BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, September 26, 2010


Aku : hello

Caller : ye hello, boleh saya tahu awak ni ***i  ke?

Aku : Ye saya, kenapa ya?

Caller : nama saya ******h awak kenal dengan ***s tak?..

Aku : ye saya kenal kenapa yer..boleh saya tahu awak ni siapa?..

Caller : saya ni isteri dia?..awak tahu kan dia sudah beristeri..kami dah ada dua anak pun...

Aku : isteri dia??…(Glurrppppp…)

Mendengar perkataan isteri bagai nak gugur jantungku..hancur luluh perasaanku…berpinau2 rasa dunia..huh..dugaan yang maha berat aku rasakan waktu itu..mengapa aku yang harus tempuhi semua ini..lidahku bagaikan kelu seribu bahasa..mendengar status itu ku rasakan duniaku bagai terhenti seketika..soalan2 lain yg ditanya wanita itu ku jawab acuh tidak acuh sahaja..hatiku terbakar..egoku tercabar..perasaanku bagai dicarik2…maruahku bagaikan di siat2..sungguh ketika itu aku tidak sabar bersemuka dengannya yg tekun memerhatikan aku dari kejauhan..sesekali senyuman terukir di wajahnya memandangku..barangkali tidak faham apa yg aku tuturkan di corong talian..dalam hatiku meronta2..siaplah kau lepas ni…Grrrrrrr..marahnya aku rasa…

Tiba masanya aku berdepan dengannya…tatkala itu perasaanku bercampur baur..marah...bengang....kecewa…tertipu..segalanya bersarang di hati…ligat otakku berfikir apa yang harusku tuturkan dahulu..mulut bagaikan terkunci..lidah terasa kelu…dadaku terasa berat…jantungku berdegup laju..seketika kemudian aku mulakan bicara..tiada lagi senyuman terukir dibibirku..tiada lagi kata2 manis sedari dulu..

Aku : I need you to be honest with me..are you hiding something from me?..

***s : No, why?..who actually called you just now?..

Aku : your wife…

***s : My wife??..which one??..

Aku : u asked me which one?..OMG…why?..do u have more than one wife?..so this is the secret that you’ve been hiding from me??.you’re such a jerk.. a liar…

Mendengar jawapan darinya bagai tak terbendung lagi perasaanku..sedari tadi air mata yg ku tahan2 akhirnya tumpah jua..akhirnya aku tewas dengan perasaan…aku tertipu dengan perasaan sendiri..sungguh aku terasa diri sangat2 bodoh…aku kena akui tiada kejujuran dalam dunia sekular ini...manusia jujur sudah pupus..aku harus terima hakikat itu..

Tersengguk2 bahuku menahan esakan..bertambah laju esakanku bila cuba ditenangkan..terkebil2 matanya memandangku..tanganku cuba digenggam lembut tapi laju2 aku menolaknya…ku lihat wajahnya yang serba salah..bermacam2 cara dibuatnya untuk memujukku..aku tetap diam membantu melayan perasaan..saat itu aku rasa ingin terbang jauh..ke satu tempat yg damai..kalaulah ku punya pintu suka hati..bawaku jauh dari sini…

Selepas keadaan bertukar tenang..akhirnya dia mengaku segala2nya....diberitahu aku perkenalan mereka ketika sama2 menuntut di luar negara..isterinya seorang pensyarah di university terkemuka di utara tanah air..mereka berkahwin di Malaysia dan isterinya berbangsa melayu..huh..segalanya terasa jelas..di awal perkenalan memang soal agama menjadi kemusykilan utama..bukan sekali ku tanya bagaimana dia memeluk islam..satu persatu persoalan aku sebelum ini terjawab..

