BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, September 4, 2010

corat coret sebelum aidilfitri..


Pejam celik, pejam celik, tinggal tak sampai seminggu lagi nak raya…aku percaya mesti semua mesti sibuk buat persiapan untuk raya nanti..time nilah masing2 sibuk shopping last minit, ada yang sibuk siapkan tempahan baju raya, ada yang sebok siapkan kuih raya..mesti agenda padat  menjelang seminggu sebelum raya ni..

Aku lak bukan tak sabar nk beraya tapi tak sabar nak cuti panjang..seronok rasanya cuti 12 hari yang aku apply dah approve..lama dah aku tak amik cuti lama macam ni..mane taknye setiap hari bergelumang dengan kerja yang kadang2 mmg dah xde nafsu nak buat tp terpaksa gak buat atas erti tanggungjawab..ermm..

Persiapan raya aku biasa2 je..xde sangat untuk diri sendiri..yang penting bukan raya tapi berkumpul bersama keluarga..ikatan tu yg lebih penting dari segala-galanya..tahun ni seperti biasa aku akan balik ke kampong halaman aku di Terengganu..even en hubby org Sarawak, so far aku lum pernah lagi beraya kat sana..kampung dia mmg minority islam dan majority beragama kristian..so mmg sambutan raya agak kurang berbanding tempat lain..aku pun ape lagi pucuk dicita ulam mendatang..tak ade adegan2 drama hari ini pasangan suami isteri berebut nak balik kampong mane…mmg terbaek..

Maybe aku akan bertolak balik 2 hari sebelum raya..actually semua adik beradik aku yg lain mdah pun menetap di Terengganu..abg aku pun baru dpt transfer dari karak ke terngganu 2 minggu sebelum raya..so, aku percaya mesti semua pun menanti2 kepulangan aku nanti..task2 dah menunggu kat sana..aku akan amik tender kat dapur untuk siapkan rendang, dan biasanya aktiviti wajib malam raya ialah acara bbq..seperti biasa en hubby akan amik scene bakar membakar dan aku tentulah chef yg akan siapkn segala ramuan nanti..

Mmg meriah bila dapat berkumpul bersama2..walaupun raya dalam sederhana apa yg penting ialah apabila disambut dengan keluarga tercinta..tapi dalam kegembiraan kita jangan lupa kepada mereka yang kurang bernasib baek..hulurkan bantuan selagi mampu..aku ingin mengambil kesempatan untuk menyusun 10 jari jika ada terkasar bahasa atau tersinggung secara sedar atau tidak..tiada manusia yang sempurna dan setiap hari kita belajar untuk menjadi yang lebih baik..lastly aku ucapkan “Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin” kepada semua pembaca blog aku..

Adios..




0 Comments:

Post a Comment



Related Posts with Thumbnails