BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, September 22, 2010

Luka lama berdarah kembali,,


Mode : Telenovela sebabak...

Keseronokanku  menyambut syawal direnggut sebentar oleh satu panggilan telefon yg tak kusangka2..

Caller : hello..

Aku : ye hello..

Caller : boleh tak saya tahu siapa kat sana?..

Aku : Aik..awak call saya sekarang tanya saya siapa..awak tu nak ckp dengan siapa?..

Caller : actually saya terjumpa no telefon ni dalam hp suami saya, sebab tu saya nak tahu awak ni siapa

Aku : suami awak?..siapa nama suami awak?..

Caller : awak kenal tak dengan ***s?..saya nak tahu awak ni siapa dan kenapa nombor awak boleh ada dalam simpanan suami sy..

Aku : ***s?..minta maaf saya tak kenal siapa suami awak..maybe awak salah nombor..

Caller : awak betul tak kenal ***s?..sila terus terang dengan saya..

Aku : minta maaf saya tak kenal langsung..awak salah nombor ni.. (sambilku matikan talian)..

Huh..berderau darah seketika ku rasa bila nama itu disebut..nama yang tidak asing dari benakku..laju fikiranku menerjah kenangan lalu...fikiranku menerawang jauh hingga menerobos 10 tahun lamanya...ya nama yang tidak asing lagi..mana mungkin aku lupa nama itu..insan yang pernah berbunga di hati..silap aku kah menemukan dia?..silap aku kah dia sudah berpunya dan bergelar suami orang?..tambah menyakitkan bila mengetahui realiti yang dia adalah bapa kepada dua cahaya mata?..huh..sesungguhnya aku tertipu..tertipu dengan helah manusia..mungkin aku terlalu muda untuk mengerti..aku terlalu muda untuk membaca gerak geri manusia seperti itu..mungkin usiaku terlalu mentah untuk memahami segala2 nya..salah aku kah?..mana silapku?

Salam perkenalan di hulur bila aku menolongnya menunjukkan arah kerana tersesat jalan..katanya baru pindah di kawasan sekitar kediamanku..selepas ku tunjukkan arah, peluang diambilnya untuk terus bermesra..ditanyanya namaku..terkulat2 aku menjawab..dimintanya aku nombor untuk dihubungi..sedikit cuak di hati kerana ku lihat dia bukan org tempatan..asalnya di sebuah negara di mana spanish menjadi bahasa ibunda..melihat keikhlasan dalam matanya entah mengapa gatal tangan ku memberikan name card yg ku buat suka2..tertera no hp dan alamat di atasnya..diambilnya dan ucapan terima kasih diucapkan kepadaku..

Beberapa minggu selepas itu aku mendapat panggilan darinya..mesra dia mengenalkan diri dan bertanya latar belakang ku..agak takut2 ku menjawab..masih mencari2 keikhlasan di corong suaranya..diajak ku bertemu tapi ditolak bulat2 olehku..mana mungkin aku keluar dgn org asing yg tidak ku pasti kejujurannya..dapat membaca kegusaran aku di ajakku berjumpa di restoran tak jauh dari kediamanku..hanya untuk minum2 katanya..diberitahu aku dia ikhlas mahu berkawan sementelah kami tinggal di kejiranan yg sama..

Setelah berbulan mengenalinya melalui telefon aku bersetuju untuk menemuinya..itu pun di restoran sekitar kediamanku..pertemuan pertama agak melucukan..aku akui dia mmg peramah orangnya..sangat pandai berlucu dan menghiburkan hati..pelbagai pengalaman diceritakan kepadaku..baru aku tahu latar belakang seni yg diceburinya..sbg pengarah seni iklan kerjayanya memerlukan imaginasi dan kreativiti..sedikit sebanyak aku mula kagum padanya..lagipun aku berkongsi minat sama yg mendalam kepada seni..

Lama kelamaan hubungan kami bertambah rapat…sementelah dia mmg rajin mengambilku di universiti dan sangat mengambil berat tentang pelajaranku...mmg tiada tarikh tertentu bila kami declare..ku akui hati mula bercambah sayang dan rindu tetapi untuk aku katakan hubungan itu serius memang belum ke arah itu..ku akui hatiku memang sekeras tembok batu..senang untuk menyukai seseorang tetapi untuk menyintai secara mendalam agak sukar  bagiku..

Selama 8 bulan hubungan teman tapi mesra kami tiba2 aku dikejutkan dengan satu panggilan telefon..lebih melukakan bila waktu panggilan itu dibuat aku sedang keluar dengannya..dengan satu panggilan  sahaja telah mengubah persepsi aku kepadanya..kutukan dan cacian bukan kepadanya tetapi kepada diri sendiri..bodohnya aku….butanya aku..manakan dapat aku nilai kejujuran seseorang??..huhh...

Bersambung part II…

Adios..


1 Comment:

  1. Nyzal Aziz said...
    huhuu..aku ingat lagi kisah nih..aku tabik giler kat mung sebab dop jadi orang ketiga dalam hub diaorang..menarik diri..ada orang sengaja rela dan bangga dapat merampas hak orang lain..kunun cam diva ahhh..boleh ker kita hidup ngn aman setelah meruntuhkan kebahagiaan orang..jawablah sendri kat akhirat setelah merampas hak isteri n anak-anak..
    apa-apa aku bangga kat adik aku nih..tengok Allah dah anugerahkan pengganti lain..dan aku bahagia tengok mung bahagia sekarang..(emo..hahahah)..

Post a Comment



Related Posts with Thumbnails