BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, November 29, 2010

Rumahku kena serang!!..


Deepavali dah, aidiladha pun dah..blog aku lak still bersawang..bukan aku tak  nak  update cite2 terbaru, idea mcm dah tersekat..otak mcm dah jammed..masa lak begitu mencemburui aku..(alas an, heh)..

Actually baru2 ni rumah  aku kena serang..seminggu lebih gak aku jadi tawanan perang dalam rumah aku sendiri..jgn suspen dulu, bukan kena serang dengan pengganas..tp kena serang dgn anak2 buah aku (otromen 3) yg dtg nun jauh dr Terengganu..bersama2 otromen ber-3 nih, kakak aku, mak aku (gelaran manja che mok) & abah aku pun turun sekali..dah bosan agaknya nak beraya kat kg, sume pakat2 dtg KL untuk rasa rasa beraya di perantauan..so secara otomatiknya raya haji tahun ni aku tak perlu balik kg sebab separuh dr family aku dtg KL..terbaekk kan?..

Kenapa gelaran otromen?..huhu, lupa lak aku nak cerita yg anak2 buah dr kakak aku srg ni sume lelaki..disasternya?..huh, toksah ckp la..dah nama bdk2..lelaki lak tu mmg bukak mata je subjek utama ialah…”MAIN”…yg si abang usik si adik, yg si adik cuit si abang..mcm2 ragam, mcm2 peel..rumah aku yg biasanya sunyi ni riuh rendah jadinya dgn adanya mereka..mengapa otromen?..huhu, aku pun tak tahu nape anak2 buah aku yg ber3 ni sangat obses dengan otromen..pantang tengok patung otromen, mainan otromen, ape2 lah yg berasaskan otromen dr sekecik2 umat hingga sebesor2 alam, bleh hysteria kalo tak dapat..

Dalam ke disaster an diorg tu biasalah..aku still terhibur ngan telatah2 mereka..kesian gak tgk kakak aku seorang diri menguruskan otromen ber3 nih..mmg sangat memerlukan kesabaran dan ketahanan mental yg tinggi.jiwa mmg kena kental habis...aku sangat “salute” dan tabik “spring” aku pada dia..aku harap dia akan terus dan sentiasa tabah menghadapi karenah mereka..moga mereka membesar menjadi anak2 yg soleh dan mampu membahagiakan mummy mereka satu masa nanti..Insyaallah..

Seminggu lebih di KL, sempat aku curi masa bawak family aku jalan2 di beberapa tempat..last week ahad, aku sempat bwk mereka ke bukit tinggi yg terletak di Pahang..itu pun secara kebetulan pegi sana untuk buat fotoshoot outdoor untuk album kawin chikot n fathil..so, aku ambik kesempatan untuk angkut family aku sekali makan angin kat sana..kejadian kelakar dan tak dpt aku lupa, kami terpaksa habiskan makanan dgn cepat sbb dah kena halau dengan security guard kat sana gara2 kitorang berkelah di tempat larangan..mmg procedure kat sana tak membenarkan pengunjung berkelah dan makan di tempat2 awam..logik sket laa, harga makanan kat sana mmg cekik darah pun..tempat cantik tapi tempat makan mcm foodcourt pun tak ada..nak jaga standard sangat laa kunun..takkan nk makan angin smp perut kembong je kot?..lagipun silap mereka tak letak papan tanda larangan mkn di tempat2 awam..so salah kami ke?..huh..

2nd time aku menjejak kaki ke bukit tinggi, agak teruja bila berpeluang ke taman jepun..yg bestnya bila dpt naik tren pengangkutan yg disediakan..seronok sbb time naik tuh angin ala2 dingin dan sepoi2 bahasa…udara lak mmg menyegarkan..sempat aku merasa pkai kimono dengan sewa RM20..agak mahal tp tutup sebelah mata je, dah dtg dr jauh, rasa ralat kalau tak mencuba pakaian tradisi org jepun itu..sakan aku diekori 2 photographer yg gigih snap pose2 aku dan cikot..dah rasa mcm artis pun ada..verangan sekejap..choii lah.

Malam raya time org lain sebok2 duk bakar lemang,dan rebus ketupat..aku lak ajak family aku ke I-city shah alam..kakak aku yg paling teruja nak bawak anak2 dia tgk beribu2 lampu neon yg mmg beraneka bentuk..yg kurang bestnya first time dulu aku pergi masih percuma, sekarang setiap kereta yg masuk akan di charge RM10..tak ada membebankan sangat , kalau mcm kami yg satu kereta sumbat smp 8 org termasuk kanak2 mmg dah agak berbaloi2 juga..mana pihak pengurusan nak dptkan duit cover untuk  maintainance tempat tu..satu malam bill eletrik konfem cecah ribu riban..so, aku no big deal sgt dgn bayaran RM10 tu..bukan nak ckp yg aku ni bnyk duit tp hello, kalo korang lepak kedai mamak pun x sedar order mkn n minum dah cecah RM10, so bg aku RM10 is nothing sgt lah..

