BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, March 21, 2011

Chenta baruku...


Sekian lama aku mengimpikanmu
Tidak tertahan lagi aku ingin memeluk mesra dirimu
Sudah tidak sabar aku mengusap lembut leher jinjangmu
Kepingin sekali aku bermanja dan bermesra denganmu..
Bilamana aku sering terpana mendengar gemersik indah suaramu
Oh, chenta hatiku..
Akhirnya aku memilikimu..

Macam saspen je bila baca poem kat atas..mmg dah lama aku mengimpikan nak memiliki 'dia 'tapi sekarang baru tercapai..biasalah, benda kalau kita plan selalunya tidak menjadi tapi kalau datang secara natural barulah ada hasilnya…so apa yg aku duk merepek dari tadi ni?..

Jeng   Jeng   Jeng…
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Inilah dia..chenta baru aku…



Bukan kereta evo, tapi guitar EVO AKUSTIK…

sejak dah habis degree ni mcm2 benda aku nk cuba untuk isi masa aku..dah lama gila aku tak pegang gitar tiba2 rasa teringin nak main gitar balik…ntah kenapa dlm bnyk2 instruments aku sangat suka dengan gitar dari kecik lagi..bagi aku bunyi gitar sangat cool…dengan bermain guitar kita boleh meluahkan perasaan apabila bersatu dengan lagu yg dimainkan..

terror?..oh, please jangan bandingkan aku dengan yuna, zee avi atau paling tidak dgn ana rafali..aku bukan tandingan mereka walau seinci pun..dari usia aku 12 tahun aku berjinak2 belajar bermain gitar sendiri.. biasalah time tu mana ada laptop, ipod, ipad, ps2 dan yg seangkatan dengannya..zaman tu paling hebat pun ada “brick game” atau nama popular sekarang “tetris”..sapa2 yg ada game tu dah dikra hebat sangat dah time tu..tp aku x heran ngan sume tu..minat aku pada gitar..

time tu gitar paksu aku yg selalu jadi mangsa sampai kadang2 tune habis lari aku kerjakan..blajar dengan buku chord dan melalui pemerhatian sendiri semasa paksu dan abg aku dendangkan lagu..time tu apa lagi, semua lagu2 rock kapak, awie, wings, search atau feminin menjadi taruhan..aku masih ingat lagu pertama yg aku belajar lagu “di ambang wati” dari wings..time tu kebetulan filem “sembilu” tengah meletup2 kat pawagam…hari2 kat corong radio siarkan lagu “di ambang wati”..kebetulan lak ada sangkut paut dengan nama pangkal aku..so, mcm lagu tu ditujukan untuk aku gak laa…ahak..perasan betoi..

first time pegang gitar mmg lgsung tak berbunyi..duk greng2 bunyi sumbang mambang....yg kelakarnya, time tu aku rasa saiz gitar tu lagi besar dari badan aku yg sangat “keding”..tapi kalau dah minat semua rintangan tak menjadi halangan bagi aku..kata orang putih "practice makes perfect.".lama kelamaan aku dah boleh main beberapa lagu dan tahu membaca chord2 basic..setakat lagu chord2 senang tu selamba je laa aku goreng… ke sana sini aku duk mengelek gitar..port yg selalu jadi mangsa latihan aku rumah kawan baik aku yuyu..suka lepak sambil main gitar kat rumah dia sbb ada pangkin besh kat bawah pokok mempelam..bila petang ada angin sepoi2 bahasa yg menyamankan..part paling best bila musim buah..sambil lepak kat pangkin siap boleh makan mempelam cecah “colek”..sambil melalak perut pun kenyang gitu..hehehe..

Ok, berbalik pada gitar Evo aku tadi..actually abang aku yg suggest beli gitar ni sbb aku ada tanya pendapat dia time usha2 nak beli gitar hari tu..mula2 ingatkan nak beli gitar kapok biasa je tapi bila aku first tgk si Evo ni mcm jatuh chenta pandang pertama gitu..warnanya hitam siap ade lubang berukir di atas badannya menambahkan rupa klasik si Evo ni..mmg cun..harga lak sangatlah berpatutan..so aku rasa sangat puas hati setelah dapat memiliki si Evo ni..

Dah lama tak main gitar jari jemari  aku sume dah sakit2..lama gak nak boleh dapat tune balik main gitar ni..chord2 banyak yg aku dah lupa..skill plucking dan strumming pun dah kelaut dah..lepas ni aku ingat nak kena tukar kepada tali nilon yg lebih lembut..ni pegang tak sampai setengah jam dah naik kematu jari aku…mula2 hajat hati nak masuk kelas gitar tapi aku rasa tak perlu membazir sbb skang dah belambak tutorial kat youtube…google sudah!

Just nak inform yg aku main gitar ni untuk suka2 je..takde niat pun nak jadi next yuna, zee avi atau ana rafali..so jangan laa harap aku nak rekodkan nyanyian aku dalam youtube..aku tak nak gila glam macam cikgu shida dari parit tuhh....opssss!!...terlebih sudah..

Adios..


0 Comments:

Post a Comment



Related Posts with Thumbnails