BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, October 14, 2010


Wanita itu kini berdiri dihadapanku..ku jangka usianya dlm pertengahan 30an, berambut panjang kerinting, dengan ketinggian sederhana dan berkulit sawo matang..agak simple orangnya..sewaktu menemuiku dia memakai baju labuh polos berwarna ungu dan berseluar hitam..dia menjijit bungkusan di mana aku tidak dapat mengagak isi kandungannya..riak wajahnya yang tampak agak garang menambahkan kecut di hatiku..

Takut2 aku memperkenalkan diri..dia membalas dengan senyuman dan juga menyambut salamku...lega sedikit cuak di hati melihat kuntuman senyum dibibirnya walaupun aku tak pasti samaada senyuman itu dibuat2 atau lahir dari hatinya yg ikhlas..dia mengajakku ke tempat yg sedikit privacy untuk berbincang..aku mencadangkan pizza hut yg jaraknya selang beberapa blok dari kolejku kerana keadaan di sana yg agak lengang dan kurang pengunjung..tiada protes dan dia hanya menurut cadanganku...

Sesampai di lokasi dia menjemputku duduk..jantungku yg sedari tadi berdegup laju kini bertambah kencang…ku cuba sedaya upaya untuk tidak menampakkan reaksi cuak terpapar di wajahku..hanya tuhan yang tahu betapa bergeloranya perasaan aku tika itu..dia bertanyakan khabarku dan bertanya serba sedikit mengenai pelajaranku..mungkin permulaan perbualan untuk memberi ruang kami merasa selesa sebelum dia bertanyakan soalan2 yang lebih panas dan bakal menyesakkan nafasku...aku sudah bersedia dengan sebarang kemungkinan...huh!!..

Dia membuka bungkusan yang dibawa dengan  berhati2..mataku tidak lekang dari tangan kejapnya..tidak sabar untuk mengetahui isi kandungan bungkusan yang di bawa..dia meletakkan isi kandungan bungkusan itu betul2 di hadapanku..ada 2 buah kesemuanya..bungkusan itu berisi album gambar2 perkahwinannya..gambar dari hari dinikahkan dan juga majlis persandingan..aku membelek2 penuh minat..mmg sah suaminya!!..getus hatiku..mungkin dia sengaja menunjukkan bukti supaya aku tidak mencurigai siapa dirinya..hurmm..memang satu tindakan yang amat bijak..

Seperti yang dijangka sesi soal jawab pun bermula..tutur katanya amat dijaga..tidak sedikit pun dia menaikkan suara..sikapnya amat professional..tidak dapat aku pastikan samaada dia berpura2 untuk mengorek rahsia atau itu adalah peribadinya yang sebenar..katanya kita terlalu banyak di momokkan dengan adegan2 klise dalam drama2 melayu..asalkan ada orang ketiga, mesti ada adegan2 pergaduhan, tuduh menuduh dan paling tidak pun tarik menarik rambut..katanya sebagai seorang wanita moden tidak perlu semua itu..pertelingkahan tidak dapat menyelesaikan masalah dan membuat masalah menjadi bertambah kusut..sedikit sebanyak aku akur kata-katanya..tambahan lagi aku tak bersalah dan menjadi mangsa keadaan..

Bermacam2 soalan diajukan wanita itu..kadang aku pun tidak pasti mana dulu perlu ku  berikan jawapan..satu yg pasti, aku menjawab setiap persoalan dengan sejujur jujurnya..biarlah aku berterus terang sahaja..bagiku tiada apa yg perlu disembunyikan lagi..wanita itu berhak untuk tahu dan menilai sendiri tingkah laku lelaki itu di belakangnya…menurutnya, suaminya tidak mengakui tentang hubungan istimewa kami dan cuma mengganggap aku sebagai teman biasa..ada juga soalan bersifat peribadi yg diajukan..tiada apa perlu ku risaukan kerana memang tiada hubungan yg boleh dikelaskan 'intim' antara kami..

Setelah mendengar penjelasanku, wanita itu rupanya masih belum berpuas hati..dia menghubungi suaminya..agak tersentap aku bila dari bait2 kata yang aku fahami, dia mahukan suaminya pula datang menemui kami..huh, apakah lagi bencana yang bakal menanti?.aku berkira2 di dalam hati...tidak dapat aku bayangkan bagaimana pertemuan tiga bucu itu nanti..mungkinkah aku kancil yang bakal tersepit di tengah2 pertarungan antara dua gajah?..ikutkan hati ingin saja aku pergi dari situ tetapi aku tahu selagi wanita itu tidak berpuas hati, dia akan terus menerus menggangguku..biarlah segala-galanya berakhir hari ini juga..