Diberitahuku bukan niatnya untuk berahsia..niatnya ingin berterus2 terang bila tiba masanya..arghh..aku tidak ambil pusing kata2 itu..masakan aku percaya lagi..untuk selamatkan diri boleh cakap apa saja..sungguh kata2 nya sedikit pun tidak terkesan di hati..ku gegasnya untuk pulang ke utara menemui isterinya..jangan disakiti hati wanita itu..fikirkan juga kebajikan anak2nya..seribu kemaafan dipohon kepadaku..nadanya berbaur kesal..dapatku lihat keikhlasan dari nada dan tutur suaranya…sesungguhnya aku pasrah…

Lagu ini begitu terkesan di hati ketika itu..

Tajuk : Kerana (Erra Fazira)

Kerana terlalu mempercayaimu
Kau istimewa dalam hidup ku
Kerana terlalu menghormati
Terkeliru pandangan mata hati
Kerana terlalu mengasihi
Akhirnya terluka aku sendiri

Aku sangkakan mengenalimu
Aku kenali hati budimu
Aku meyakini engkau luhur
Menyayangiku dengan jujur

Kiranya bagimu itu semua
Hanya satu lakonan, lakonan biasa
Tiada sedikit pun aku sedari
Dipersendakan oh selama ini

Aku sangkakan yang ku gilap
Permata tulen yang berharga
Penilaian ku oh ternyata silap
Kau rupanya kaca tak berharga

Bersambung Part III

Adios..

 

Wednesday, September 22, 2010


Mode : Telenovela sebabak...

Keseronokanku  menyambut syawal direnggut sebentar oleh satu panggilan telefon yg tak kusangka2..

Caller : hello..

Aku : ye hello..

Caller : boleh tak saya tahu siapa kat sana?..

Aku : Aik..awak call saya sekarang tanya saya siapa..awak tu nak ckp dengan siapa?..

Caller : actually saya terjumpa no telefon ni dalam hp suami saya, sebab tu saya nak tahu awak ni siapa

Aku : suami awak?..siapa nama suami awak?..

Caller : awak kenal tak dengan ***s?..saya nak tahu awak ni siapa dan kenapa nombor awak boleh ada dalam simpanan suami sy..

Aku : ***s?..minta maaf saya tak kenal siapa suami awak..maybe awak salah nombor..

Caller : awak betul tak kenal ***s?..sila terus terang dengan saya..

Aku : minta maaf saya tak kenal langsung..awak salah nombor ni.. (sambilku matikan talian)..

Huh..berderau darah seketika ku rasa bila nama itu disebut..nama yang tidak asing dari benakku..laju fikiranku menerjah kenangan lalu...fikiranku menerawang jauh hingga menerobos 10 tahun lamanya...ya nama yang tidak asing lagi..mana mungkin aku lupa nama itu..insan yang pernah berbunga di hati..silap aku kah menemukan dia?..silap aku kah dia sudah berpunya dan bergelar suami orang?..tambah menyakitkan bila mengetahui realiti yang dia adalah bapa kepada dua cahaya mata?..huh..sesungguhnya aku tertipu..tertipu dengan helah manusia..mungkin aku terlalu muda untuk mengerti..aku terlalu muda untuk membaca gerak geri manusia seperti itu..mungkin usiaku terlalu mentah untuk memahami segala2 nya..salah aku kah?..mana silapku?

Salam perkenalan di hulur bila aku menolongnya menunjukkan arah kerana tersesat jalan..katanya baru pindah di kawasan sekitar kediamanku..selepas ku tunjukkan arah, peluang diambilnya untuk terus bermesra..ditanyanya namaku..terkulat2 aku menjawab..dimintanya aku nombor untuk dihubungi..sedikit cuak di hati kerana ku lihat dia bukan org tempatan..asalnya di sebuah negara di mana spanish menjadi bahasa ibunda..melihat keikhlasan dalam matanya entah mengapa gatal tangan ku memberikan name card yg ku buat suka2..tertera no hp dan alamat di atasnya..diambilnya dan ucapan terima kasih diucapkan kepadaku..

