BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, February 23, 2011

Musuh dalam selimut



Terhenyak aku dalam kabut yang menggila
Berlari aku tanpa kompas dlm kabur cahaya
Bernafas aku dalam kebuk yg menyesakkan
Silauan cahaya yg sedikit itu belum tentu terangi aku ke destinasi
Masihkah ada dunia terang di balik mentari?

Dunia ini sangat bingung
Aku rasa sudah kenal
Aku rasa sudah tahu
Aku rasa tidak buta
Semua ternyata tidak.

Sedikit tidak terhidu hanyir sebuah kepercayaan
Tidak ku duga ada gunting dalam lipatan
Dalam selimut kau musuh tersirat paling runcing
Ternyata kau paling busuk dalam wangi kata2

Lari berapa jauh kau mampu
Pergi sejauh mana kau mahu
Sembunyi berapa lama kau suka
Soalnya sampai bila?

Aku bukan bodoh
Sejengkal kau lari sedepa aku pintaskan
Seminit kau sembunyi sesaat aku temukan
Selagi hajat aku belum kesampaian
Tidak sesekali kau akan aku lepaskan
Tunggulah.

Adios

0 Comments:

Post a Comment



Related Posts with Thumbnails