BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, October 26, 2010

Ku yakin dia...


Entri ini bukan ingin menambah luka di hatinya..bukan juga membuka pekung di dada..ianya satu refleksi ringkas dari nurani yg tulus yg sentiasa mendoakan kebahagiaannya..susah untuk kita menduga apa yang ada dihadapan kita selagi kita tidak melaluinya..bila segala kegelapan berada di hadapan mata, hanya empunya diri yg dapat merasakan jerih perihnya..kita sebagai manusia ada bahagian masing2 di atas muka bumi..yg penting kita harus yakin dan percaya bahawa sesuatu yg berlaku itu ada hikmah di sebaliknya..

tiada sesiapa meminta hujan di tengahari ..tetapi kena harus yakin dan percaya  hujan hanya kabut sementara.. siapa tahu cuaca akan lebih bersinar dan pelangi yg cantik dan bewarna warni akan muncul  selepas kelamnya suasana..dan di saat itu, kita akan sentiasa bersyukur pada hujan yg menggabungkan hubungkait antara tanah dan matahari..melengkapkan satu metamorphosis kehidupan..
 
aku sentiasa melihat kekuatan dalam dirinya..wanita besi yg sentiasa mendahulukan yg lain dari dirinya..tiada hipokrasi..tiada prejudis..tiada obsesi..dari seraut wajahnya dapat ku hidu kesepian itu di dalam anak matanya..kesepian yg kadang kala menjadi racun jiwanya..ku lihat dia gagah dalam rebah..kuat dalam lemah..tiada yg lebih agung dari rasa cintanya..tiada yg lebih hebat dari rasa kasihnya..

ku percaya dia mampu surutkan mimpi ngeri yg menghantui malam2nya..ku percaya dia mampu melupuskan renyai yg berpanjangan..ku percaya dia akan  menemukan tebing pantai penawar laranya..mungkin mereka tidak tahu tetapi aku tahu dia mampu..

Setiap jiwa itu comel…tiada yang kurang dan tiada yang lebih…asalkan percaya pada diri sendiri, tiada apa yg mustahil..kita masih ada secebis perasaan..kita masih sempat untuk merasa..kita percaya tiada manusia yang sempurna..tiada juga cinta yang sempurna..yang ada hanya redha dan juga percaya..bila sesuatu itu diserahkan pada tuhan kita akan terima terus untuk kita…atau telah ditulis jodoh itu tiada..pada masa itu Insyaallah kekuatan dikasikan pada kita..dan kita harus percaya tuhan itu maha adil..dikurangkan di sini tapi dilebihkan di sana..kita yg harus percaya..

Ku yakin dia percaya ini bukan penamat dunia..bukan juga pemadam obor2 semangatnya..semoga dia terus utuh berdiri dan menerangi malam2 yg mendatang..kerana dia masih ada mereka..mereka yang masih menagih kasih sayangnya..kerana mereka masih tidak mengerti apa2..tiada harta yg lebih berharga..tiada terbanding intan dan permata..hanya mereka sebagai amanah melengkapi hari2 nya..

Dari jauh ku titip semarak api..peniup semangat yg telah pudar..semoga dia terus utuh..semoga dia terus kebal…gelaran besi itu..tiada lain selain dia..hanya dia…

Adios..


1 Comment:

  1. Nyzal Aziz said...
    sob..sob..touching sehh...tochee..tochee..

Post a Comment



Related Posts with Thumbnails