BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, March 30, 2011

Looking forward to..


Dah lama rasanya tak pegi bercuti, seingat aku last trip yg aku pegi ialah  bandung tahun lepas..mmg looking forward gila2 nak pegi bercuti lagi..kepala dah berat dengan macam2  benda yg happen lately..kena cari satu anjakan untuk get rid dengan sume stress yg melanda...

alangkah indahnya panorama

 Plan asal nak ke Pulau Perhentian pada 8, 9, 10hb April..sangat looking forward nak bercuti ke pulau  sebab tiap2 tahun pun plan asyik tergendala je...kami belum ade booking pape sebab ingat nak pegi backpackers...ahli rombongan yang dah confirm so far ada 7 orang..


Tetapi……  



Info dari family kat Terengganu, lately selepas tsunami kat jepun cuaca sangat buruk..mengalahkan musim tengkujuh..hari2 pun hujan..sampai sungai dah melimpah dan banjir di kawasan2 rendah..katanya lagi tak sesuai nak bercuti ke pulau sebab laut bergelora..sesetengah pantai lak ada yg  terhakis sebab ombak yang terlalu kuat..hurmmm…



Entahlah, mungkin jam  biologi dunia sudah rosak..kena terima hakikat yang dunia kita sudah makin tua...
sebagaimana yg kita belajar time geografi masa sekolah dulu, monsun timur laut bertiup dari bulan 
nov – mac..sekarang dah nak masuk april belum ada tanda2 akan reda..bahkan makin kencang..


Sangat berharap cuaca akan baik bila masuk bulan april nanti..kalau tak nampak gaya kena postpone trip ni sebab sangat berisiko..*sigh

Adios

0 Comments:

Post a Comment



Related Posts with Thumbnails