Beberapa minggu selepas itu aku mendapat panggilan darinya..mesra dia mengenalkan diri dan bertanya latar belakang ku..agak takut2 ku menjawab..masih mencari2 keikhlasan di corong suaranya..diajak ku bertemu tapi ditolak bulat2 olehku..mana mungkin aku keluar dgn org asing yg tidak ku pasti kejujurannya..dapat membaca kegusaran aku di ajakku berjumpa di restoran tak jauh dari kediamanku..hanya untuk minum2 katanya..diberitahu aku dia ikhlas mahu berkawan sementelah kami tinggal di kejiranan yg sama..

Setelah berbulan mengenalinya melalui telefon aku bersetuju untuk menemuinya..itu pun di restoran sekitar kediamanku..pertemuan pertama agak melucukan..aku akui dia mmg peramah orangnya..sangat pandai berlucu dan menghiburkan hati..pelbagai pengalaman diceritakan kepadaku..baru aku tahu latar belakang seni yg diceburinya..sbg pengarah seni iklan kerjayanya memerlukan imaginasi dan kreativiti..sedikit sebanyak aku mula kagum padanya..lagipun aku berkongsi minat sama yg mendalam kepada seni..

Lama kelamaan hubungan kami bertambah rapat…sementelah dia mmg rajin mengambilku di universiti dan sangat mengambil berat tentang pelajaranku...mmg tiada tarikh tertentu bila kami declare..ku akui hati mula bercambah sayang dan rindu tetapi untuk aku katakan hubungan itu serius memang belum ke arah itu..ku akui hatiku memang sekeras tembok batu..senang untuk menyukai seseorang tetapi untuk menyintai secara mendalam agak sukar  bagiku..

Selama 8 bulan hubungan teman tapi mesra kami tiba2 aku dikejutkan dengan satu panggilan telefon..lebih melukakan bila waktu panggilan itu dibuat aku sedang keluar dengannya..dengan satu panggilan  sahaja telah mengubah persepsi aku kepadanya..kutukan dan cacian bukan kepadanya tetapi kepada diri sendiri..bodohnya aku….butanya aku..manakan dapat aku nilai kejujuran seseorang??..huhh...

Bersambung part II…

Adios..


Monday, September 20, 2010

Xtvt selepas raya pula..

Dalam masa orang sebok2 beraya..aku yg ala2 tak beraya sgt sebok plan mcm2 xtvt..dah bese kehidupan hectic kat kl mcm sangap lak kalo setakat relak2 sambil menambah lemak melantak juadah raya...raya pertama dan kedua je semangat beraya..raya ketiga dan seterusnya otak ligat pk ape xtvt nak buat..raya ke empat dah sesah en hubby main badminton..nasib baik la kat k.trg skang mcm2 dah ada..dpt gak aku lepas gian main badminton even 2 jam je..x perlu ramai..aku, en hubby, adik aku dgn seorg kwn baik dah cukup..hiruk pikuk court dibuatnya..even pinggang ade terkehel skit tetap puas..yeah2..

Esoknya xtvt karok lak..x tau lak aku kat trg skang dah ade pusat karok..even karok jamban dgn harga RM1 per lagu tetap layan..1st time lak layan karok ngan adik2..selalunye ngan ahli2 mesyuarat tingkap kat kl..layann jugakk..

Xtvt paling bes sempat pegi mandi manda kat hutan lipur sekayu..even mula2 mcm x jadi sebab tiba2 lak aku demam lps raya ke 5, last2 berjaya gak aku wat keras jek join sekaki..mane taknye dah siap prepare beli brg2 sume rasa ralat lak kalo tiba2 cancel..gigih telan mcm2 ubat malam sebelumnya..nasib baek aku tak ter overdose..huahuahua..

