BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, February 17, 2011

Pagi yg misteri di ofisku..


Agak misteri kisah aku pagi tadi sesampainya di ofis..mungkin bagi orang lain nampak mcm biasa tapi bagi aku agak misteri sebab logiknya meninggalkan seribu tanda soal untuk aku....sebelum ni aku pernah tulis satu entri ala2 misteri nusantara yg berlaku kat ofis aku ni..sila rujuk entri  “misteri di sebalik pc blown”  

actually dah banyak cerita ala2 seekers aku dengar yg terjadi kat ofis aku yg permai ni..ade yg nampak budak berlari , ada yg dengar suara mencakar dari bumbung, ada yg tiba2 ada cakaran misteri kat lengan mereka bila keje malam, ada yg pernah nampak kelibat org pergi ke tempat gelap, pc start sendiri, bunyi keyboard menaip, printer print  sendiri dan bnyk lagi..kalau nak cerita satu2 boleh wat skrip filem ngalahkan hantu kak limah..

tapi kejadian yg menimpa aku pagi tadi betul2 memusykilkan aku….

jeng jeng jeng…..

cer cite cer cite...

misteri ni tercetus gara2 tiga benda di bawah..

sucking shuttle cock


topeng zorro glitter


huruf L yg fancy


biasala kalau perempuan punya workstation akan semak dgn brg2 fancy merata2..workstation aku lak takde kurangnya..oleh sbb aku sgt suka pink, kebanyakan brg2 atas meja berasaskan warna pink..disebabkan aku suka main badminton, aku ada letakkan 2 shuttle cock kecik yg aku lekatkan kat depan cermin workstation aku..topeng zorro yg ala2 glitter ni lak aku dapat time sambutan hallowen kat ofis aku baru2 ni..so disebabkan topeng tu dah x dipakai, aku saje2 lekatkan kat tepi monitor pc aku..huruf L tu lak aku dapat hadiah dari officemate yg dilekatkan bersama goodie bag time birthday dia..disebabkan sama dgn huruf pangkal nama aku, aku saja2 lekatkan juga di tepi monitor betul2 bawah topeng zorro tadi..

so, ape yg misterinya??...huh~

sume ala2 pink gitu..dah nama pun pompuan..


 meja aku pada kedudukan asal..perhatikan topeng zorro dan huruf L yg aku lekatkan ditepi monitor 
(sila abaikan tray yg berselerak itu..huhu)


gambar yg di zoomkan


shuttle cock yg aku lekatkan dkt cermin tu mmg selalu jatuh sbb maybe dia punya sucker tak berapa melekat..so tiap kali aku lekatkan, esoknya confirm akan jatuh..aku ade dua shuttle,so aku akan lekatkan tergantung di 2 penjuru dan pastikan benda tu center…nak dijadikan cerita, aku dah sgt fed up nak lekatkan benda tu hari2 so aku biarkan je shuttle tu kat tepi keyboard aku..aku still ingat time nak balik semalam aku ade pegang shuttle tu dan main2 ngan bulu2 dia yg pelbagai warna..mcm biasa balik hari tu en hubby ambik agak lewat dalam jam 6 petang so aku bergegas balik dan biarkan shuttle tu kat tepi keyboard..


topeng zorro dengan huruf L tu mmg kadang2 akan terjatuh sendiri ke bawah monitor sbb gam dia yg tak berapa melekat..dan time aku balik hari tu mmg aku confirm 2 benda tu still melekat kat tepi monitor pc aku..buat pengetahuan semua, ofis aku adalah berkunci dan hanya kami berlapan yg ada kunci ofis yg kami gelarkan “fishtank” ni..time aku balik still ade 2 officemate yg stayback kat ofis..

esok pagi dengan magiknya..jeng jeng jeng..

aku sangat terkejut bila tgk topeng zorro dan huruf L tuh berada betul2 di bawah keyboard aku dengan susunan yg begini (sila refer gambar di bawah)..hurmm..terpisat2 aku sekejap..berkerut2 kening aku memikirkan..kalau nak ikutkan logic, kalau 2 benda tu jatuh sekalipun, tak akan benda tu terbang dlm keadaan begitu baik dan duduk betul2 di bawah keyboard yg jaraknya agak jauh dr monitor..kalau gam tak kuat2 koman2 akan jatuh je kat bawah monitor..dan part yg paling best bila aku terpandang shuttle cock yg aku letakkan kat tepi keyboard masa aku balik smlm..naik bulu roma aku kejap..shuttle cock tu betul2 melekat kejap kat cermin tempat biasa aku lekatkan dlm keadaan yg amat center..bertambah musykil aku jadinya..


