BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, March 4, 2010

Mengantuk Dan Insomnia...



Hari ni balik lambat sket sbb ada kelas selepas balik keje..dalam kelas tadi sangat mengantuk sebab malam semalam dekat kul 2 pagi aku tido..x tau laa skang mmg aku nih penyakit tak leh nak tido awal..dah tau esok hari keje tapi mata aku nih susah nau nak tido..paling awal tido mesti 12.30pm ke atas..hishh..ape nak jadik ngan aku neh..

Tengok cam skang, smp masa entry nih ditulis pun dah kul 12 lebih pun aku x reti2 nak tido..tadi kemain ngantuk dlm kelas even lecturer tuh mmg favourite aku..nih kepala dah ala2 ting tong gak tapi gigih gak nak tulis entry neh…tapi aku tak rasa laa aku nih ada penyakit insomnia..yg heran nya..even aku tido lmbt camne, pagi2 senang lak nak bangun..so xde masalah aku nak bangun pagi untuk pegi keje…aku kan memang seorang staff yang berdisiplin gitu..keh2..

Ok laa, aku kongsi sedikit tentang penyakit insomnia iaitu susah untuk tidur di dalam bahasa lainnya..aku harap2 yang aku bukan nye tergolong dalam mereka yg berpenyakit camgini..isk isk…

Info Mengenai Insomnia

Insomnia merupakan ketidakupayaan untuk tidur, atau ketidakupayaan untuk mendapatkan tidur yang secukupnya. Jumlah waktu tidur yang diperlukan oleh seseorang bergantung kepada umurnya. Bayi-bayi dan kanak-kanak memerlukan waktu tidur yang lebih lama berbanding warga tua. Jumlah tidur yang diperlukan oleh warga tua adalah sekitar 4-5 jam berbanding dengan orang yang lebih muda yang memerlukan 8 jam.

Gejala-gejala
  • Kesukaran untuk tidur.
  • Tidur yang putus-putus atau resah.
  • Kerap bangun dari tidur pada waktu malam.
  • Bangun pada awal pagi dan kesukaran untuk tidur semula.
  • Menjadi letih, mengantuk dan mudah tersinggung pada siang hari.

Punca-punca

  • Tekanan dan kerisauan
  • Ketidakselesaan persekitaran sekeliling yang tidak sesuai untuk tidur – misalannya, bising dan kotor, sejuk atau panas.
  • Persekitaran baru – e.g. Berpindah ke rumah baru.
  • Nokturia (kencing pada waktu malam) – biasanya didapati pada warga tua disebabkan oleh  penyakit-penyakit seperti penyakit kelenjar prostat atau kelemahan otot-otot pundi kencing.
  • Sakit pada penyakit-penyakit tertentu.
  • Dicetus oleh ubat, misalannya alkohol dengan cepatnya akan menyebabkan tidur yang pendek, tetapi terdapat insomnia berbalik.
  • Pemberhentian pengambilan ubat-ubat tertentu, seperti agen hipnotik. 

Apa yang boleh dilakukan oleh anda

  • Menjadikan persekitaran tidur lebih selesa.
  • Mengadakan masa yang tertentu untuk tidur.
  • Elakkan terlalu banyak perkara yang menguja sebelum tidur.
  • Elakkan tidur yang sebentar pada sianghari.
  • Elakkan minuman yang beralkohol atau yang berkafein sebelum masuk tidur. Disebaliknya, ambil minuman bersusu.
  • Senam selalu pada waktu siang 3-5 kali seminggu tetapi elakkan senaman sebelum masuk tidur.
  • Jika anda tidak tidur dalam masa 20 minit, bangun dari katil anda dan duduk di bilik yang lain sehingga anda terasa mengantuk.
  • Baca sebuah buku yang membosankan.
  • Dengar muzik yang lembut.
  • Runding dengan doktor anda, jika masalah ini berterusan untuk banyak hari atau mengganggu aktiviti harian anda.
  • Ambil ubatan seperti agen hipnotik untuk insomnia hanya jika dipreskripsi oleh seorang  doktor.

Apa yang boleh dilakukan oleh doktor

  • Memeriksa anda dan mengenalpasti punca masalah.
  • Memberi rawatan mengikut apa yang dijumpai.
  • Pempreskripsi ubat – tablet tidur, jika perlu.
  •  Merujuk untuk penyiasatan selanjutnya, jika perlu, kepada seorang ahli psikiatri. 
Adios..




0 Comments:

Post a Comment



Related Posts with Thumbnails