BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, January 27, 2010

Working Cum Studying..??


Aku tau maybe ramai di luar sana yang bekerja sambil belajar..bagi aku sendiri yang mengalami situasi yang sama, sedikit sebanyak memang terasa cabarannya..mana nak kejar dateline untuk kerja..mane nak bergelumang dengan assignment dan project?..huh, jiwa kena kental untuk mengharungi semua cabaran..silap haribulan, “yang dikejar tak dapat, yang dikendong keciciran”…that will be my biggest fear.. hurmm..

So, korang rasa ape cabaran utama bekerja sambil belajar ni?..hmm..pada pendapat aku yang paling utama ialah “time management”..korang kena betul2 master dalam pembahagian masa ni..kalau sudah berfamili lagi bnyak benda perlu sacrifice..mana nak bahagikan masa dengan kerja, study, family dll...schedule kena plan awal..jarak antara college ke tempat kerja pun perlu dititikberatkan…biasanya part time student akan start kelas after working hours or weekend..aku dikira bertuah setakat ni kerana college dan tempat kerja walking distance je..so, untuk kelas after working hours, aku just boleh berjalan kaki je..satu advantage untuk aku…

Cabaran kedua bekerja sambil belajar ialah “financial”…jelas bahawa dalam membuat apa jua pekerjaan atau aktiviti, kos memainkan peranan yang penting…tidak terkecuali dalam hal mencari ilmu ni ,semakin tinggi peringkat pengajian semakin tinggilah kos yang diperlukan…kos ni lak menjadi bebanan kerana gaji yang diperolehi bukan sahaja digunakan untuk belajar malah untuk keperluan lain seperti untuk keluarga,melunaskan hutang rumah dan kereta,keperluan harian dan sebagainya...tambahan pula aku belajar di IPTS yang boleh dikatakan agak mahal berbanding IPTA biasa..agak cabaran tuh…hurmm..

Esok aku akan mula kelas untuk subject baru System Integration..actually ni salah satu subjek major dalam Information System..actually aku xde idea what is the subject all about..agak aku maybe something about how to integrate the system and what are the terms use untuk intergrate system tu..hmm..aku rase subjek ni mmg akan jadi challenging sebab setahu aku project die pun akan involve student untuk create system…hmm..agak seramm tapi exciting..tengok lah macam mana nanti..never say no before you try....cewahh…

Di bawah ni aku kongsi sedikit 11 tips bekerja sambil belajar yang aku dapat dlm google..agak intresting…maybe sedikit sebanyak boleh menjadi guideline untuk aku nanti..so, sama2 kite kongsi...

11 Tip Bekerja Sambil Belajar

  • Rancang kerja anda sebaiknya. Periksa dan catat tarikh akhir (deadline) bagi tugasan pejabat serta pengajian lebih awal dan letakkan ia di tempat yang dapat dilihat.
  • Gunakan masa dengan sebaiknya. Anda mungkin boleh membaca atau mendengar semula rakaman kuliah ketika menaiki tren daripada hanya melihat gelagat penumpang lain ketika menunggu untuk tiba ke destinasi.
  • Pastikan semuanya dilakukan secara seimbang. Bekerja sambil belajar sememangnya memenatkan. Makan dengan teratur, bersenam, dapatkan rehat secukupnya dan jika berpeluang, teruskan aktiviti sosial anda.
  • Jika anda mempunyai masalah untuk menepati tarikh akhir atau tiba-tiba terjadi masalah keluarga dan kerja, beritahu kepada pensyarah anda lebih awal. Mereka juga manusia dan tentu mereka memahami beban anda untuk melakukan dua perkara ini serentak.
  • Sentiasa ingatkan diri anda apa kebaikan pengajian yang anda ikuti itu untuk masa depan anda. Dapatkan sebab yang kukuh untuk mengikuti kursus yang anda pilih. Jika alasan atau sebab anda menyambung pengajian itu lemah, ia mampu mengganggu motivasi anda untuk menghadapinya.
  • Beritahu ketua atau majikan anda mengenai pengajian anda. Menyambung pengajian menunjukkan anda serius mengenai pembangunan diri sebagai seorang individu.
  • Ada ramai penuntut dewasa yang mengikuti pengajian separuh masa. Anda seharusnya melihat ini sebagai peluang untuk mengembangkan jaringan kenalan.
  • Wujudkan tempat bekerja yang dapat membuatkan anda berasa selesa. Gunakan apa-apa kaedah yang membantu anda untuk fokus, contohnya jadual, kata-kata semangat yang ditampal di dinding, tulisan dengan pen berwarna-warni, peta minda atau bungaan di meja kerja anda.
  • Cari tempoh waktu terbaik untuk anda belajar atau mengulangkaji. Segelintir individu lebih gemar memilih waktu awal pagi.


So, kesimpulannya ada orang menganggap rintangan adalah satu cabaran untuk lebih berjaya dan tidak kurang pula yang menganggap ia sebagai halangan untuk terus mengalah..bagi aku, perjalanan hidup kita masih panjang..learning will never end…dalam tempoh itu..cabaran2 itu yang membuatkan kita lebih kuat dan lebih menghargai hidup supaya lebih bermakna…

Adioss..



0 Comments:

Post a Comment



Related Posts with Thumbnails