 topeng zorro dan hurul L yg berada dalam kedudukan begini semasa aku smp pagi tadi..

 shuttle cock yg disebelah kanan itu yg melekat secara misteri bila aku sampai ke ofis pagi tadi..

cepat2 aku tanya pada officemate aku yg lain..mane tau sepeninggalan aku ada sapa2 yg dtg ke workstation aku dan usik barang2 kat atas meja..semua menjawab tak tahu apa2 sbb masa aku balik, mereka semua dah keluar lebih awal..jantung aku berdegup laju..tak sabar aku nak tanya 2 officemate aku yg masih berada kat ofis semasa aku balik smlm..tak sabar menunggu mereka datang..

laju aku bertanya soalan yg sama tapi jawapan tetap negatif..mmg dia org terakhir berada di ofis lebih kurang 7 ptg dan tiada sesiapa dtg dan mengusik brg2 di atas meja aku…habis tu siapa punya kerja?..aku mula mencongak2 di dalam hati..ligat otak aku mengingat balik kebarangkalian aku terlupa yg aku sendiri yg letakkan shuttle itu ke tempat asal sebelum ianya jatuh..hurmmm, aku belum nyanyuk dan seingat aku mmg aku tinggalkan benda tu betul2 di sebelah keyboard..huh, apekah??..


nak menambahkan suspen, sedang aku chatting ngan kakak aku kat ofis tadi dan bercerita tentang peristiwa yg berlaku aku lock pc dan berlalu ke tandas..tak berapa lama aku kembali dan unlock pc aku semula, screen browser chatting aku hilang secara misteri..ade lebih kurang 15 screen yg aku bukak tapi yg hilang cuma screen chatting tersebut..kebetulan yg menegakkan bulu roma..hurmmm…sebelum balik aku gamkan balik topeng zorro dan huruf L pakai double sided tape yg lebih kuat..jangan esok pagi aku dtg objek2 tu beralih tempat lagi sudah!..


 
geram punye pasal aku lekatkan balik topeng zorro dan huruf L guna double sided tape besau..

bukan niat aku nak mengeksploit keadaan..mungkin ada kebarangkalian logic yg aku tak tahu..mungkin mmg ada sesiapa dtg ke tmpt aku dan usik brg2 aku tanpa officemate aku sedar..tapi berdasarkan soal siasat ala2 CSI yg aku buat tadi, cerita dia atas agak misteri bagi aku..terpulang pada orang lain untuk menilai..kalau nak difikirkan hantu tidak mempunyai jisim dan mana mungkin boleh mengalihkan objek..tapi aku terjumpa blog uncle seekers mengenai hantu amukan.. 

kata uncle seekers..

Hantu Amukan (poltergeist) adalah fenomena aneh yang berkaitan dengan perlakuan Hantu Amukan. Istilah “poltergeist” berasal dari bahasa German yang bermaksud Hantu Bising. Ada pendapat yang menyatakan bahawa gangguan Hantu Amukan berasal daripada tenaga manusia yang mati secara tragis atau sesuatu semangat yang tidak tenteram dan menghuni di kawasan tertentu seperti premis atau kediaman. Sementara itu, teori lain pula menyatakan gangguan Hantu Amukan terhasil daripada kuasa seseorang yang masih hidup dan kuasa itu tidak mampu dikawal oleh pemiliknya. Gangguan Hantu Amukan bukan terhasil daripada sejenis kuasa yang dipelajari atau dituntut daripada ilmu-ilmu tertentu, tetapi ia terhasil daripada sejenis kuasa dalaman yang terbit dari dalam diri seseorang tanpa disedari. Selain menghasilkan bunyi-bunyian, bau, mengalih atau mengghaibkan sesuatu objek, kadangkala Hantu Amukan boleh menjelma dalam pelbagai rupa pada bila-bila masa atau di mana- mana sahaja. Antara jelmaan Hantu Amukan adalah berupa makhluk yang berwajah bulat dan menonjol di hadapan, mempunyai telinga yang besar, kukunya tajam dan seluruh tubuhnya dipenuhi arus elektrik.

Kisah yg berlaku pada aku pagi tadi hanya untuk dikongsi..bukan niat nak memesongkan akidah seseorang..kita ada akal fikiran yg waras dan boleh menilai dengan baik…jadi tepuk dada tanya selera~..


Adios..

1 Comment:

  1. Nyzal Aziz said...
    huhuhu..takleh blah..asyik2 taip test2 kat chat room aku..suspen aku dibuatnya..karang ntah sapa2 yg main test2 ngn aku...usah biarkan hidup anda diselubungi misterrriiii...

Post a Comment



Related Posts with Thumbnails