Rasa bes sbb sume adik badik aku join sekali..konvoi smp 4 keta..my sis a.k.a mak buyung pun gigih nak jadik dugong gak..riuh rendah dibuatnya bila anak2 buah aku berebut pelampung dgn yg dah tua bangka..demam2 pun aku pun tak lepaskan peluang turut serta…Brrrrrrr…gile sejuk air tp mmg dingin gila..kebah segala demam dek excited nye pasal..padan muka aku sbb lepas balik tuh stat menggigil balik....en hubby lak sebok ngan tangguk  ikan..dpt gak laa hasil dlm 8 ekor ikan sebarau kot even sekor jek survive dlm perjalanan balik..elok lak berkwn ngan ikan2 lain dlm akuarium..berbaloi2 gitu..

Sempat snap beberapa pic untuk santapan mata…layannn…
@ karokk..

 semangat gile en hubby nyanyi..mak buyong lak berangan moga2 anak leh masuk AF28 nanti..
say cheese..
@ Sekayu...

 dah sampai...
mcm kembar x??..sama tak serupa..
en hubby ngan senjata baru
fun time..brrrrr...sejukss..
achik mrgkp bapak angkat smbil berfikir..skrip : "napelaa aku didera sebegini..xde laa awek nak dekat"..
hasil tgkapan nelayan hr tu..cukup ke nak wat bbq bang??
mcm mangsa2 banjir lak aku tgk situasi ni..
sib baek tak balik lebih srg hr tu..mak buyung sbok gak nk enterframe..
x dpt awek kakak aku pun jd laa..huahuahua..
dgn bangga menunjukkn hasil tgkpan..zOOmm dlm botol..
saya akan dtg lagi...yeay....

Adios..



Saturday, September 11, 2010

Raya,,Raya..Raya,,,


Raya datang lagi...even bnyk spekulasi yg predict raya jatuh pada hari khamis tp at last sume kena trima yg mmg raya tahun ni jatuh pada hari 10 septermber 2010 iaitu hari jumaat..susah gak kalau betul2 raya jatuh pada hari khamis sebab kebanyakan org akan ambil cuti pada hari khamis itu sendiri..

Dah 2 hari aku berada kat kampong halaman aku di Terengganu..mmg purposely balik awal 2 hari untuk elakkan jem dan tolong2 apa yg patut kat dalam rumah ni…mmg happening habis sebab kami 6 beradik semua berkumpul…macam nak pecah rumah dibuatnya..aku beruntung sebab tiap kali raya aku tak perlu nak berebut nak balik mana..so far dah 3 tahun kawin mmg balik Terengganu je..terbaekk laa..

Aktiviti 1st raya macam biasa laa..pagi2 dah bangun siapkan baju2 untuk dipakai..sume berebut nk iron baju pagi tu sebab nk pi semayang raya..menu raya??..perghh jgn ckp ler..menu wajib ada tentulah ketupat palas ngan rendang, sate, nasi himpit dan kuah kacang...tahun ni lain sikit sebab ada tempah nasi dagang..saje nk bagi mak aku rilek2 sket so kebanyakn menu tahun ni hasil tempahan je kecuali rendang jek aku yg gigih masak..

Lepas sesi bermaafan dan sesi distribute duit raya, sebok layan tetamu sebab rumah aku kena serang ngan sedara mara..mcm nk runtuh rumah kecik aku ni..ptg lak pi beraya rumah pak cik dan mak cik di batu rakit..perghh..balik mmg penat sampai tertido kat sofa..bukan penat ape..tapi penat makan..mcm nk pecah perut dibuatnya..lepas raya aktiviti badminton wajib up lagi smpai 3 kali seminggu..nasib baek gak raya setahun sekali jer..kalo x…huhu..sendiri mau ingat la.. :-P

So di kesempatan ni sekali lagi aku nak ucapkan “Selamat Hari Raya Aidilfitri” untuk semua pembaca blog aku..mane tau ade yg tersinggung dengan penulisan2 aku selama aku menjadi blogger ni...hopefully sume pun happy sambut raya di samping org2 tersayang.. 

 nasi dagang fav aku..sedapp..
rendang ayam pujaan hati..
ketupat palas ni tmpt lain susah nk dpt..
makan2 time..
with abg kesayangan..
gedik2 with sis n bro
trg dah makin mmbangun..tmpt ni baru jek aku discover balik raya ni..lum siap sepenuhnye..
with en hubby..abaikan baju yg kaler agak x sedondon itu..
bam2 nye aku..hik hik..
my sis yg serba biru..
kena dera jadik bapak angkat..layan kan je..

