BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, February 21, 2011

“Drama” dalam Mentor 5


Aku terpanggil untuk menulis entry ini selepas menonton ujibakat Mentor 5..lebih banyak “drama” yg dipaparkan dari peserta ujibakat yg berkualiti..satu Malaysia tahu yg rancangan  Mentor ni rancangan pencarian bakat nyanyian dan bukannya lakonan..tetapi mengapa lebih banyak aksi drama dipaparkan dr ujibakat perserta yg betul2 berbakat?..adakah untuk menaikkan rating atau gimik dr stesen tv itu sendiri?..

geleng kepala aku sendiri melihat peserta2 ujibakat Mentor kali ni..mula2 agak kesian bila diceritakan tentang latar belakang mereka tapi lama kelamaan aku naik meluat pula..ada yg sanggup datang dr kampung dan menjual PS2 semata2 untuk mendapatkan tambang untuk ke KL menyertai ujibakat itu sendiri..tak kurang pula ada yg sanggup tidur merempat di tepi jalan semata2 mahu mengejar cita2 menjadi penyayi..hebat sangatkah menjadi penyanyi? Phewww…

yg paling menyedihkan bila ada seorang peserta yg mengaku dihina semata2 pekerjaannya mengembala lembu..tujuan dtg ke ujibakat Mentor adalah untuk membuktikan kepada orang2 yg menghinanya bahawa dia boleh berjaya dan dapat menaik taraf maruah diri..aku hairan dengan jenis2 manusia sebegini yg masih memandang status dan pekerjaan sebagai batu penanda aras maruah seseorang itu..hina sangatkah menjadi penjaga lembu?..huh~..ternyata dlm zaman teknologi dan facebook sekarang ini masih wujud pemikiran2 dangkal sebegini…dipaparkan juga peserta ujibakat itu ingin menjadikan platform Mentor sebagai batu loncatan untuk berjaya..tapi tanpa bakat mimpi itu tidak bermakna..jika ingin berjaya banyak lagi bidang yg boleh diceburi..nasib tidak akan menyebelahi kita jika kita sendiri tidak berusaha untuk merubah nasib itu..akhirnya dipaparkan peserta ujibakat itu sgt kecewa hingga menangis teresak2 memeluk dinding kerana di’reject’..dialog terakhir, “nampak gaya saya akan balik ke kampung dan terus menjadi penjaga lembu”..apakah?...di mana letaknya semangat orang2 muda zaman sekarang?..so pathetic~

teringat aku zaman muda2 lebih kurang 10 tahun yg lalu..aku juga dibesarkan dlm keluarga yg sederhana..jika org lain habis spm ada masa untuk berehat atau “honeymoon”, istilah itu mmg tiada dlm kamus hidup aku..merata2 aku berusaha mencari kerja sementara menunggu keputusan spm walaupun dgn pendapatan hanya RM300 sebulan..dlm usia sebegitu aku sudah berdikari sebelum waktunya..dlm usia semuda itu dah bermacam2 pengalaman aku kutip..selepas berjaya menjejaki menara gading aku terus2 menerus berdikari di kota KL ini tanpa menyusahkan sesiapa..pagi pergi kelas, petang buatlah kerja part time dimana2 untuk menyara hidup…bukan ingin memuji diri sendiri tetapi at least aku tidak pernah patah semangat dan menyalahkan nasib aku..hingga sekarang aku sudah boleh berbangga dengan diri sendiri dan pengalaman yg aku kutip sepanjang pengembaraan ini…ternyata pokok pangkalnya adalah dari usaha diri sendiri..

berbalik kepada Mentor tadi, ada juga dipaparkan beberapa adegan yg aku boleh tergelak..ada yg dtg semata2 untuk menjual perfume, ada yg dtg semata2 mahu meminta kerja peon dr Mentor yg dipilih dan yg adegan peserta yg tidak puas hati kerana ingin diujibakat oleh Mentor pilihan mereka..peserta itu pula disokong kuat oleh “isterinya” yg bg aku sangat hot dan vogue melebihi usianya …tidak perlu aku describe bagaimana sbb bukan niat aku untuk mengutuk dan mengata sesiapa..siapa tahu semua akan berbalik kpd diri sendiri satu hari nanti….skripnya yg masih melekat dlm kepala aku..”xpe, u still my hubby”…

yg paling aku tak faham mereka2 ini mcm sudah hilang deria malu dlm diri mereka demi mengejar glamor..please lah, tolong rakam dan dengar sendiri sendiri suara anda..betul2 ada bakat ke?..tidak salah mahu mencuba tapi biarlah “ukur baju di badan sendiri”..ada suara dah mcm itik kena sembelih pun ada hati mau jadi penyanyi…sangat tidak sengsuai okeh?..

ternyata apa yg dipaparkan di dalam Mentor adalah realiti kehidupan sekarang ini..ternyata dlm kecanggihan teknologi sekarang masih ada anak2 muda yg sepatutnya menjadi pemangkin Negara masih hidup “bagai katak di bawah tempurung”…dengan bercambahnya program2 realiti tv sekarang ini, anak2 muda kita semakin ‘malas’ untuk merubah nasib hidup mereka dan bergantung kepada program2 seperti ini untuk mencari glamor singkat…jgn nanti dlm masa 5 hingga 10 tahun akan datang apabila cikgu bertanya apa cita2 anak anda di dalam kelas, jwpn mereka adalah..

”cita2 saya ingin menjadi penyanyi dan masuk dlm rancangan realiti tv cikgu”…

Phewww….

Adios..






0 Comments:

Post a Comment



Related Posts with Thumbnails