BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, February 3, 2010

Demam Tsunami Melanda....



Kalau nak ikutkan tragedi tsunami yang mengorbankan bnyak nyawa telah lama berlalu dan meninggalkan pelbagai trauma kepada mereka yang melaluinya..kat sini aku bukan nak mengungkit tragedi tu…tsunami yang aku maksudkan kat sini ialah tsunami yang melanda tempat kerja aku…walaupun tak ada meninggalkan trauma sebagaimana tsunami yang sebenar, boleh dikatakan agak menghuru-harakan aku dan rakan2 sekerja aku..

Hari ni aku terpaksa bekerja shift petang gara2 tsunami yang melanda ni..hehehe..agak lama aku tak bekerja petang sebenarnya…lebih 2 tahun kot..kira hari ni pecah rekod..hari ni aku kena kerja jam 4.30pm – 1.30am…gila kan?...esok lak aku kena masuk kerja pagi macam biasa…nak buat macam mana..tuntutan kerja melebihi segalanya…bukan senang nak mencari rezeki....banyak pengorbanan perlu dilakukan…

So, pada mereka2 yang tak tahu ape yang aku maksudkan ni…aku cuba explain laa sedikit sebanyak…tsunami yang melanda tempat kerja aku ini sebenarnya ialah kebanjiran bakal2 customer service agent secara beramai2 dalam masa serentak..kepada mereka yang belum tahu, salah satu task sebagai quality specialist ialah untuk filter agent2 baru in term of product knowledge, customer service skills, dan technical knowledge sebelum mereka boleh lepas ke operation floor untuk menjawab call yang sebenar..oleh kerana company tempat aku bekerja sekarang ada melaksanakan projek baru, mereka memerlukan headcount yang ramai untuk memenuhi quota operation..di sinilah terjadinya tsunami di mana, jumlah quality assurance specialist yang ada tidak dapat menampung kebanjiran trainee yang ramai..jadi terpaksa split shift untuk pagi dan petang kerana kekurangan tenaga pekerja dan tempat.. jadi, quality specialist yang sepatutnya membuat tasks yang berbeza terpaksa sama2 turun padang and work as a team utuk menampung kebanjiran tsunami ini…begitulah sedikit sebanyak ceritanya…

So, aku harap hari ni menjanjikan hari yang baik2 untuk kita semua..bagi aku, walau macam mana susah dan challenging sesuatu pekerjaan..kita perlu sentiasa berdedikasi demi memastikan etika kerja tidak tersasar…setiap impak yang berlaku, pasti ada buruk baik nya..dan kita mesti sentiasa positif untuk mengurangkan impak yang negatif yang boleh memecahbelahkan pemikiran kreatif kita…


Adios..

3 Comments:

  1. mYpRecious said...
    mg jadi quality specialist doh ke? haha..

    buli lah bnyko2 sket trainee2 mg tu.. keh keh..

    =P
    Chinatsu Akera said...
    tulaa..aku yang penyabor ni pun kadang2 leh hangin ngan ke"tenginan" diorg...tensen aku...
    Anonymous said...
    [B]NZBsRus.com[/B]
    Lose Crawling Downloads With NZB Files You Can Swiftly Find HD Movies, Console Games, MP3 Singles, Software & Download Them @ Alarming Rates

    [URL=http://www.nzbsrus.com][B]Usenet Search[/B][/URL]

Post a Comment



Related Posts with Thumbnails