“Selamat Hari Raya”

Adios..

Tradisi malam raya macam biasa mesti ade aktiviti bbq..tahun ni mmg permintaan nak bbq kambeng..priority kambing tp sbb ada yg x mkn kambeng..menu lain mcm chicken wings, sosej ngan sate tetap ade..mcm biasa mastermind preparation merangkap tukang marinate ialah aku n kakak aku dan en hubby lak seperti biasa merangkap tukang bakar membakar…

Suke bebenor en hubby bab2 bakar membakar ni..musykil lak aku..tengah busy2 membbq kan diri mcm dah jadi tradisi gak malam raya rumah aku akan blackout selama sejam..myb TNB dah setkan kat port diorg untuk save diorg nye power malam raya mesti rumah aku akan jadik mangsa blackout..tp sikit pun x jejaskan mood nk ber bbq..gigih mkn dalam gelap2..sib baek tak tercekik..adoyaii..

Tp bbq malam tu mmg terbaekk..kalah channel AFC license to grill..sume secret recipe sendiri turun temurun..sampai pening2 makan kambeng..ada lak cecah ngan sos tobasco..perghhh..memang terbaek..tingin gak nk wat bbq kat KL and ajak kengkawan datang tapi al maklum laa rumah aku bkn nye ada tanah..tinggi melangit di tgkt 11 nun..agak x sengsuai untuk acara bakar membakar nier…kalo dah gian tu grill dlm microwave je laa tp tu laa feel x sama mcm bakar pkai arang..

Layankan pic aku berjaya snap acara bbq malam tuh.. 

   kambing marinate..mbekk mbekk..

chicken wings utk mana2 ahli yg x mkn mbekk mbekk..

sosej pun nk marinate gak..

satay..satay..mari2..satu cucuk 50 sen...
coleslaw yg menjadi pujaan ramai..
org kuat bakar membakar..(behind the scene)
ajk bbq..dah mcm larian obor lak..huhu
minah ni pun sebok gak nk enterframe..mekss..
hasil tuaian kambeng..cecah ngan tobasco..perghh..terbaek..
muka mangsaa2 xde karan..ramainye familiku..huhu

Adios..





Saturday, September 4, 2010


Pejam celik, pejam celik, tinggal tak sampai seminggu lagi nak raya…aku percaya mesti semua mesti sibuk buat persiapan untuk raya nanti..time nilah masing2 sibuk shopping last minit, ada yang sibuk siapkan tempahan baju raya, ada yang sebok siapkan kuih raya..mesti agenda padat  menjelang seminggu sebelum raya ni..

Aku lak bukan tak sabar nk beraya tapi tak sabar nak cuti panjang..seronok rasanya cuti 12 hari yang aku apply dah approve..lama dah aku tak amik cuti lama macam ni..mane taknye setiap hari bergelumang dengan kerja yang kadang2 mmg dah xde nafsu nak buat tp terpaksa gak buat atas erti tanggungjawab..ermm..

Persiapan raya aku biasa2 je..xde sangat untuk diri sendiri..yang penting bukan raya tapi berkumpul bersama keluarga..ikatan tu yg lebih penting dari segala-galanya..tahun ni seperti biasa aku akan balik ke kampong halaman aku di Terengganu..even en hubby org Sarawak, so far aku lum pernah lagi beraya kat sana..kampung dia mmg minority islam dan majority beragama kristian..so mmg sambutan raya agak kurang berbanding tempat lain..aku pun ape lagi pucuk dicita ulam mendatang..tak ade adegan2 drama hari ini pasangan suami isteri berebut nak balik kampong mane…mmg terbaek..

