BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, June 1, 2010

It’s our 3rd anniversary…



Pejam celik…pejam celik dah 3 tahun aku bertukar status dari cik kepada puan…2 jun genaplah anniversary aku yg ke 3..yg beshnye..aku berkongsi tarikh anniversary dengan kakak aku cik nor a.k.a wedding consultant aku dulu…actually dia laa yang beria2 pilih date tu memandangkan hari birthday dia dengan harapan bleh laa celebrate sekali..pape pun aku kena gak wish “Happy Birthday” kat kekanda aku yg paling tua ni..kalo nak aku belikan kek kena laa dtg KL..

Anniversary je yg ke-3 tapi macam biasalaa aku maintain berdua lagi..ke sana ke sini pun org ingat macam couple je..kalau nak ikutkan, dah dekat 10 tahun gak laa aku kenal ngan en hubby aku ni..bercinta je 5 tahun…tunang 2 tahun..kawin dah 3 tahun…kalau ada anak dah boleh masuk darjah 3 dah tu…lum rezeki..


Kalau nak bercerita kisah perkenalan kitorang ni agak kelakar gak laa..aku start rapat dengan dia selepas berjumpa kat joget lambak kg orang asli kat Kula Kubu Baru..time tu aku ikut kakak aku tgk bdk ofis dia kawin…kebetulan bdk ofis dia tu kawin dgn org asli kat kg sana..biasanya adat diorg mlm org kawin tu mesti ada joget lambak..siap ade live band lagi..nak dijadikan cerita, kawan aku yg syok kat en hubby..tapi kawan en hubby ni lak syok kat member aku…en hubby lak tersyok kat aku..apekah??..so, dalam pada nak temankan kawan aku pegi dating ngan kawan en hubby aku lak yg tersangkut sama…yg beshnya, kawan aku tu pun dah kawin ngan kawan en hubby sebulan lepas aku diijabkabul…dah nama pun jodoh…

kata org tua2..ikan di laut, asam di darat..dlm periuk bertemu jua… even kitorang berasal dr negeri jauh2; aku dari Terengganu, en hubby lak dari Sarawak..tapi jodoh perkenalan tu semua kat tangan tuhan...ramai je kat luar sana yg bercinta dengan orang lain, bertunang dengan org lain, tp kawin dengan org lain..even bnyk gak laa halangan dan cabaran dalam tempoh perkenalan tuh at last sampai gak ke jinjang pelamin…

aku harap tempoh 3 tahun perkahwinan ni makin mematangkan hubungan kami..banyak bezanya hidup  bujang dan alam rumahtangga…kena saling menerima kebaikan dan keburukan masing2…perlu ada gives and takes…ada ketikanya kesabaran teruji tapi perlu tangani dengan berhemah..gaduh2 perkara biasa..kata orang sedangkan lidah lagi tergigit..yang penting perlu ada sefahaman dan bijak menangani konflik…

For en hubby aku nak wish “Happy 3rd Anniversary”…each year of marriage is very special and unique…the soul sings anthems of love….may our loves never goes away..you have made every moments worth remembering…I will always be besides you and grow old with you…Happy anniversary to my beloved hubby..

Adios..

0 Comments:

Post a Comment



Related Posts with Thumbnails