BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, January 20, 2011

Aku masih aku


Dah masuk lebih setengah bulan di tahun 2011..tak banyak berbeza kecuali angka umur yang makin meningkat..malas nak plan lebih2 rencana untuk 2011 sebab selama ni pun aku just follow the flow jer..lebih produktif rasanya dari gebang terlebih2 sampai masa satu hapah pun tak ade..


Aku lega selesai satu chapter dlm hidup aku..secara officialnya aku dah berjaya menamatkan degree aku yg dah lama terbengkalai..result dah dapat dan graduation petition dah sign..konvokesyen je yg belum..ada hati nak sambung master?..menarik gak pelawaan classmate aku tapi memandangkan budget yg belum nak ade biar aku hold je dulu..


Tak banyak benda menarik di awal tahun 2011..pasal kerja?..tak bosan ke nak cerita?..kerja masih sama cuma task yg dulunya bukan milik kami dah kembali ke pangkuan..banyak gak kena adjust untuk sesuaikan diri sebab sebelum ni dah berbulan2 mengadap benda yg sama..just positifkan diri dan kena lebih terbuka..

Untuk diri sendiri tak banyak sangat perkara menarik..aku masih orang yang sama..perasaan pun sama..yg menarik kalau perasan entri2 aku lebih kepada sastera dan metafora..bagi aku lebih senang meluahkan perasaan dalam bentuk kiasan..walaupun kadang2 aku rasa kiasan yg aku cipta mungkin hanya aku je yg faham tapi lebih baik luahkan daripada terbuku dalam hati..


aku tak pandai menulis..apatah lagi sastera..selama aku sekolah dulu aku tak pernah belajar aliran sastera apalagi menulis sastera..satu yg benar, aku suka menulis..zaman sekolah dulu2 pun aku paling suka matapelajaran bahasa melayu dan bahasa inggeris hanya kerana aku berkesempatan menulis essei sampai berkajang2..nama je kelas sains tapi matapelajaran sains semua membosankan bagi aku..fizik?, kimia? Biologi? Addmaths?, huh, semua menyemakkan kepala..


bagi aku ini satu cara untuk aku ekspresikan perasaan aku secara indirectly..kata orang mata pena lebih tajam dari mata sebilah pedang..aku rasa dengan menulis aku lebih terbuka meluahkan perasaan..terpulang lah atas interpretasi  pembaca untuk mentafsir maksud tersirat disebaliknya..aku jarang membaca novel dan mmg buta sastera..apa yg aku tulis segalanya datang dari hati..mungkin masih banyak kekurangan di mana2 tapi slowly akan aku cuba jadi penulis yg baik..


Zaman sekolah dulu aku sangat risau bila ditanya soalan klise tentang cita2..sumpah aku tak pernah ada jawapan..kata orang hidup tanpa cita2 bagai kapal tiada nakhoda..benarkah?..dari kecil aku tak pernah simpan cita2..bukan sebab aku tiada pegangan tapi pada aku, tak semua orang tak akan berjaya tanpa pasang cita2..pengalaman hidup yg akan menentukan haluan hidup seseorang itu dan aku berjaya buktikan itu..bukan nak kata aku dah selesa tapi aku berbangga menjadi diri sendiri dan pengalaman2 yg aku kutip sepanjang pengembaraan ini amat bernilai bagi aku..


Untuk 2011 ni aku berharap semoga rezeki dimurahkan dan semoga akan lebih berjaya..pengalaman yg aku kutip sepanjang lebih sedekad di rantau orang ini lebih mematangkan aku..kita sentiasa berdoa untuk menjadi orang yang lebih baik dan aku harap aku salah seorang dari mereka..

Adios



0 Comments:

Post a Comment



Related Posts with Thumbnails