mendengar dari percakapan mereka, suaminya berdolak dalik tidak mahu menemui kami..mungkin juga takut rahsianya terbongkar..mungkin juga tidak mahu lebih mengeruhkan suasana..susah untuk aku mengagak tindak tanduk lelaki itu lagi..dari riak wajah wanita itu, dia berkeras mahu suaminya menemui kami untuk membuat perhitungan..akhirnya suaminya mengalah..lokasi pertemuan ditetapkan di coffee bean, mid valley…

dengan menaiki teksi, perjalanan ke mid valley yang paling jauh ku rasa bila berada di samping wanita itu..bermacam2 perkara diutarakan kepadaku..diminta aku berhati2 dengan lelaki asing selepas ini..katanya lebih baik berkahwin dengan orang “kita” dari lelaki asing yang berlainan budaya dan gaya hidup...sesekali dia memburuk2 kan suaminya di depanku..tidak dapat aku membezakan niat sebenarnya untuk berkongsi pengalaman atau sekadar menambahkan kebencianku..ku beri peluang untuk dia meluahkan perasaan..dalam hati berdoa agar semuanya cepat berakhir..sudah tidak sanggup lagi aku menghadapi kedua2 mereka yang boleh dikatakan “cerdik pandai” tetapi masih kurang bijak menangani krisis peribadi..ternyata, setinggi mana menara gading digapai, manusia tetap tidak boleh lari dari masalah..

pertemuan tiga bucu itu berlangsung agak tegang..sesekali wanita itu tidak dapat menahan emosi..setiap penjelasan suaminya sebelum ini diajukan kepadaku untuk pengesahan..aku hanya mampu menjawab ‘ya’ atau ‘tidak’..ku biarkan mereka bertelagah dan aku hanya menjadi pemerhati bebas yg tekun memerhatikan gerak geri mereka..ku lihat wajah yang pernah ku sayang itu terkulat2 membidas tuduhan demi tuduhan yang di lemparkan isterinya..terkadang dia terdiam bila penjelasan yang diberi akhirnya menjerat diri sendiri..dalam diam aku kagum melihat wanita itu menggunakan pendekatan psikologi untuk mendapatkan pengakuan suaminya..tidak betah duduk, lelaki itu bangun dan sesekali cuba membuat jenaka..ternyata perbuatannya langsung tidak terkesan di hati isterinya..aku hanya memerhati segala drama itu di depan mata..sesekali aku melepaskan keluhan berat menyaksikan adegan2 itu..

selesai proses soal jawab, isterinya memberi peluang kepada kami berdua untuk berbicara ..dia beredar dari situ..peluang itu diambil lelaki itu untuk memohon maaf dariku atas apa yang terjadi..riak wajahnya langsung tidak menunjukkan kemarahan kepadaku tetapi ku lihat dia betul2 menyesal atas apa yang terjadi..sebagaimana pertemuan kami pada siangnya, tidak jemu2 dia berpesan supaya aku tidak mengabaikan pelajaran..seboleh2 dia ingin melihat aku berjaya dan kejar cita2 ku..di saat2 genting ini pun dia masih mahu memberi inspirasi..ku berjanji dengannya, kejadian ini tidak sedikit pun mematahkan semangatku..ku beritahu lelaki itu aku redha dengan apa yang terjadi..ini mungkin salah satu proses untuk aku menjadi lebih matang dan berhati2 dalam mengenal hati budi seseorang..tiada pembelajaran lebih berharga melainkan pengalaman..

wanita itu kembali dan permintaan terakhirnya agar segala2 nya berakhir di sini..dia mahukan persetujuan suaminya di saat itu untuk mengikutnya ke London dan berjanji tidak pulang ke Malaysia selagi PHD nya belum tamat..pesanan terakhirnya kepadaku agar aku tidak ada apa2 hubungan dengan suaminya baik melalui telefon, chatting mahupun emel sekalipun..katanya, itu sudah cukup membuatkan hatinya terluka..menurutnya, demi anak2 yg masih kecil, dia terpaksa memaafkan lelaki itu walaupun hatinya cukup pedih..aku memberi persetujuan dan berjanji akan menuruti segala permintaan wanita itu..jauh di sudut hati tertanya2 tahukah wanita itu bukan hatinya seorang yang terluka?..perit dan robek di jiwa ini hanya masa yang mampu mengubatnya..

mereka menghantarku pulang dan itulah kali terakhir kami bersua..aku mengotakan janji2ku untuk tidak ada sebarang hubungan lagi dengan suaminya..aku redha dan mengganggap setiap perkara yang berlaku itu ada hikmah di sebaliknya..perjalanan ini sedikit sebanyak mematangkan dan membuatkan aku lebih berhati2 dalam mengenal hati budi lelaki..di satu saat aku menjadi serik dengan lelaki, tetapi aku perlu berfikiran positif kerana bagiku “dalam setandan pisang tak semuanya adalah busuk”..apa yang penting kita harus bangkit dari kegagalan lalu dan sentiasa berdoa untuk yang lebih baik..tidak perlu kesalkan apa yang sudah terjadi dan semoga ia akan menjadi tauladan dalam mendatangi masa hadapan..hidup adalah pendakian..mesti melalui kesukaran untuk tiba di puncak..tiada kejayaan tanpa iltizam dan tanpa mimpi, impian juga tidak bermakna..sentiasa beri peluang untuk berubah kerana “tiada manusia yang sempurna”.

Sekian..

TAMAT


2 Comments:

  1. Nyzal Aziz said...
    huhuhu..akhirnya..berakhir juga telenovela ini..letih nunggu..ahakss...the end..
    Chinatsu Akera said...
    hahaha..tu laa..aku lagi letih weh mengerah otak..sila bagi rating 1-5..

Post a Comment



Related Posts with Thumbnails