BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, March 31, 2010

Let us pray for her...





Aku still sebak atas ape yg berlaku pada kawan baik aku haslina..sebelum ni dalam entry aku berkenaan lipas, aku ada mention aku melawat kawan aku di hospital yang preknen dan dalam masa yang sama berpenyakit batu karang...jumaat lepas sewaktu aku melawatnya di hospital, kondisi nya masih terkawal..siap kitorang sempat bergurau senda lagi..diberitahulah kami demamnya yang on-off  adalah  punca dia di tahan di wad hingga keadaan demam stabil..

Terkejut  aku rasa bila di maklumkan oleh suaminya semalam yang dia dalam keadaan tenat dan dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) kerana kegagalan bernafas akibat jangkitan kuman disebabkan komplikasi batu karangnya..lebih parah lagi bila komplikasi itu berlaku dalam masa dia mengandungkan anak sulung…begitu besar pengorbanan seorang ibu..berbagai rintangan sanggup dihadapi demi zuriat yang dikandung…

Tengahari tadi aku sempat melawat nya lagi di wad ICU di hospital university (PPUM)..kami tidak dibenarkan masuk melihat keadaannya kerana masa lawatan telah habis..petang tadi selepas balik kerja, aku sempat ke hospital sekali lagi melawatnya..kali ini aku sempat masuk ke dalam wad..macam nak gugur rasa jantung aku melihat keadaannya..hancur luluh hati aku…x sampai hati melihat dia dlam keadaan begitu..aku diberitahu buat masa sekarang dia hanya bergantung kepada life support machine untuk bernafas..jangkitan sekarang sudah ke seluruh badannya terutama paru2..sebak rasanya melihat seseorang yang rapat dengan kita terbaring bertarung nyawa dalam kesakitan..

Untuk haslina aku doakan semoga dia kuat melawan penyakitnya..lina yang aku kenal adalah seorang yang tabah dan cekal menghadapi dugaan..semoga jiwanya kental bertarung melawan kesakitan..dari jauh kami titipkan doa agar dia segera sembuh dan sihat kembali..semoga Tuhan makbulkan doa2 kami..

Amin…







2 Comments:

  1. nikki said...
    seyes I nangis bace entry u...ptg td far ade bgtau tp i xsangka teruk camni...I doakan yg terbaik for her n d baby...
    Chinatsu Akera said...
    yup nikki..condition die mmg very kritikal..now 2-2 kidney x function..doakan die kuat..

Post a Comment



Related Posts with Thumbnails