamkan..jadi model pokok, model batu, model air, namakan sahaja..tak nak lepaskan peluang merakamkan kenangan di pulau ini memandangkan esok pagi kami akan berangkat pulang…

 tema merah n pink...

malamnya, selepas diner bbq yg disediakan pihak chalet, kami lepak2 di chalet sahaja bermain game..siapa kalah akan didenda berlakon, menyanyi dan sbgnya..mmg seronok..pecah perut dengan gelak ketawa..inilah peluang yg dpt mengeratkan hubungan sesama sendiri..mcm2 aksi..ada yg malu2..ada yg terlebih selamba..sempat aku rakamkan aksi2 mereka..boleh tgk spt dibawah..(jgn marah ye pelakon2 video tersebut)…hehehe..

bbq yg yummy..

malam itu kami tidur agak lambat..tak sedar jam dah merangkak ke 2 pagi..jam 10 pagi esok, bot akan membawa kami kembali ke jeti besut…kena bangun awal dan kemaskan apa yg patut..

(sekadar lakonan)
no heart feeling yaa.. :)




Bersambung Part 3

Tuesday, April 12, 2011



(Day 1)

Akhirnya menjadi gak trip kami ke pulau perhentian selepas berdepan dengan kontroversi cuaca yg tidak menentu..dari maklumat yg aku terima cuaca di Terengganu agak baik bila masuk je bulan april..so sume ahli rombongan pun dah agak terkinja2 nak pegi..

Lepas habis berbincang, kami sepakat book dulu sbb takot gak tiba2 pegi backpackers tiba2 sampai sana dah fully book..at least sampai kat sana dah ade bot menunggu dan guide dah sedia bwk kami ke chalet..

Menggunakan khidmat Perhentian Trans Holiday, harga yg kami dapat untuk Fauna Chalet yg ada aircon, heater, peti ais kecik, dan 4 katil ialah RM175 smlm..ahli rombongan sebanyak 7 orang iaitu 3 lelaki dan 4 perempuan..so ngam2 book satu bilik untuk lelaki dan satu pompuan..so kira mana2 yg dah kahwin tu dipisahkan sementara yer…

Charge2 lain ialah bot pegi balik RM65 seorang dan tax marine  RM5 seorang..untuk snorkeling lak RM40 seorang..so total millage ngan tol, keseluruhan trip tak lebih RM300 seorang tak termasuk makan2 sendiri..kira berbaloi2 gitu untuk trip yg agak jauh..

Rombongan kami bertolak dari KL kira jam 10.30 mlm..singgah jap NSK selayang untuk beli brg2 makanan..jam 12 mlm baru lepas tol Gombak ke pantai timur..kalau nak diikutkan, ada 2 jalan ke jeti besut iaitu melalui jalan pantai dr Terengganu atau gua musang kelntan..slps memikirkan bnyk aspek terutamanya keselamatan dan keselesaan, kami bersetuju memilih jalan pantai Terengganu..kata org biar lambat asalkan selamat gitu..

Disebabkan banyak berhenti dan bertukar2 driver, jam 7 pagi baru kami sampai ke Kuala Terengganu.. berhenti toksah ckp laa..mmg pantang nmpk R&R kitorang check in..dari Kuala Terengganu ada lagi kira2 sejam setengah perjalanan ke jeti besut..kami sempat singgah bersarapan jap kat restoran depan taman syahbandar..sume excited nak makan nasi dagang..agak mengecewakan sbb tak sesedap yg dijangka..disebabkan jumaat cuti, so bnyk kedai2  mkn kat Terengganu ambik peluang untuk tutup gak..terpaksa laa hadap je warung yg ada dan rasa pun agak kureng sedap gitu..sangat frust sbb aku mmg dah lama mengidam nasi dagang Terengganu..haishh..