Maybe aku akan bertolak balik 2 hari sebelum raya..actually semua adik beradik aku yg lain mdah pun menetap di Terengganu..abg aku pun baru dpt transfer dari karak ke terngganu 2 minggu sebelum raya..so, aku percaya mesti semua pun menanti2 kepulangan aku nanti..task2 dah menunggu kat sana..aku akan amik tender kat dapur untuk siapkan rendang, dan biasanya aktiviti wajib malam raya ialah acara bbq..seperti biasa en hubby akan amik scene bakar membakar dan aku tentulah chef yg akan siapkn segala ramuan nanti..

Mmg meriah bila dapat berkumpul bersama2..walaupun raya dalam sederhana apa yg penting ialah apabila disambut dengan keluarga tercinta..tapi dalam kegembiraan kita jangan lupa kepada mereka yang kurang bernasib baek..hulurkan bantuan selagi mampu..aku ingin mengambil kesempatan untuk menyusun 10 jari jika ada terkasar bahasa atau tersinggung secara sedar atau tidak..tiada manusia yang sempurna dan setiap hari kita belajar untuk menjadi yang lebih baik..lastly aku ucapkan “Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin” kepada semua pembaca blog aku..

Adios..




Thursday, September 2, 2010


Dah lama aku tak update blog ni..banyak je benda nk update tapi datang penyakit M besor…lagi seminggu lebih je nak raya..mesti sume pun sebok wat persiapan..aku tahun ni tak de laa beria2 nak shopping..baju raya pun dah tempah awal..agak seram nak ambik sebab 4 pasang tempah aku x tau laa kena charge brape..tmpah dgn sedara mak aku yg xde fix price..nk letak harga pun dia main hentam keromo je..nasib baik jahitan die mmg cantik so aku rasa agak berbaloi2 even mahal sekalipun..huh

Kalo bulan posa ni tak lari dari cite pasal makan2 dan buffet2 ramadhan yang dah jadik mcm trend dah..even mcm2 cite tentang status halal tetap gak jadi tumpuan..so last Monday tu aku dan kawan2 pun terjebak gak laa pegi buffet ramadhan ni kat kelab tasik putrajaya..mula2 plan nk pegi sahara tent kat alamanda…misi utama of kos nak cari kambing yg paling lazat al maklum laa ahli rombongan sume kaki kambing (except 2 org ecah beso ngan cikot) ..misi tersirat lak nak wat surprise kat fathil, salah seorg penggemar kambing gak sbb kebetulan hari tu  lak beday dia..rombongan hari tu terdiri dr 9 org..(aku, en hubby, cikot n fatil, aini & ayil, ayin, ecah beso n ecah kecik)....

Buffet kat kelab tasik tu boleh dikatakan terbaek gak..mmg bnyk pilihan dr mskn western, india dan melayu..tp misi kami nak cari kambing so x heran sgt lauk pauk lain tumpuan utama ialah kambing…staff kat sana pun jaki tgk kitrg sbb table kitrg jek yg paling bz duk angkut kambing tuh bnyk round..nasib laa nama pun buffet suka hati kitrg laa nk mkn bnyk mane pun..harga utk dewasa lebih kurang RM50 seorg..kira ok dan berbaloi2 gak laa..

so layankan pic2 yang sempat aku snap hari tu..

muka fanatik2 kambing kecuali yg tudung itam ngan baju merah..

 en hubby yg dah belasah 2 pinggan kambing...

spagethi bolgnese n carbonara,,mmg terbaekk

grilled lamb yg diidam2kan...sgt lembut dan juicy...terbaekk dr ladang...

campuran lauk pauk...

heppy beday big boy fathil AFK!!...

dah kenyang melantak masa utk gedik2 lak..

semua ahli rombongan hari itu..ni leh jadi acara tahunan..jmp lagi tahun depan..


Adios




Related Posts with Thumbnails