BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, May 16, 2010

"Selamat Hari Guru"




Tiap2 tahun kita akan menyambut hari guru pada 16 Mei…aku nak ambik kesempatan ni untuk ucapkan “Selamat Hari Guru” kepada cikgu2 yang pernah mendidik aku di SK Losong dan SMK Sultan Ahmad..tak lupa juga kepada kawan2 aku yang telah brgelar cikgu sekarang especially kepada teman rapat aku Mohd Shafie a.k.a orinako orinuchi dan kawan2 aku satu batch di SMK Sultan Ahmad yang telah berjaya menjadi pendidik iaitu Lailasari, Fadzillah, Imah dan banyak lagi.…jasamu semua dikenang…

Bercakap tentang hari guru, aku percaya ramai yang ada pengalaman manis masing2…begitu juga dengan aku yang membesar dan bersekolah di kawasan kampong…jarak dari rumah ke sekolah dalam 5KM..mmg jgn harap nak merasa naik bas atau van..transport rasmi time tu tak lain dan tak bukan, basikal..pernah laa basikal rosak atau pancit, berpeluh2 jalan kaki pegi sekolah…

Aku nih boleh dikatakan budak rajin pegi sekolah..memang jarang laa ponteng kalau aku tak jatuh sakit..bukan aku nih budak skema atau rajin belajar, aku happy pergi sekolah sebab jumpa kengkawan…setakat ponteng sekolah lps tu lepak dlm semak ape yg beshnya…buang masa je..huhu..

Kenangan manis aku kat sekolah kalau nak cerita banyak..tapi yang aku tak boleh lupa ialah aku pernah tangkap cintan ngan cikgu sendiri…hehehe…time tu aku ingat lagi aku dalam tingkatan 3..cikgu yang aku tangkap cintan tu ialah guru sandaran je kat sekolah aku..aku dapat tahu dia baru balik dari Universiti dari overseas dalam course Aerospace Engineering..first time aku ternampak cikgu nih..perghhh..terus orang kata jatuh cinta pandang pertama..mmg macho habis laa…muka chinese look tapi kulit sedikit gelap..badan lak ala2 Remy Ishak..mmg jejaka idaman Malaya gitu..keh2..

Disebabkan die tak mengajar kelas aku sbb dia just cover budak2 kelas tercorot je aku siap pasang strategi camne nk mendekatkan diri ngan cikgu nih..aku berpakat dengan sorang member aku  untuk ajak cikgu hensem nih wat kelas tambahan…subjek yang aku paling benci kat sekolah dulu tak lain tak bukan ialah Matematik…kebencian aku takde laa smp tak pass subjek tuh tapi untuk dapat A mmg tak pernah laa..nak jadi cerita cikgu hensem nih bersetuju untuk wat kelas tambahan dan aku tak teragak2 laa nak join..suprisingly, lepas join kelas cikgu hensem nih aku dapat A dlm Maths…terkejut gak aku ngan result sendiri sbb sebelum ni aku mana pernah dapat A…mungkin motivasi terlebey sudahh kot..ngeh2..

Sementara tuh aku jadik bertambah lah angau ngan cikgu sorang neh…siap aku leh dapat no telefon rumah dia lagi..time dulu2 mana ade hp okess..disebabkan dia cikgu yang paling hensem kat sekolah time tu, bnyk gak laa student2 lain yg jeles sbb dia agak rapat dgn aku dan kawan aku..siap aku sanggup ponteng kelas tambahan budak2 elite yang terpilih semata2 nak belajar ngan cikgu nih kat bawah pokok…hebat kan penangan dia..siap kena denda lagi sbb aku ponteng tapi tak kesah sebab berbaloi2 je aku rasa..ngeh2..miang sungguh..

Hadiah hari guru yang aku pernah bagi dia ialah coklat..biasala time sekolah mane ada duit nak beli hadiah mahal2..malangnya cikgu hensem nih tak lama kat sekolah aku dalam 4 bulan je sebab dia dah dapat panggilan kerja kat tempat lain..mmg frust gila aku time last day dia kat sekolah….itulah kali terakhir aku jumpa ngan cikgu tuh smp skang..ehehe..

kat sekolah dulu aku tak pernah bercintan cintun sbb tak minat..tu laa kali pertama aku ada crush ngan someone..ngan cikgu lak tuh…lawak pun ada bila teringat balik..tapi kalau nak ikotkan umor time tuh boleh dipanggil “cinta monyet” je..tapi tu laa kenangan yang aku paling ingat sampai sekarang..

okeh sebelum aku stop, sekali lagi aku nak ucapkan “selamat hari guru” kat  cikgu2 kat luar sana..semoga terus efisyen dalam menjadi pendidik untuk mendidik anak2 bangsa..tanpa seorang cikgu tak akan lahir seorang peguam , doctor, pensyarah, malah Perdana Menteri sekalipun..sayangi lah tugas anda sesungguhnya tugas anda amatlah murni…

Adios..



0 Comments:

Post a Comment



Related Posts with Thumbnails