BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, July 22, 2010

Bila exam dah abes..




Lega hari ni sebab exam dah habis..yang lagi best sebab lepas ni aku tak payah berhempas pulas study untuk exam lagi sbb ni final subjek untuk majoring aku..lepas ni aku kena concentrate menyiapkan project paper sebab dateline dah next week..nak kena wat presentation lak tu..adehh..banyak keje terbengkalai gara2 sibuk keje ditambah lak ngan stress yang macam2..haishhh…

Satu beban dah habes..tinggal lagi satu project paper sebelum aku graduate..next semester dah xde kelas just siapkan system je..by december aku dah boleh merdekaa…biarlaa orang nak kata aku dah terlambat untuk segulung ijazah, tapi aku tetap puas sebab aku rasa ijazah ni lebih bermakna atas usaha dan penat lelah aku selama ni…bukan senang nak habiskan study aku…banyak gila cabaran dan rintangan dari start aku register masuk Unitar tahun 2000…bayangkan tahun 2010 baru nak habes??..huh..kalah ambik PHD…

Tapi itulah, aku teringat kata2 salah seorang lecturer aku…...hidup mesti diteruskan walaupun ape yg kite hajati time tu belum tercapai..bila gagal sekali mesti terus bangun dan continue balik kehidupan bukan merintih atas kegagalan itu..kalau plan x menjadi just continue our life dan cuba grab balik apa yg kita tertinggal di belakang…experience speaks..kalau dulu aku tak tahu menilai betapa pentingnya segulung ijazah..tapi sekarang bila macam2 yg aku dah lalui..aku dapat rasa kepentingannya…

Slowly aku akan kejar sume cita2 aku yang belum tercapai…hopefully sume akan berjalan dengan lancar..yang penting jiwa kena kental…kesabaran dan tawakal itu perlu..lama2 akan nampak hasilnya..

Adios..

Saturday, July 17, 2010

seminggu yg hectic...


Seminggu aku tak update blog…kesibukan menghambat masa…skang masa bekerja aku dah berubah dari kul 11 pagi – 10 malam…ni gara2 nak claim transport allowance..agak rugi aku rasa kalau dah keje sampai malam tapi tak dapat transport allowance…polisi company transport allowance cuma akan dibayar selepas kul 10 malam..so no big deal sangat kalau setakat nak stay back kat ofis another 1 hour..

Betul laa bak kata pepatah "alah bisa tegal biasa"…dah sebulan lebih gak kerja under shift yang tak menentu sampai satu tahap dah boleh redha je..lucky ada rakan2 seperjuangan yang gila2..at least tak sedar masa berlalu..sekarang aku rasa bnyak masa habiskan kat ofis dari rumah sendiri…time cuti lak ada kelas menanti..assignment yang menimbun2…worst come to worst, next week aku ada final exam…mmg ikhlas aku ckp satu hape lum aku study lagi..kiranya ni last paper major aku sebelum graduate..sgt scary okess…ada lagi satu project paper menanti…insyaallah by December boleh habess….at last...fuhhh...

Stress memang laa stress ditambah lagi kadang2 nak menghadapi mereka2 yang jenis tak paham..time macam ni aku perlukan support dr org2 sekeliling terutamanya org2 yang bermakna dalam hidup aku...bukan lagi menambahkan stress….pls appreciate aku seadanya dan jangan sampai satu tahap aku dah naik bosan…susah nk kejar balik feeling yang dah tergelincir dari landasannya…huh..

