BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, January 27, 2011

Cubaan pertama memancing udang..


Dah lama gila rasa aku tak terjebak dengan aktiviti memancing..aku still ingat zaman muda2  time mula2 en hubby nak mengayat, port dating pertama ialah kolam pancing...kalau org lain dating kat taman bunga, aku lak dating kat tepi kolam pancing....last2 ikan tak dapat aku lak yang melekat sampai sekarang..huh, mmg mengena betul umpan yg en hubby pakai..bukan setakat ikan pacu, siakap atau talapia..terus dapat ikan duyung!!..mmg kelakar kalau nak ingatkan balik..

Baru2 ni tanpa dirancang spontan aku ajak en hubby pegi memancing..kebetulan time tu ade lak 2 orang kawan yg tak pernah memancing dan teruja nak mencuba..kolam pancing ni luas gak dan lokasi terletak kat taman desa..actually kolam ni bersambung..ada kolam untuk pancing udang dan kolam pancing ikan..harga untuk pancing udang RM17/jam untuk bukan ahli, RM15/jam lak untuk ahli..harga pancing ikan lak kalau tak silap RM7/jam..untuk pancing udang joran dan umpan disediakan so tak payah susah2 nak beli joran sendiri..cuma perlu sediakan duit secukupnya..

Betul kata orang memancing ni mmg memerlukan kesabaran yg tinggi..setengah jam pertama mmg habuk pun tarak..umpan pun udang tak nak sentuh..tapi lepas 45 min baru terasa mata kail ditarik halus..nampak mcm senang tapi nak memancing udang ni pun kena ada skill2 tertentu..banyak kali gak terasa umpan ditarik tapi bila sentap je joran, dapat angin je...rasa geram sangat sebab dah nampak kelibat udang tuh kat mata kail tapi terlepas...

Rupanya2 aku yg noob..maklumlah beginner mcm kami mana tahu selok belok memancing..semua kami main hentam keromo je...actually, bila dah terasa umpan mengena, kena tunggu udang tu sentap umpan sampai pelampung tenggelam, then kena tarik joran tu cepat2 barulah mata kail tu melekat kuat kat udang..happy gila bila dapat tangkap udang pertama..sekor demi sekor berjaya kitrg naikkan..plan asal nak sewa sejam je tapi dah terjebak sampai 2 jam..macam berhantu lak time dah nak habis sejam baru udang rancak makan umpan..udang2 tu mcm tau2 je nak meng'kaya'kan tokey kolam dan mengempiskan poket kami yg tengah bulan ni..

At last, lepas 2 jam pancing dapatlah dalam 10 ekor udang bersaiz macam2..mungkin bagi orang lain tak ada apa yg boleh dibanggakan tapi bagi kami cukuplah  hasilnya dengan pengalaman pertama memancing..patutlah ramai kaki2 pancing yg fanatik  kat luar sana..bila dapat je hasil tangkapan, aku dapat rasa satu kepuasan yg sukar untuk digambarkan...bertambah lagi duit poket aku ranap lepas ni selain aktiviti karok dan badminton...tapi bg aku duit soal ke dua yg penting masa yg kita spend bersama kawan2 dan org tersayang itu lebih berharga...


Piccas kami  yg dirompak dr fb en apexille..Tq so much!...

 muka bangga lepas dapat pancing udang yg pertama..

aku: "ni sume gara2 ko ecah menjerit kuat sangat smp udang pun lari"..aduyai
ecah : mane ade lel, aku nak hiburkan udang2 ni ngan sore aku..
en hubby : korang dua leh diam x aku nak concentrate nih..

aku : "ni kalau udang tak dapat bg aku selam je laa ecah.."
ecah : "cammon lel, kalo ko lemas, aku leh kasik pelampung"

Go ecah!..

 servis dah bertukar tangan..

At last, ni laa hasilnya..

hasil tangkapan terbesar..

ecah buat2 muka berani pegang udang tu walhal dia paling kuat
menjerit..

Final produk : Udang galah sweet sour..nyum2..


Adios..



0 Comments:

Post a Comment



Related Posts with Thumbnails