BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, December 26, 2010

Akhirnya aku merdeka..


Agak tunggang langgang life aku dlm 2/3 minggu kebelakangan ni..boleh dikatakan hampir setiap hari aku tak cukup tido..mana dengan nak siapkan final projek aku, dengan aktiviti sukan dan aktiviti2 sosial yg lain..huh, mmg tulang aku ni dah bertukar jadi besi, urat lak dah jadi dawai..

Last week ialah hari presentation viva utk projek system aku..agak kelam kabut menyiapkan website yg mmg gila last minute aku siapkan…bayangkan,aku kena present hari isnin, sabtu malam baru aku nak start buat..nasib baek ade classmate yg amat memahami dan rajin membantu..sanggup aku berkampung kat TM IT Complex kat Cyberjaya untuk siapkan website aku smp 3 pagi..actually classmate aku keje server hosting kat cyberjaya dan shift dia mmg dr 7mlm-7 pagi..so, itu je laa masa yg ada untuk tlg apa yg patut..aku tak lepaskan peluang cedok segala ilmu yg ada..dengan gunakan application joomla, menjadi jugak website aku akhirnya..bukan website gempak pun, tu pun jenuh aku nak siapkan dlm masa x smp 2 hari...leh cek website aku ni kat www.myrecipe2u.com/recipe

Disebabkan aku mmg suka memasak, timbul idea untuk buat website psl masakan utk final projek aku ni..website aku ni mcm portal resipi je..user boleh register jd mmber dan boleh publish resipi, bagi rating dan hantar komen..simple jek tp yg paling jenuh nak menyiapkan report yg berkajang2..fuhhh..

Gugup gak menjelang hari presentation tapi disebabkan pengalaman dlm cust service dah lama, cukup untuk membantu aku di hari presentation..semuanya berjalan lancar pada mulanya..agak lain viva kali ni sbb biasanya akan ade session one to one dengan moderator, so guna laptop je dah cukup..tapi kali ni ade 3 ahli panel dan satu moderator..nak tak nak, kena present kat depan kelas gunakan projector..

Tak banyak komen untuk website aku cuma aku diminta terangkan tentang originality dan kenapa website aku berbeza dr yg berlambak kat internet..tak sempat aku nak terangkan details, moderator dah test aku untuk create satu lagi module dlm website aku..maybe untuk test betul ke aku yg develop website tu..tak smp seminit aku berjaya siapkan…moderator tu beralih kepada report..

Huh, disebabkan website aku tak banyak benda untuk dikomen, report aku teruk kena hentam..aku akui mmg report aku agak contradict dgn system..sah2 report aku dah hantar dulu sebelum siapkan actual website, of course sume input dan print screen dah lain....agak terkulat2 aku nak menepis segala komen dr nya..smp font size pun dia nak komplen?..adoyai..last2 dia bagi aku masa seminggu untuk betulkan…huh, terduduk aku kejap, aku igtkan dah boleh merdeka lps presentation alih2 lagi berganda kerja aku..yg lawaknya lps teruk kena hentam sebelum aku keluar dr bilik presentation, moderator tu siap mintak maaf lagi kalo berkasar dengan aku..motif??..baru ko sedar ke yg ko agak ‘harsh’ dengan aku?..laju2 aku jawab langsung tak ambik hati sebab sbg student kena laa terima teguran dan kritikan..seronok gak dpt paku balik lecturer tu..terkulat2 aku tgk muka dia..puas hati aku..hahaha..

Smlm,  lepas seminggu berjaya gak aku siapkan report yg kena betulkan balik...baru terasa yg diri aku dah merdeka..betul2 puas sebab akhirnya dapat gak aku completekan subjek utk degree aku yg dah tersangat2 lama tertangguh..kalau tak ada aral melintang dan final paper aku ni tak fail, insyaallah nama aku dlm waiting list untuk konvokesyen tahun depan..huh, akhirnya terasa berbaloi segala usaha aku selama ni..terasa ringan bahu dari segala beban dan tanggungjawab sbg student..aku betul2 happy sebab akhirnya aku dah merdeka!!...mungkin org lain dah celebrate saat2 ni bertahun2 lepas, tapi bagi aku tak kisah cepat atau lambat, yg penting aku puas kerana pengorbanan aku berbaloi..bukan masa jadi ukuran, yg penting kita harus sentiasa percaya pada diri yg kita boleh lakukan apa saja selagi kita percaya pada diri sendiri kerana lambat laun kita akan nampak segala hasilnya…

Adios..

0 Comments:

Post a Comment



Related Posts with Thumbnails