Kami sambung perjalanan ke jeti besut..masing2 dah penat sebab dah lama sangat duduk dlm kete smp kebas2 punggung dan kaki..sume dah tak sabar2 nak tengok laut..kami smp ke jeti besut lebih kurang jam 9.30 pagi..selepas register dan bayar balance duit trip, guide bawak kami ke bot yg dah sedia menunggu..huhu..akhirnyaa..

 muka2 penat baru smp..

Smp ke bot mmg excited gile..bot ke perhentian ni tak seperti yg aku pernah naik ke pangkor..pangkor dah siap sedia feri besar so mmg agak selamat rasanya..bot laju ni agak kecik dan mungkin boleh memuatkan berbelas2 org sahaja dlm satu masa..cuaca time tu mmg baik..laut pun tenang dan tak berombak..sume org diwajibkan memakai life jacket untuk keselamatan..

 horayyy...

Dah nama bot laju so mmg laju gila..disebabkan cuaca bagus, botman tak teragak2 bawak super duper laju..kalah naik roller coster kat genting..seronok dan pada masa yg sama agak terganggu sebab bot akan bounce setiap kali melanggar ombak..perjalanan dlm bot ke p.perhentian ambik masa lebih  kurang 45 minit…sampai ke fauna chalet terus boleh check in je..mmg terbaek..

Sampai sana cuaca mmg agak panas..dlm hati kata “abislah sunburn”..tapi satu yg pasti pantai kat Fauna ni mmg cantek gila..sbb  kat Fauna ni ade private beach gitu..mmg cantek pasir dan pantainya…bila matahari terik leh nampak laut kehijau2an..dalam hati tak sabar nk buat kuak lentang tapi memandangkan time tu dah tengahari masing2 tak berani nak sedekah kulit yg tak berapa nak cerah ni kat bawah matahari terik..

Tunggu cuaca teduh sket baru kami berani keluar jalan2 tepi pantai..jantan2 sume sambung tido dulu sbb penat jadi driver..so, kaum2 wanita je laa yg kuar..kagum jap tengok mek2 saleh selamba berjemur pkai bikini tgh2 panas tapi xpe laa kulit diorg mmg dah sedia putih melepak..mmg boleh kasi bakor jer..


girls day out...

Penat berjalan perut pun dah merengek2 mintak diisi..terlupa yg kami hanya brekfes nasi dagang yg tak berapa nak sedap kat k.trg tadi..kat Fauna chalet ni mmg tak susah nak makan2..mmg dah tersedia beberapa kedai makan kat situ..harga pun berpatutan dan rasanya?..huh, mmg terbaek..aku order nasi goreng kampung yg dihidangkan bersama ikan bilis goreng dan keropok ikan..sambal belacan dia mmg pedas dan menyegat habis..sangat tidak mengecewakan..

fresh oren..terpaksa langgar pantang minum ais...hehehe

 nasi goreng kampung..terbaek dr ladang...

 price list makanan..not bad kan?..

Habis makan2 masing2 dah mengantuk..so kami balik chalet untuk rest kejap..tup2 tak sedar dah tertido smp petang..bangun je cuaca dah ala2 redup mmg waktu terbaek untuk aktiviti mandi laut..disebabkan snorkeling gear dah diberi awal, kami cuba2 praktis snorkeling kat tepi2 laut dulu..habis mandi manda kitrg smpt main volley ball kat  tepi pantai…mmg besh…release sume tensen..tambahan lak, kat sana mmg maxis takde coverage..betul2 rasa unwired dan tidak diganggu..

Malam mmg xde aktiviti so kitrg ambik peluang lepak2 kat tepi laut smbil main gitar..teringat ada mahajaralawak so smpt lepak kat kedai makan tgk smp habis..mmg layan sbb tgk dan gelak beramai2...balik chalet masing2 dah penat so kami sume tido awal malam tu..dalam hati tak sabar nak tunggu esok untuk aktiviti snorkeling..

Bersambung Part 2..


Related Posts with Thumbnails