Kalau nak ikutkan aku mmg jarang balik kg pd hari raya haji tapi tahun ni berlainan lah sambutan nya sbb separuh family aku kat sini..sambutan kat KL?..huh, sangat tak rasa raya nya..even aku tak dapat pun daging korban..yg penting pagi raya, bangun2 je dah terhidang masakan mak, “nasi minyak”..huh, mmg old time favorite, 10 hari mak aku kat sini mmg hancur diet aku..kalo 10 bulan mak aku kat sini, maunya 2 kali ganda berat aku dr skang..huh!..sempat aku bawak family aku beraya ke rumah kawan aku kat puncak jalil, balik tuh ajak diorg jalan2 kat IOI Mall..letih melayan karenah budak bertiga tapi puas bila tgk mereka gembira..

Sengaja aku ambik cuti raya haji ke 2 untuk bawak family aku jalan2..sempat ke s.alam wet world bawak budak bertiga nih mandi manda..agak seronok walau cuaca agak panas..bukan budak2 ni je teruja, dengan aku2 sekali terjebak mandi manda sampai naik kecut jari..even tak semeriah sunway lagoon, cukup laa utk lepas gian..sempat singgah tgk ikan besau kat akuarium sebelah wet world..maklum laa nak pegi aquaria reramai ni kurang ler mampu..fees sorang dah brape..nanti kalo untie lel korang ni dah loaded sket untie bwk korang pi aquaria  lak..tp kena janji jgn noti2…huhu…

Seminggu lebih family aku kat sini, agak syahdu time nak hantar diorg balek..dah laa aku jarang2 sekali balik kg..rasanya dah dkt 10 tahun aku hidup  merantau..nak ikutkan dlm setahun brape kali je aku smpt merasa masakan mak..bagilah apa saja, sanggup aku tolak asal dpt merasa masakan ibu sendiri..”the best in the world”..

**Akhirnya, rumahku kembali sepi..tiada lagi hiruk pikuk otromen bertiga..tiada lagi pekik lolong sergahan kepada mereka..tiada lagi bau masakan ibu di bucu katil..sesungguhnya, aku rindu saat2 itu..

Piccas

 bukit tinggi..

 2 geisha??..opsss...

 i-city..

 wet world..

aquaria..

 jenjalan raya..

Adios..

Wednesday, November 10, 2010



Ini bukan cerita dalam kelambu..bukan juga cerita merapu..ada usaha yang sia-sia gara2 kecelaruan mereka..salah di depan mata orang lain yang menjadi mangsa..adilkah dunia?..haruskah di perkotak katikkan segala hasil jerih perih kami?..siapa yang tak termuntah bila dipaksa menelan susu “basi”?..

Kadang2 mereka yang bijak pandai itu perlu faham kesusahan dan usaha orang lain juga..seperti biasa hanya perlu menurut dari merungut..timbal balik kena terbuka dari melara..kalih ke kanan sipi2, kalih ke kiri tersipu2..tembak tak kena, nak kata pun tak lalu, balik2 terkena diri sendiri..dalam lembut ada kerasnya, dalam putih ada hitamnya…dalam hati mereka kata ada aku kesah ke?..

Bak kata org2 tua, “kera di hutan di susukan, anak di rumah mati tak makan” bukan minta di bela tapi biar rasa mahal sedikit jiwa..biar terbiar dari berdiam…bukan sedikit hutang masa membayar kerja..bukan mudah batukan diri lengkapi segala usaha..perlu ada rasa, perlu ada jiwa, perlu ada harga..tapi bila ada yang tak kena mengapa kami saja yang perlu menjaja? tidak bolehkah raga di isi tanpa kami membeli? maruah diri tiadakah yang peduli? mengapa kami saja yang perlu tebalkan muka dan pekakkan telinga? mendabik dada menyatakan kami sanggup apa saja?

Bagilah berapa memang boleh saja..tiada kompromi..tapi bila makin di tarah makin menimbun perlu kah  hanya kami yg mengerti?..tarah di sana menimbun di sini..hasil tarahan kekal membukit..bumi di pijak belum nak landai, yang lain dah tanya bila giliran kami? Tak tolong tak sampai hati, dah tolong tak henti dikasi...bila lapar minta nasi, bila kenyang dikata dah basi..adat dunia bila senang lupa diri, bila susah baru mencari..

Bukan ingin mengeksploit, bukan niat memprovok..hati ada dalam tiada..jiwa lara dalam jaga..yg manis jadi tawar..yang pahit dah jadi selumbar..siapa nak pikul yang berat bila upahnya tak ada, sapa nak jinjing yg ringan bila isinya angin semata?..nak telan mati emak, nak luah mati bapa, jadi takkan nak kemam saja?..

**Ikut hati mati, ikut rasa binasa..perlu ke?..Huh!!...


Adios…


Related Posts with Thumbnails