BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, January 23, 2010

"Fantasi Oh Realiti"






Kata-kata ‘Dunia ini pentas sandiwara dan kita manusia adalah pelakon-pelakonnya’ didapati ada kebenarannya…sedar tidak sedar..dalam kehidupan sehari2 semua orang adalah pelakon yang hebat..tidak kiralah berlakon atas dasar dan watak apa..kadang2 kita menjadi diri sendiri..kadang2 kita menjadi orang lain..dan kadang2 kita langsung tidak sedar watak apa yang kita mainkan…kita mungkin boleh menjadi orang lain dengan berlakon tetapi hakikatnya kita hanya mampu menipu diri sendiri kerana selama manakah seseorang itu mampu bertahan dengan menjadi pelakon di realiti sebenar?..

Kadang2 kita tidak mampu menidakkan perasaan sendiri dan keinginan sendiri walaupun tahu ianya sukar dicapai..kadang2 kita hanya mampu berfantasi tentang apa yang mustahil dan berharap sesuatu yang mustahil itu akan menjadi kenyataan..manusia tidak boleh lari dari menjadi hipokrit..kadang2 kita perlu menjadi hipokrit untuk kepentingan diri  dan menjaga hati orang lain sedangkan kemahuan sendiri terabai..agak menyakitkan tapi itulah norma biasa yang pelu dilalui oleh semua orang…

Persoalannya minda kita tidak pernah merdeka dari dijajah oleh naluri diri yang selalu memberontak..akhirnya kita menjadi tewas dengan kehendak naluri dan membiarkan diri hanyut dalam situasi...sudah lumrah manusia tidak pernah merasa puas dengan apa yang sudah digenggaman dan ingin mencuba sesuatu yang di luar jangkawan…sejauh mana usaha itu berbaloi bergantung kepada kepercayaan diri mengikut gerak hati masing2..

kita kadangkala merasakan dunia realiti ini amat memeritkan…lalu kita cuba menyelinap, hidup mekar di alam fantasi dan mencari ruang2 yang boleh menjadi pemangkin semangat…namun ketahuilah kadang2 di alam fantasi juga tidak berakhir dengan suasana bahagia…kadang2 lebih memeritkan dari dunia realiti yang sebenar…hanya yang kuat mampu tiba ke destinasi dan yang lemah akan tewas sebelum mereka sedar dunia fantasi hanyalah kebahagiaan palsu yang penuh kepura-puraan…jadi berpijak lah di dunia yang nyata dan sentiasa percaya kepada naluri dan gerak hati kerana itu yang membezakan realiti atau fantasi....

Adios…






1 Comment:

  1. Anonymous said...
    ermm..menarik entry kali nie..

    anep

Post a Comment



Related Posts with Thumbnails