Dalam kesibukan sempat gak pegi bersukan…sangap asyik duduk ofis..keje, makan…makan, keje..huh..what a life??..at least leh melepaskan tekanan yg tergalas…port badminton kali ni bukan lagi main suka2 kat bukit jalil tapi siap sewa court kat MBA Puchong…seperti biasa kawan2 susah senang dr dulu join sama..ada additional ahli iaitu beberapa orang officemate total up semua dlm 12 orang..

main tak seberapa posing jek lebih..
break time...
ready??..
gaya champion...huhu

Even main sekejap2 tapi tetap puas…yang lagi puas bila org yang paling poyo kat sana dpt dikalahkan…nmpk susuk mcm ala2 atlet, ckp pun nak berapi je tapi seronok tgk dia kena ayam2 kan je dengan anep salah seorang officemate aku…betul ckp org u don’t just a book by its cover…sendiri yg malu..lepas ni takde lagi sore2 sumbang berlagak pandai lepas ni…hebat x hebat bukan bergantung pada fizikal yg nmpk mcm fit....lebih baik diam2 ubi tapi berisi...

Cuti hari ni macam nk bukak buku study tapi belum dapat tuned lagi..otak, badan sume dah penat…amik masa untuk neutral kan balik..hopefully aku leh concentrate untuk exam khamis nih..wish me all the best..

Adios..


Monday, July 12, 2010



Demam world cup akan berakhir beberapa jam saje lagi…pagi ni adalah penentuan kepada kegilaan satu dunia tentang world cup sejak sebulan lalu..at last team yang sampa ke final malam ni ialah Holland ngan Spain..both teams also deserve to win tapi my priority tentulah untuk Spain…banyak ramalan yang memihak kepada Spain sebagai juara World Cup tahun ni…ramalan sotong laa, burung parrot Mani laa..whatever it is pagi ni we will have the answer…

 Spain
Even esok aku keje pagi, tak nak lepaskan peluang tgk final world cup live pagi ni..x de feel kalau tgk siaran ulangan…world cup tahun ni x merasa nak tgk kat luar sbb en hubby kunun2 lebih ske tgk astro beyond kat umah..ape guna bayar mahal dpt tgk HD katenye..huh..

 
hero2 spain yg hensem2

aku nak tergelak lak bila aku dgr kat radio hot fm petang tadi ada caller lelaki yg lgsung x cakna tentang world cup ni...bila deejay tanya team mane die akan pilih, boleh blur2 jawab brazil..motif??..dah lama out laa kawan..lps tu deejay ni nak test lagi bgtau yg final pagi ni team Japan vs Korea siap boleh percaya lagi…sengal…musykil lak aku bila ada lelaki yang lgsung tak tahu psl world cup..even x minat pun hello??..x kan x baca paper or tgk tv..duduk dalam gua kah??..

 Belanda @ Oranje
ada lagi satu peristiwa lucu last week bila aku pi pasar malam ngan en hubby…ada laa 2 lelaki tgh berbual2..aku smpt curi2 dgr..nmpk yg sorang guy tu pkai jersey spain lagi..boleh lak the other guy punye smgt stori kat mamat yg pkai jersey spain yg germany dah kalahkan brazil 4-0?..siap si mamat lagi satu ni percaya..hello bukan germany lawan ngan argentina ke??..aku yang pompuan ni pun tahu perkembangan…yg tukang stori salah info, yg tukang dgr lak sengal leh pecaya je..sah duk lam gua…kah2…lawak betul...


Pape pun result pagi ni aku salute kpd both teams yg berjaya sampai final..bukan senang nak pegi sampai final..tgk mcm itali ngan france..awal2 peringkat kumpulan dah out even both team masuk final last 4 years…bola tu bulat..anything can happen..kalau x maintain performance dlm grup, anytime jek team lain leh naik…

Yang uniknya tentang world cup tahun ni tiba2 je si sotong kurita paul jadi glemer satu dunia gara2 ramalannya tentang 6 perlawanan germany sebelum ni 100% tepat…untuk final ni, octopus paul predict spain yang akan menang…kalau prediction kali ni betul, aku rasa lps ni mesti berebut2 bookie yang nak beli si paul untuk predict game2 akan datang…kalau salah, mesti esok paul ni akan jadik lauk esok…jadik sushi kah??..ekekeke..

 Paul prediction spain juara world cup..benarkah??


