BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, January 14, 2010

Jom Makan2 di Asam House




Antara tempat makan port favorite aku ialah di IOI Mall, Puchong iaitu Asam House..kalau aku berkunjung  ke IOI Mall, aku memang tak akan lepaskan peluang untuk makan2 di Asam House ni..location die memang senang..pergi ke old wings ioi di tingkat 3, lokasi bersebelahan dengan GSC…bercerita tentang restauran Asam House ini, mula2 aku agak cuak bila melihat semua cina yang makan kat situ..makanan2 yang ada pun kebanyakan masakan cina..tapi bila aku tengok sijil pengesahan halal yang dilekatkan di kaunter sebagai bukti, aku tergerak untuk mencuba..tambahan lagi bile aku lihat makin ramai orang2 melayu yang menjamu selera kat sana…

Konsep pesanan di Asam House ini unik sedikit dari tempat2 lain..restaurat ni tak perlu susah2 nak meyediakan menu booklet sebab semua nya sudah terpampang besar di dinding berserta nombor....jadi, pelanggan cuma boleh order menu yang mereka nampak di dinding..agak banyak pilihan menu sebenarnya lebih kurang dalam tiga puluh pilihan masakan yang kebanyakannya masakan Cina…menu masakan asamnya tidak terhad kepada asam laksa, tetapi turut disajikan juga masakan asam kering yang menyerupai sambal seperti sotong asam atau udang asam yang boleh diminta untuk dimasak dengan petai…adunan asamnya secukup rasa dan memang menambat selera..

selepas memilih menu, pengunjung mestilah beratur dan beritahu pesanan mereka di kaunter..konsep restauran ni ialah bayar dulu sebelum makan..selepas membayar harga makanan, pelanggan akan diberikan nombor dan pesanan akan dihantar terus ke meja.. satu perkara yang aku ingin puji mengenai restaurant Asam House ini ialah servisnya yang pantas..pelanggan tidak perlu menunggu lama sebelum pesanan mereka di hantar ke meja masing2..selain itu harganya juga berpatutan dan rasa masakannya begitu lazat dan menyelerakan..

So, ape menu yang special kat sini?..hmm..bagi aku sendiri, yang paling aku suka ialah tomyam…tomyam di Asam House berlainan sedikit rasanya berbanding tomyam yang sering dihidangkan di kebanyakan restoran makanan thai yang lain..tomyam di sini agak pedas dan manis yang mana boleh membuat korang menangis tetapi rasa sedapnya akan membuat pelanggan ingin mencuba lagi walaupun agak menyeksakan…restoran ini juga menghidangkan bubur nasi dan mee berkuah jika ingin mencuba sesuatu yang berlainan…

Selain daripada itu, antara hidangan sampingan yang menarik di sini termasuk makanan ringan seperti cucur udang kuih keladi serta berbagai jenis manisan bubur termasuk bubur kacang hijau, bubur pulut hitam dan bubur cha cha yang popular di Pulau Pinang….Asam House pandai mengolah rasa makanannya agar tidak terlalu manis walaupun hidangan itu pencuci mulut supaya kena dengan selera pelanggan yg tidak gemar makanan manis…

Budget untuk seorang makan di Asam House dengan satu hidangan dan minuman ialah dalam lingkungan RM10….a very good deal untuk menu2 yang ditawarkan di Asam House…bagi aku, restauran Asam House ni menjadi salah satu favorite kerana resipi masakannya yang cemerlang, servisnya yang cepat dan pantas  di samping rasa masakannya yang begitu lazat dan membangkitkan selera…korang kena datang sendiri dan mencuba menu2 yang ada di sini kerana “Tak kenal maka tak cinta”…

Adios..



 


nasi putih ngan sambal udang petai...terbaekk..

ini laa tomyam yang menjadi favorite aku..sgt pedas tp solapp..


   



2 Comments:

  1. mYpRecious said...
    ti.. ngidam terus aku nk mkn tom yam die.. mmg best pon sini even aku bru mkn sekali..

    kalo gi ioi ngn mg lg make sure mkn kt sini lg.. huhu..
    Chinatsu Akera said...
    tau xpe..ni la port fav aku kat ioi..terbaek..ahaks..

Post a Comment



Related Posts with Thumbnails