BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, October 12, 2010



Ternyata aku sudah tidak dapat  mengelak lagi..paksa atau rela aku terpaksa juga berhadapan dengan wanita itu..takut? seram? cuak?..huh, semuanya hanya mampu bersarang dalam dada..untuk menolak permintaan wanita itu memang sudah tiada gunanya..tiada lagi kompromi..mungkin kesabaran sudah sampai hadnya..laju aku menolak permintaan wanita itu pada mulanya..mana mungkin aku sanggup berdepan dua pasang mata dengannya..apa yang ingin aku sampaikan nanti?..huh, agak cemas bila dibayangkan…

gaya percakapannya bagai suatu arahan..barangkali sudah biasa memberi arahan kepada anak2 didiknya sementelah kerjayanya sebagai pemberi ilmu…akhirnya aku terpaksa redha..keadaanku tak ubah seperti pesalah di dalam kandang mahkamah menunggu hakim jatuhkan hukuman..menyerahkan bulat2 nasib diperjudikan..”untung sabut aku timbul, untung batu aku tenggelam”…huh, mengapa aku yang harus lalui semua ini?..betul kata pepatah orang2 lama..”sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada berguna”..

Keras nada suaranya bila aku tolak untuk bertemu..diugutnya aku untuk menceritakan segala2nya kepada seluruh keluargaku..aku pun tidak tahu di mana dia mendapat nombor2 mereka..satu persatu nombor yg ku kenali dibacanya bermula dengan nombor abg dan kakakku hinggakan nombor telefon rumahku di kampung juga berada dalam genggamannya..gila!..bayangkan kalau berita ini sampai ke pengetahuan ibu bapaku di kampung?..huh, maunya tenggelam semenanjung Malaysia..

Satu malam aku tidak dapat tidur membayangkan pertemuan itu nanti..akan adakah adegan tarik menarik rambut seperti yg selalu disogokkan dalam drama2 melayu?..atau paling tidak gelaran perampas, perempuan tak sedar untung, miang, tak sedar diri, bakal singgah ke telinga?..sungguh aku tidak bersedia untuk menghadapi mana2 situasi itu..jauh di lubuk hati aku berdoa usai ada satu sinar menjelma dan segalanya akan berakhir dengan baik..

Ku gagahi ke kolej pada hari pertemuan itu walaupun mataku amat berat gara2 tidak cukup tidur..pagi itu, aku sudah berjanji untuk bertemu dengan suaminya..dia mengambilku seperti biasa dan kami sempat  bersarapan bersama..perbualan banyak menjurus kepada tindakan isterinya untuk bertemu aku..ternyata dia juga terkejut dengan tindak tanduk isterinya yang begitu nekad mahu menemuiku hingga sanggup mengugut..dia tidak melarang sebaliknya semua terpulang kepadaku..diberitahuku dia masak benar tindakan isterinya..wanita itu mahu bertemuku untuk melihat sendiri bagaimana rupa gadis yg menjadi pujaan suaminya..pengakuan itu makin menambahkan debaran aku..sesungguhnya aku tersepit.."nak di telan mati emak, nak di luah pula mati bapa"..

Dia menghantar aku hingga ke stesen lrt masjid jamek..mungkinkah ini pertemuan terakhir kami?..dia meminta maaf dan amat kesal atas apa yg aku lalui..pesannya yg terakhir semoga situasi ini tidak melumpuhkan semangatku untuk belajar..pintanya supaya aku belajar bersungguh2 dan berjaya dalam pelajaran..kami berpisah di situ dan masjid jamek menjadi saksi..air mataku yg sedari tadi bergenang tumpah jua sewaktu melangkah keluar dari kenderaannya..di ruang paling hadapan tren aku melayan perasaan..tiada dapat ku dengar hiruk pikuk ragam yg pelbagai walaupun tren sarat dengan manusia…tiada dapat ku hidu bau keti basah yg menjadi trademark warga Bangladesh..aku bagai berada di alam lain.. hanya ada aku dan duniaku..

sesampai di kolej, aku tidak dapat menumpukan perhatian di dalam kelas..subjek2 kegemaranku pun  tidak ku ambil pusing pada ketika itu…fikiranku menerawang jauh memikirkan pertemuan yg bakal berlangsung lewat petang ini..menurut wanita itu, dia akan menaiki penerbangan petang dari utara dan terus mengambil teksi dr KLIA ke kolejku di petaling jaya..memang kerja gila!..getusku di dalam hati..

Jam sudah menunjukkan jam 6 petang tapi masih tiada kelibat kehadiran wanita itu...dalam hatiku berdoa agar pertemuan itu dibatalkan..aku mencongak2 di dalam hati..dalam pada aku berkira2 meraikan angan2 ku tadi tiba2 aku dikejutkan oleh satu panggilan telefon..melihat nombor yg tertera seperti nombor dari telefon awam sekitar kolejku..ku jawab panggilan itu dengan hati yang berdebar2..

“ Hello ….., saya dah ada kat bawah kolej awak ni..awak dah habis kelas ke?..boleh tak kita jumpa sekarang”?

Huh!!...Suara yang ku amat kenali itu antara dengar dengan tidak..semangatku terbang..bagai luruh jantungku..jari jemariku terasa lemah..kepalaku terasa berpinar2..ternyata aku sudah tidak dapat mengelak lagi.. glurppp!!!…aku hanya mampu menelan liur… it’s happening!!!....

Bersambung last episod...


0 Comments:

Post a Comment



Related Posts with Thumbnails