BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, August 19, 2010

Erti sebuah tanggungjwab…



Sejenak aku terfikir apa itu erti tanggungjawab…apakah definisi yang paling sesuai untuk mentafsirkan maksud tanggungjawab?.. makna dari istilah “tanggungjawab” adalah “siap menerima kewajipan atau tugas” kebenaran yang paling sesuai untuk mendefinisikan tanggungjawab adalah pengorbanan..

Mustahil untuk kita mengakui diri seorang yang bertanggungjawab kerana tidak semua pengorbanan kita berjaya dan berbaloi dilakukan..pengorbanan yang aku maksudkan adalah dalam konteks keluarga, masyarakat, agama dan negara..

Sejenak kita berada di landasan, kita dapati demi melaksanakan tanggungjawab seseorang itu perlu melakukan pengorbanan..boleh jadi dari segi masa, pertalian atau hubungan termasuklah tanggungjawab anak kepada ibu, suami kepada isteri, dari segi tenaga, material dan emosi..mungkin ada lagi elemen2 lain yang tidak diperjelaskan tapi merangkumi satu konteks yang lebih kurang sama…

Sejak azali kita sudah tahu mengenai tanggungjawab kita sendiri tapi kadang2 kita lalai untuk menyempurnakan tanggungjawab itu kerana tiada manusia yang sempurna..segala kekhilafan diri harus diperbaiki bukan untuk menjadi seorang yang sempurna tetapi lebih baik dari hari yang sebelumnya..

Bukan kepakaran atau pengalaman lebih berharga tapi kesedaran tentang erti tanggungjawab..tanggungjawab adalah matlamat…tetapi dalam menyempurnakan tanggungjawab, pengorbanan amatlah perlu..

Tanggungjawab adalah perlu tetapi dalam sesetengah konteks perlu diperhalusi mengikut kesesuaian dan radikalnya kepada situasi itu..contohnya dalam situasi berkumpulan itu, tanggungjawab tidak perlu diletakkan atas bahu seseorang sahaja tetapi perlu dipikul bersama2 bak kata pepatah “yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing”..dalam berkeluarga juga tanggungjawab bersama amatlah perlu agar tiada istilah berat sebelah dan pembulian berlaku antara suami isteri atau anak..jgnlah tanggungjawab itu diserahkan bulat2 ke atas bahu suami dengan alasan tanggungjawab perlu digalas oleh ketua keluarga sahaja..sometimes kena ada give and takes dan bukan bersikap “lempar batu sembunyi tangan”..

Banyak orang mengelak tanggungjawab, kerana memang lebih mudah melarikan diri dari tanggungjawabnya, daripada berdiri dengan berani dan menyatakan dengan tegas bahawa, “Ini tanggungjawab saya!” norma masyarakat kita lebih suka menghindari dari berdepan dengan kenyataan dan menangkis segala rintangan di hadapan mereka..end up, mereka sendiri yang terperangkap dalam situasi dan keadaan di mana tiada apa2 tindakan yg di buat dan selamanya merasa bersalah..

renung dan fikir2kan..

“Anda tidak boleh lari dari tanggungjawab hari esok dengan menghindarinya pada hari ini”.
(Abraham Lincoln)

Adios..



0 Comments:

Post a Comment



Related Posts with Thumbnails