Lum senyap cite si paul tiba2 datang lak si burung nuri bernama Mani yang dikatakan mampu buat prediction sehandal paul si octopus…si parrot ni lak meramalkan belanda @ Oranje yang akan jadik juara world cup tahun ni…nampaknya skang paul dah ada saingan sbb dengar kata sebelum ni si Mani dah beberapa kali berjaya buat prediction yg  tepat untuk suku akhir dan separuh akhir…

si parrot Mani lak predict Oranje yg akan jadi juara



Macam2 binatang dah yg dipanggil untuk buat prediction untuk world cup..sebagaimana yang aku ckp sebelum ni anggap je sbg hiburan untuk tidak memesongkan akidah..lepas ni ntah kambeng pak cik hashim pun dipanggil wat prediction untuk kalahkan si paul n mani..

Ape pun sama2 laa kita saksikan perlawanan akhir pagi ni..mana2 team yang korang sokong kalah jangan laa makan hati frust smp bunuh diri lak.…minat tu mmg minat tapi jgn smp memudaratkan diri..mcm korang aku pun x sabar nak tengok game final pagi ni…so, tungguu dan layankan aje…. :-P

Adios…

Tuesday, July 6, 2010



Cerita tentang ego ni korang rasa lelaki atau wanita yang lebih ego?..kenapa tiap kali ada sesuatu isu atau pertelingkahan, wanita je yang nak kena minta maaf dan selalu beralah walaupun puncanya daripada lelaki?..mengapa setiap kali buat salah susah sangat nak melafazkan maaf?...

Kaum lelaki begitu sukar untuk memahami keinginan wanita, walaupun wanita itu adalah orang yang dikenalinya bertahun2 dan sanggup bersusah senang bersama2…tidak semua wanita cerewet dan sentiasa inginkan kebenaran dalam penafian…tapi mengapa lelaki masih gagal berkomunikasi dengan baik dan gagal memahami kehendak wanita itu sendiri?..adakah cacian dan makian adalah makanan seorang lelaki?..

Wanita memang cerewet dalam sesetengah perkara...Dalam soal berbicara,setiap wanita mempunyai kemampuan dalam penggunaan bahasa yang baik dari kaum lelaki.Ini kerana kaum wanita menggunakan kedua-dua otak secara serentak dengan memikirkan pro dan kontra dalam membuat keputusan dalam menangani masalah yang dihadapi... tetapi bagi kaum lelaki selalu mengambil jalan singkat dalam menentukan dan menyelesaikan sesuatu masalah tanpa berfikir panjang sebab dan akibat dari tindakan yang bakal diambil..salahkah??..


Benarkah wanita terlalu sensitif sehingga tidak dapat menahan sikap rasionalnya??...Kajian mendapati 70 % tenaga yang digunakan dalam otak lelaki akan berhenti dalam keadaan istirehat.Manakala otak wanita,90 & tenaganya akan tetap bekerja.Sebab inilah wanita lebih cepat sensitif dan dapat berfikir rasional dalam suatu masa yang sama…jadi kajian menunjukkan wanita lebih bersifat rasional dari lelaki…

perlu ke ego jika salah seorang dah mengalah? Perlu ke ego dalam sesebuah hubungan? ego lelaki dan ego wanita sangat berbeza..Ego lelaki lebih kepada tujuan untuk menundukkan wanita…lelaki lebih suka menggunakan kuasa veto untuk menguasai wanita... Kadang kadang lelaki ego sebab control macho dan bertindak seolah2 mereka mampu melakukan apa saja…macam mereka sahaja yg hebat?...huh




macam mana dengan ego perempuan? Bagi aku, perempuan selalu ego untuk menyorokkan perasaan malu…bila sesebuah hubungan bergolak, perempuan mungkin lebih emosional. So, untuk memaafkan pasangan dan ingin menunjukkan semula perasaan sayang kepada pasangan tu, perempuan malu dan berlagak konon mereka langsung tidak hirau dengan hubungan tu…tetapi sebenarnya malu untuk mengaku yang dia masih sayangkan pasangannya…Itu la ego seorang perempuan. Ego perempuan tidak sama dengan lelaki. Apa yang dilahirkan dari kata-kata bukan yang sebenarnya lahir dari hati. Mulut cakap benci..tapi hati kata sayang..

