BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, October 8, 2010



...s : “Hello”

tidak perlu menunggu lama sebelum panggilanku dijawab...ku dengar suara yg tidak asing lagi itu di corong talian..jantungku berdegup kencang..seketika aku terdiam tidak tahu apa yang perlu aku tuturkan..nafasku turun naik..aku memulakan bicara..

Aku : “Yeah hello”…

…s : How are you?.. I was worried about you...have you read my email?..I’m so sorry for the email..she was the one who asked me to write the email..I’m so sorry..

mendayu2 suaranya di corong telefon..aku bertambah tidak keruan..ingin sahaja ku matikan talian tetapi mengingatkan janjiku kepada wanita itu aku melupakan seketika hasratku..seperti yang di jangka dia meminta maaf di atas keterlanjuran emel yang di hantar..menurutnya isterinya yang beria2 menyuruhnya menghantar emel yg sedemikian..huh..permainan apakah ini?..aku menyumpah2 di dalam hati..

beria2 dia mengajakku bertemu..katanya dia ingin menerangkan segala2nya padaku..ku beritahunya tiada apa lagi perlu dibincangkan kerana semuanya sudah jelas..katanya dia ingin semuanya berakhir dengan baik..aku keberatan pada mulanya tetapi akhirnya memberi persetujuan..selepas talian dimatikan aku menyumpah pula diri sendiri..mengapa hatiku begitu lembut?..arghhh!!…

tidak sempat aku mendail nombor isterinya dia dahulu menghubungiku..huh, nampak ketidaksabaran wanita itu..terus terang aku ceritakan apa yang terjadi..nadanya berbaur kesal..tak lama kemudian ku dengar suaranya bergetar disusuli esakan2 kecil..aku menjadi serba salah..ingin aku menenangkan wanita itu tapi aku tidak pasti bagaimana..talian menjadi sepi seketika sementara dia melayan perasaan..

akhirnya wanita itu bersuara..diberitahuku dia akan berangkat ke London 2 minggu lagi kerana bakal melanjutkan pengajian ke peringkat PHD..diberitahuku suaminya sebelum ini bercadang menemaninya ke sana tetapi selepas menguruskan tempat tinggal dan nursery untuk anak2nya, suaminya ingin pulang ke Malaysia untuk bekerja di sini..

mendengar penjelasan wanita itu tiba2 aku teringat salah satu perbualan kami ketika keluar bersama2 tidak lama dahulu..ada diberitahuku dia akan berangkat ke London untuk menguruskan sesuatu..selepas segala2nya selesai dia akan balik ke Malaysia dan akan menjadi milikku seratus peratus..ku tanya apa maksud kata2 itu tetapi dia hanya tergelak kecil..diberitahuku dia akan menceritakan segala2 nya bila tiba masanya..baru sekarang aku mengerti tentang hubungkait setiap peristiwa yang berlaku..huh, betapa bodohnya aku kerana tidak dapat menangkap segalanya dari awal..

wanita itu masih tidak berpuas hati..akhirnya dia mengaku yang suaminya menyayangi aku..katanya, ini kali pertama dia berdepan dengan keadaan begini kerana sebelum ini  suaminya tidak pernah bermain kayu tiga..aku hanya mampu menelan liur mendengar kata2 wanita itu..sungguh kalau diberi pilihan aku tidak ingin menjadi orang ketiga antara mereka..

dia ingin aku memujuk suaminya supaya mengikutnya ke London dan tidak pulang ke Malaysia selagi PHD nya belum selesai..katanya jika suaminya pulang ke sini, dia akan terus terusan berhubungan denganku sementelah janjinya kepada wanita itu sebelum ini telah diingkari..

termenung aku mendengar permintaannya..tidak tahu bagaimana ingin memberikan kata persetujuan..permintaan yang seterusnya ternyata menambahkan debaran..perkara itu yang paling aku takuti selepas segala2 nya terbongkar..terngiang2 kata2 wanita itu di corong pendengaranku..

saya nak berjumpa dengan awak”...

jantungku berdegup laju..Fuhh!..

Bersambung Part V



0 Comments:

Post a Comment



Related Posts with Thumbnails