BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, June 12, 2010

Demam bola bermula..



Tido bola, makan bola..statement ni amat bertepatan dengan bermulanya World Cup 2010 pada hari ini..semua pun kemaruk dengan pertandingan bola terhebat dunia ni…yang mana bukan kaki bola pun akan sibuk nak tahu perkembangan pasukan2 yg layak bertanding supaya tak ketinggalan…mane tak nya, kepada yang bukan kaki bola tuh mesti sangap kalau dah kat ofis, kedai mamak, facebook, pendek kata kat mana2 nanti semua cerita berkisar tentang bola..

aku lak sama dengan laa dengan yang di atas iaitu golongan yang bukan kaki bola sangat  tapi ambik tahu untuk world cup 2010 ni..teringat masa zaman sekolah dulu time France 98’..sanggup bangun pagi semata2 nak tengok pasukan favourite aku iaitu England..zaman tu mana nak sokong atas skill2 pemain tapi tengok mana pemain yang hensem je…teringat aku dulu pasukan favourite aku England, Japan ngan Brazil…sokong England time tu ape lagi sebab ada David Beckham ngan Michael Owen..bengang aku bila David Beckham dapat kad merah masa berentap dengan France…

 Antara team yang bertanding untuk FIFA kali ni..

yang menarik tentang demam bola ni sebab bukan lelaki je yang minat, perempuan pun sama naik gak ngan laki..time nilah masing2 sanggup bersengkang mata nak tengok pasukan kegemaran masing2..restoran dan kedai2 lak akan sibuk bukak layar gergasi untuk tarik kaki2 bola ni lepak kat tempat mereka…time ni laa peluang nak tambah business..time ni gak laa banyak gak MC2 dari klinik kes tak larat nak kerja sebab bersengkang mata tengok bola..joki2 bola lak akan berlumba2 cari tahi2 judi yang nak betting untuk FIFA kali ni…

Jadual Perlawanan...

sebanyak 32 buah negara sudah pun menempah tiket untuk bertarung merebut gelaran gergasi bola sepak dunia ni..sebagaimana semua tahu, perlawanan bola sepak terhebat ni akan dimulakan dengan tuan rumah kali ni iaitu Africa Selatan Vs Mexico…team favourite aku?...huhu..tentulah mexico even masa aku tengah tulis entry ni kedudukan seri 1-1…team2 lain yang aku bakal sokong semestinya Sepanyol, Brazil dan England…prediction belum ada, kena tengok team2 yang kuat kali ni..aku bukan tau sangat pemain2 yang terbaek..cukup sekadar sokong team2 favourite aku..

cukup sampai sini…adakah korang pun bakal terkena demam bola?...sama2 kita saksikan…jangan sampai ponteng kerja sudahh…lu pikir laa sendiri…(pinjam tagline nabil)…huhuhu…

Adios..

0 Comments:

Post a Comment



Related Posts with Thumbnails