 

memang fitrah kejadian tuhan mencipta perempuan dengan sifat sensitif dan ingin dimanjakan…lelaki sepatutnya menahan panas baran dengan lebih berhemah supaya tiada kata2 pedas dan menyakitkan hati sepanjang komunikasi dalam menangani sebarang isu atau pertikaian..jika tidak, ego wanita akan lebih tinggi dari lelaki kerana alang2 menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan...sigh...



Adios…



Sunday, July 4, 2010


Kisah sotong ni macam menarik lak untuk wat entry blog aku.

Sebelum ni dah kecoh dah cite pasal sotong nujum pak belalang atau nama glamernye Paul yang menjadi terkenal start world cup 2010 sebab ramalannya tentang team2 yang menang adalah 100% tepat..so malam ni bila german bertemu ngan argentina, sotong ni dah awal2 lagi ramalkan germany yang akan menang..ramai yang tak percaya sebab argentina team yang hebat dan ramai yang jangkakan argentina yg akan menang…

Aku lak malam ni jadi lalang sebab team2 yang aku suka sume dah terkeluar carta..tapi instinct aku kuat germany yang menang…berbalik tentang kisah sotong nujum tadi, korang nak tau tak macam mana sotong tu meramal?...tak kan bercakap kot??..Mungkin tidakkk…


cara dia macam ni…Dua buah bekas kaca yang setiap satunya ditampal bendera pasukan yang berlawan…Dalam kes ni Germany ngan Argentina laa.. Kedua-dua bekas kaca tu diletakkan dalam akuarium sotong tu. Si sotong nujum tu akan mendekati bekas kaca pasukan yang dijangka akan menang. Dalam kes ini, sotong nujum pak belalang itu telah memilih bekas kaca….

jeng......
jeng......
jeng…...

 si paul ni siap bertenggek lagi kat atas bendera germany..suke bebeno..

perlahan2 sotong tu pegi ke arah bekas kaca germany…dan malam ni terbukti bila germany berjaya kalahkan argentina dengan 4 - 0. Berapa bilangan gol yang bakal dijaringkan tu takde lak diramal.,,,maybe lepas ni kena letak nombor lak dekat bekas kaca tu supaya sotong tu leh pilih yang mane…yang menariknya, sotong ni dah berjaya meramal kesemua 4 perlawanan Germany  sebelum ini dengan tepat termasuk kekalahan Germany dengan Serbia!  Gempak2..

nak percaya ke tak??..bagi aku tepuk dada tanya selera..kalo percaya lebih2 pun wat pesongkan akidah je..anggap je laa satu hiburan atau kebetulan je..mane tau si sotong tu memang tertarik ngan warna2 bendera germany then kebetulan lak germany selalu menang..so pape pun korang layankan video n pic2 Paul si sotong nujum ni..

yg ni lak masa sotong tu predict germany vs england

Adios..

Thursday, July 1, 2010

Keje or study?...



Mood aku hari ini adalah stress….banyak betul  dateline yang nak kena kejar..dengan keje yg bertambah tough dan study dalam short semester sgt mencabar....next week ada 2/3 assignment yg nk kena antar..dateline buat otak aku ni dah berpinau2..

niat hati memang nak siapkan semua assignment tapi keje shift skang buatkan hidup aku agak huru hara.... kelas pun banyak dah ponteng sbb kerja..11 jam mengerah otak di ofis, balik rumah otak dah overload utk benda2 lain..nak buat something yg perlu berfikir dah tak larat..end up, masa habis tgk world cup je..

keje or study?..aku dah tak tau yg mana priority…susah untuk seimbangkan kedua2 nya..cita-cita or periuk nasi?..…mana lebih penting?...

semua org pun nak success..hopefully aku bleh achieve kedua2 nya dalam masa yang sama…sangat berharap sume akan berjalan lancar…huh...


Adios..


Related Posts with Thumbnails