BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, September 26, 2010


Aku : hello

Caller : ye hello, boleh saya tahu awak ni ***i  ke?

Aku : Ye saya, kenapa ya?

Caller : nama saya ******h awak kenal dengan ***s tak?..

Aku : ye saya kenal kenapa yer..boleh saya tahu awak ni siapa?..

Caller : saya ni isteri dia?..awak tahu kan dia sudah beristeri..kami dah ada dua anak pun...

Aku : isteri dia??…(Glurrppppp…)

Mendengar perkataan isteri bagai nak gugur jantungku..hancur luluh perasaanku…berpinau2 rasa dunia..huh..dugaan yang maha berat aku rasakan waktu itu..mengapa aku yang harus tempuhi semua ini..lidahku bagaikan kelu seribu bahasa..mendengar status itu ku rasakan duniaku bagai terhenti seketika..soalan2 lain yg ditanya wanita itu ku jawab acuh tidak acuh sahaja..hatiku terbakar..egoku tercabar..perasaanku bagai dicarik2…maruahku bagaikan di siat2..sungguh ketika itu aku tidak sabar bersemuka dengannya yg tekun memerhatikan aku dari kejauhan..sesekali senyuman terukir di wajahnya memandangku..barangkali tidak faham apa yg aku tuturkan di corong talian..dalam hatiku meronta2..siaplah kau lepas ni…Grrrrrrr..marahnya aku rasa…

Tiba masanya aku berdepan dengannya…tatkala itu perasaanku bercampur baur..marah...bengang....kecewa…tertipu..segalanya bersarang di hati…ligat otakku berfikir apa yang harusku tuturkan dahulu..mulut bagaikan terkunci..lidah terasa kelu…dadaku terasa berat…jantungku berdegup laju..seketika kemudian aku mulakan bicara..tiada lagi senyuman terukir dibibirku..tiada lagi kata2 manis sedari dulu..

Aku : I need you to be honest with me..are you hiding something from me?..

***s : No, why?..who actually called you just now?..

Aku : your wife…

***s : My wife??..which one??..

Aku : u asked me which one?..OMG…why?..do u have more than one wife?..so this is the secret that you’ve been hiding from me??.you’re such a jerk.. a liar…

Mendengar jawapan darinya bagai tak terbendung lagi perasaanku..sedari tadi air mata yg ku tahan2 akhirnya tumpah jua..akhirnya aku tewas dengan perasaan…aku tertipu dengan perasaan sendiri..sungguh aku terasa diri sangat2 bodoh…aku kena akui tiada kejujuran dalam dunia sekular ini...manusia jujur sudah pupus..aku harus terima hakikat itu..

Tersengguk2 bahuku menahan esakan..bertambah laju esakanku bila cuba ditenangkan..terkebil2 matanya memandangku..tanganku cuba digenggam lembut tapi laju2 aku menolaknya…ku lihat wajahnya yang serba salah..bermacam2 cara dibuatnya untuk memujukku..aku tetap diam membantu melayan perasaan..saat itu aku rasa ingin terbang jauh..ke satu tempat yg damai..kalaulah ku punya pintu suka hati..bawaku jauh dari sini…

Selepas keadaan bertukar tenang..akhirnya dia mengaku segala2nya....diberitahu aku perkenalan mereka ketika sama2 menuntut di luar negara..isterinya seorang pensyarah di university terkemuka di utara tanah air..mereka berkahwin di Malaysia dan isterinya berbangsa melayu..huh..segalanya terasa jelas..di awal perkenalan memang soal agama menjadi kemusykilan utama..bukan sekali ku tanya bagaimana dia memeluk islam..satu persatu persoalan aku sebelum ini terjawab..

Diberitahuku bukan niatnya untuk berahsia..niatnya ingin berterus2 terang bila tiba masanya..arghh..aku tidak ambil pusing kata2 itu..masakan aku percaya lagi..untuk selamatkan diri boleh cakap apa saja..sungguh kata2 nya sedikit pun tidak terkesan di hati..ku gegasnya untuk pulang ke utara menemui isterinya..jangan disakiti hati wanita itu..fikirkan juga kebajikan anak2nya..seribu kemaafan dipohon kepadaku..nadanya berbaur kesal..dapatku lihat keikhlasan dari nada dan tutur suaranya…sesungguhnya aku pasrah…

Lagu ini begitu terkesan di hati ketika itu..

Tajuk : Kerana (Erra Fazira)

Kerana terlalu mempercayaimu
Kau istimewa dalam hidup ku
Kerana terlalu menghormati
Terkeliru pandangan mata hati
Kerana terlalu mengasihi
Akhirnya terluka aku sendiri

Aku sangkakan mengenalimu
Aku kenali hati budimu
Aku meyakini engkau luhur
Menyayangiku dengan jujur

Kiranya bagimu itu semua
Hanya satu lakonan, lakonan biasa
Tiada sedikit pun aku sedari
Dipersendakan oh selama ini

Aku sangkakan yang ku gilap
Permata tulen yang berharga
Penilaian ku oh ternyata silap
Kau rupanya kaca tak berharga

Bersambung Part III

Adios..

 

0 Comments:

Post a Comment



Related Posts with Thumbnails