BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, February 14, 2011

Dua budak hingusan


Kisah dua budak hingusan
Berlari anak bermain ting ting
 Dikoceknya tersimpan 50 sen
Dikongsinya membeli aiskrim

Dua budak yg berlainan cita2
Masih berkongsi muzik yg sama
Seorang mengelek gitar ke mana2
Bernyanyi riang mereka berdua
Bagai tiada esok lagaknya..

Mereka digelar belangkas
Tiada dapat dipisah
Walau ada pelbagai fitnah
Hati mereka tiada berubah

Setelah lebih dua dekad mereka bersama
Mereka meredah selut kehidupan
Walau seorang pernah kecundang
Ikatan mereka tiada bergoyang

Ada kala seorang merasa terasing
Bila seorang lagi tersesat mengejar hatinya yg di bawa lari
Dia alpa tentang titisan aiskrim yg dikongsi
Dia lupa sumbang nyanyian tanpa melodi

Terkadang terdetik wujudkah sebuah keikhlasan?
Hanya  dicari saat dia memerlukan
Hanya dicari disaat dia keseorangan
Hanya dicari disaat dia ditinggalkan
Atau sekadar transit menumpang hati yg telah terjual?

walau satu dunia mencemuh mereka
walau seluruh alam fana membenci mereka
walau ditoreh tiada luka seorang lagi pasti merasa peritnya

Bukan khayalan perasaan yg berakar
Sudah tersemai utuh lebih dua dekad
Kasih yg menebal bak dinding konkrit
Tiada dapat diroboh ikatan itu

Kisah dua budak hingusan yg dulu comot
kini telah menemukan diri yg mereka selesa jadi
Moga kasih sayang mereka tidak ditelanjangi
Merentap cinta mereka yg bagai pelangi..

Adios…

0 Comments:

Post a Comment



Related Posts with Thumbnails