BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, August 11, 2010

Corat coret 1 Ramadhan…



Ramadhan datang lagi… aku nak ambik kesempatan untuk ucapkan selamat berpuasa kepada semua..semoga dilimpahi segala keberkatan di bulan Ramadhan yang mulia ini…inilah masanya kita memperbaiki diri untuk menjadi seorang insan yang lebih baik dan penyabar..mesti korang teringat pengalaman masing2 setiap kali tibanya bulan puasa..

Bagi aku, teringat masa mula2 belajar berpuasa dulu..seingat aku usia aku seawal 7 tahun..walaupun dah separuh nyawa menahan lapar, still nak bertahan hingga waktu berbuka..ada gak ketika aku curi2 minum air paip kat sekolah gara2 terlalu haus..lepas dah teguk, balik kelas dengan muka tak bersalah..mmg kelakar kalau nak diingatkan balik…yang paling tak boleh lupa, masa berbuka bersama ahli keluarga..even lauk tak semeriah mana, berebut lak ngan adik beradik lain yg ramai, kami tetap bersyukur dengan rezeki yang ada..teringat betapa berseleranya menjamah air tangan ibu sendiri…nyum2..

Kalau bulan puasa dari zaman bujang2 dulu aku sangat jarang bersahur..kebetulan en hubby pun malas nak bangun sahur, kira satu kepala..1st puasa aku sempat jamah kurma, epal dan air milo sebelum tido..nasib baik boleh gak dapat bertahan sampai waktu berbuka..

1 ramadhan tahun ni jatuh pada hari rabu iaitu hari bekerja..last minit diberitahu dalam bulan puasa tiada shift 11 jam..masuk 830 dan boleh balik 5 ptg..nak balik masak mmg x sempat..nak tak nak, juadah berbuka hasil tapau dari bazaar ramadhan je..lucky bazaar ramadhan x jauh dari ofis..so hari pertama puasa menu aku nasi kerabu, ikan panggang golek, rendang daging, dan gulai ayam…kuih lak tepung pelita, karipap ngan kuih cara manis..nampak mcm bnyk tapi potion sume sikit2 je...cukup2 makan 2 orang…rasanya pun tidak mengecewakan..


1st puasa dah berjaya..ada 29 days more to go…hopefully boleh lalui dengan tabah sampai ke penghujungnya…semoga dengan kedatangan Ramadhan kali ni membawa seribu keberkatan kepada kita semua..

Selamat berpuasa…

Adios..


0 Comments:

Post a Comment



Related Posts with Thumbnails