BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, January 13, 2010

Cerita tentang Mood






Bercerita tentang mood manusia, ade pelbagai dan berubah2 ..jika korang perasan benda yang paling banyak berubah dalam diri manusia adalah mood…mood boleh berubah2 mengikut kadar perubahan hormon dan perasaan dalam diri seseorang itu…boleh dikatakan dalam sehari paling sikit 5 kali mood kita akan berubah2..tak kira lah sedih, gembira, terharu, marah, malu, tak sabar, bosan dan banyak lagi..sebenarnya, keunikan manusia itu sendiri datang dari emosi atau mood mereka…secara tak langsung juga ia akan menyerlahkan personaliti seseorang itu..mengikut pakar, mereka telah berjaya mengkategorikan personaliti manusia mengikut kumpulan2:


i) Driver / Pemaksa
- sangat fokus kepada sesuatu objektif
- tahu apa yang diingini dan bagaimana mendapatkannya
- berinteraksi dengan cepat dan pantas ke arah tujuan sebenar
- bersetuju dengan “matlamat menghalalkan cara”
- rajin, bertenaga, kurang malu


ii) Expressive / Penunjuk
- seorang jurujual secara semulajadi atau pencerita
- seorang yang sangat ramah dan mesra
- seorang pemberi motivasi yang baik, boleh berinteraksi dengan senang
- selalu tokok tambah cerita, melebih-lebihkan dan tiada fakta
- gemar bercakap tapi tidak membuat


iii) Amiable / Si Bersopan-santun
- sangat baik hati dan mengelak dari konflik
- boleh menyesuaikan diri dalam banyak keadaan
- bermasalah dalam membuat keputusan
- suka kepada seni, sajak dan sangat sensitif
- pendiam dan bercakap lembut


iv) Analytical / Pemikir
- sangat suka kepada perkara-perkara kecil
- tidak boleh buat keputusan tanpa fakta yang mencukupi
- selalunya sangat baik dari segi pengiraan atau pembuatan
- sangat kritikal
- suka menjangka perkara buruk
- percaya pada pandangan sendiri


Jadi, korang rasa ape faedah untuk kita mengenali personaliti yang wujud dalam diri manusia?..sebenarnya ia boleh membantu kita untuk menerima hakikat bahawa dalam hidup kita, kita tidak boleh lari dari konflik…banyak cara kita menangani konflik dan seteruk mana konflik itu berlaku banyak kaitannya dengan pemahaman kita pada konsep 4 personaliti ini..bagi aku cara menyelesaikan konflik dapat mengurangkan damage yang berlaku atas kita sendiri atau orang2 sekeliling kita sendiri…


Sedar tak sedar mood kita pada masa tu mempengaruhi tindakan yg kite buat…contohnya kalau mood lapar, mesti kita makan..kalau mood marah..ade silap sikit je macam nak bagi penumbuk kat semua orang..begitu juga dengan mood sedih..kita rasa macam nak menangis dan banyak lagi contoh mood2 yang akan mempengaruhi tindakan kita..jadi bagi aku, korang kena kenali diri sendiri untuk menganalisa mood2 yang datang sebelum kite dapat memahami mood orang2 di sekeliling kita…dengan ini, secara tidak langsung, kite dapat mengurangkan impak mood yang kurang baik kesan dari konflik dalam diri kita dan orang2 sekeliling kita..


Adioss..









1 Comment:

  1. mYpRecious said...
    mood aku suam2 kuku je ni.. huhu..

Post a Comment



Related Posts with Thumbnails