BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, October 18, 2010

Chill @ sungai chilling...



ahad lepas sempat mandi manda kat sungai chilling kuala kubu bharu..actually trip ni boleh dikatakan last minit planning..sume perbincangan mostly dalam facebook je maklumlah teknologi sekarang leh hubungkan manusia secara virtual je..tak sampai seminnggu planning last minit ahli rombongan yang confirm pegi mencecah 13 orang, not bad..plan asal nak pegi hulu yam tapi disebabkan hulu yam sekarang air dah ala2 x best dan ramai orang jadi plan bertukar ke sg chilling kkb..

actually sg chilling dah lama menjadi port lepak aku ngan crew2 rafting masa zaman muda2 dulu (sekarang masih muda okes dan bertambah vogue gitu)..time tu empangan kuala kubu tu pun masih belum siap lagi..bnyk gak perubahan aku tgk..kalau dulu tak ramai yg tahu tmpt mandi ni..sekarang mmg tmpt ni dah agak dikomersilkan so mmg ramai yg dtg mandi manda especially cuti hari minggu..yg special tentang sg chilling ni ada tempat yg air terjun dia agak dalam dan luas…mmg strategik untuk aktiviti berenang sbb sg dia agak dalam dan tidak berbatu..sg dia agak curam ke tengah so kena hati2 sikit untuk yang mereka yg hanya tahu berenang dengan aksi kuak lemas tu..

rombongan pagi tu berkumpul di mentari court sunway jam 9 pagi..tapi biasalah mesti ada yg datang lambat, iaitu pasangan baitie dan azir..40 minit lambat tapi dimaafkan...excited punya pasal sikit pun tak mematahkan semangat kami walaupun bertolak lambat sedikit dari perancangan..untuk elak jem, kitorang purposely keluar tol bukit beruntung sebab normally kalo masuk rawang mesti jem teruk dengan lori yg sama naik berlumba2 dgn kereta..tak kisah jauh sikit asalkan jalan clear dan selamat..

sampai sg chilling jam dah dekat 11 lebih..perghh, dah banyak gak kereta yg parking even still pagi..lepas ambik port dan angkut barang makanan, masing2 sempat isi perut dulu sebelum buat aksi terjun tiruk..menu potluck coz masing2 bawak lain2 makanan as per discussion dlm facebook.. habis makan2 sume dah tak sabar2 nak mandi manda..air dia sgt jernih dan mmg sejuk giless…mmg best mandi manda time matahari belum tegak atas kepala..mmg sgt refreshing dan feeling habis..en hubby n the gang lak x habis2 ngan tangguk ikan, sempat gak dpt 2/3 ekor ikan sebarau kecik..yg bestnya, diorg kalah dgn 3 org pengunjung lain yg lebih terror tangkap ikan sebarau size tapak tangan dengan guna tangan je..tak payah guna apa2 gadget. atau tools...kagum sekejap..

habis sesi mandi manda, rombongan bergerak turun dr chilling lebih kurang kul 3 ptg..plan asal nak ke fraser’s hill tp disebabkan dah lambat so, plan pun bertukar..singgah jap kat empangan kkb sbb semua dah sibuk nak cari toilet..untuk pengetahuan, kat sg chilling ni mmg tidak disediakan kemudahan awam spt tandas, tmpt mandi atau tempat salin pakaian..so, lepas dah mandi pndai2 laa tukar baju dlm kete. atau tmpt2 seangkatan dgnnya...pemandangan kat empangan syabas ni mmg terbaek..mcm gila bergambar berlatar belakang kan empangan kkb..sgt menerujakan..mcm2 aksi smpt dirakamkan utk kenang2ngan..

sebelum balik sempat singgah ke dataran millennium yg letaknya tak jauh dari kem bina semangat ampang pecah utk sesi makan2 menghabiskan sasi baki potluck yg ada..rombongan bersurai dalam jam 5 ptg…overall trip sgt exciting ditambah lagi dgn ahli2 rombongan yg happening habis..tq kengkawan for making my day!!..so next trip, white water rafting, jom!!! ada beran??...

pics..









Adios..


0 Comments:

Post a Comment



Related Posts with Thumbnails