BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, January 31, 2010


Semalam aku sempat spend masa ke Bagan Lalang untuk makan seafood..sepatutnya ahli rombongan kali ni ada 8 orang tapi dah berkurang jadi separuh oleh sebab2 yang tak boleh dielakkan…ecah dan apek perlu menghadiri majlis tahlil arwah bakal tunang adik ecah di Shah Alam...sangat menyayat hati sebab meninggal secara mengejut akibat kemalangan jalan raya.....takziah kepada keluarga arwah....(Al-Fatihah)...selain tu, aini lak ade kecemasan dengan bapa mertuanya yang disengat lebah..so tinggal lah kami berempat je..

Firstly, kitorang ingat nak gerak petang sikit sebab cikot beria nak ajak tengok pantai..ye laa, selama ni kitorang pegi memang dah malam so tak sempat nak snap gambar kat pantai sumer dah gelap je..dah plan nak pegi awal tup2 rombongan tergendala gak gara2 tunggu fatil yang lambat sampai…time gerak tu pun dah pukul 6 lebih..actually ni 1st time kitorang pegi sendiri tanpa pilot sebab selalunya ayil yang akan tunjukkan jalan..end up, berpusing2 gak kat LCCT dan kali kedua kat Banting gara2 tersilap jalan..heh, ape nye pilot laa cikot…

Sampai2 jek dah kul 8 lebih..tengok orang punya lah ramai..macam pesta pun ada gak. Masa kitorang sampai, memang sumer tempat dah penuh dan masih ramai yang berdiri duk mencari tempat...ada beberapa restoran makanan laut sepanjang pantai tu tapi setau aku restoran Senandung Malam ni yang paling sedap..dekat 30 min gak kitorang berdiri menunggu tempat duduk..last2 tak tahan, pewot aku pun dah berkeroncong sebab dari siang tu aku tak makan..konon nak simpan pewot untuk melantak malam ni..tak larat nak menunggu kitorang berkalih selera..restoran Wak Lan menjadi tumpuan…restoran ni tak sebesar yang mula2 tadi..ramai gak orang tapi still ada tempat duduk..sementara aku ngan cikot book tempat..en hubby ngan fatil sebok memilih lauk bakal menjadi santapan kitorang nanti..ikan kerapu, sotong, udang ngan lala menjadi pilihan..side order lak tomyam ngan kalian ikan masin…air lak satu jug tembikai laici…huhu..tak sabar rasanya nak mencekik…

Dah order sumer, waiter tu bagitau maybe order sampai dalam masa sejam sebab orang ramai…nak tak nak,  kitorang laju je setuju..tak payah nak cerewet sangat sebab alang2 kitorang dah dtg jauh2..tambah dengan sesatnya lagi..time tu jam baru nk masuk kul 9 malam…sementara tunggu tu kitorang chit chat..macam2 topik..the best part..biasalaa, ms chikot kite kan suka buat kamus sendiri…ngah sembang2 nape aini tak boleh ikut gi bagan lalang...cikot punya ayat..”bapak mertua si aini kena “patuk” ngan lebah”…hehehe…kitorang ape lagi..gelak sampai nak guling2…bila masa lak lebah tu mematuk cikot oooii..hahaha..merah padam muka cikot yg blurr kena gelak ngan kitorang…pastu bukak topik cite Fahrin Ahmad lak..kebetulan iklan kat tv filem baru yg kembar siam tu ape ntah tajuk die..”Dua hati satu jiwa” ..cikot leh ckp..aku tak suka laa ngan pelakon “Linda Gous”tu…menyampah nak tengok muka die…mula2 kitorang yang blur..Linda Gous?...hahaha..lepas tu ape lagi..sekali lagi cikot jadik bahan malam tu…maybe sebab kitorang cite pasal Fahrin sampai terkeluar perkataan Linda Gous..macam kacukan la plak…hahaha…macam nak roboh meja kitorang gelak…hehehe…nasib laa cikot..sape suruh ko blurr sangat…cepat2 laa ko kawen..baru normal sikit.…keh keh…

Agak lama gak kitorang menunggu makanan tak sampai2..bayangkan..janji dalam masa sejam, tapi sejam setengah makanan tak sampai2…tapi nak wat camne..sabar je laa..paham ngan keadaan sebab ramai org…tapi yang tak beshnye..ada laa sorang mak cik punya laa kurang ajar..semua orang pun menunggu, even kitorang yang sampai dulu dari die pun makanan belum sampai…tapi kitorang still sabar…mak cik tu punya tak sabar siap marah2 waiter tu..suara terjerit2..buat malu jek..dah laa semua kat table die nampak macam orang baik2..pakai pun tudung besar....tapi buat perangai macam tu..sumer dah pandang2 scene tu..malu ngan bangsa lain macam cina yang ada kat sana..semua orang pun menunggu ape..tak perlu nak terjerit2 marah sebab makanan lambat sampai..take it or leave it je..kalo tak nak tunggu blah je laa..scene tu buat aku terpikir, betapa orang yang nampak zahirnya nampak alim tak semestinya teguh dengan kesabaran...sebab kita perlu peka dengan persekitaran dan faham dengan situasi dan kesusahan orang lain..secara tak langsung kita boleh muhasabah diri dan bersabar menghadapi situasi..cewah…

Akhirnya selepas menunggu lebih sejam setengah, masa yang ditunggu pun tiba..makanan dah sampai..heh..ape lagi..tak sempat bagi salam kitorang mencekik..maklum laa dah kebuluran menunggu..masakan die so-so jek…yang beshnya sebab semua seafood dia segar2..udang ngan sotong goreng tepung, ikan kerapu masak 3 rasa, lala bercili, ngan tomyam campor…yang paling sedap ialah lala bercili…memang menepati selera..tak terlalu pedas walaupun masakan die menggunakan cili padi..aku bagi 5 bintang untuk lala..lain2 cukup ngan 3 bintang jek..total harga makanan semalam lebih kurang RM130..agak worth it laa, walaupun servis slow..maybe next time kitorang kena order siap2 sebelum datang...

Abis sessi makan2, kitorang sambung aktiviti jalan2 kat kawasan sekitar..sempat la snap beberapa pic kat Sepang Gold Coast..agak menarik tempat dia..macam taman bunga pun ada…macam2 aksi dan gaya gak kitorang buat..memang happening..habis lawatan tu, jalan2 jap kat pasar malam..cikot ngan fatil sempat gak grab 2/3 helai jersi chealsea..en hubby lak nak beli jaket sayang size lak xde..hehe..nmpk gaya kena laa diet tu..habis jalan2 lepak2 jap kat pantai..ramai gak org duk melepak kat sana…sempat snap beberapa pic pastu dah penat..rombongan cik kiah bergerak pulang lambat gak lebih kurang 12.30 mlm..sampai rumah pun dah agak lambat hampir menjengah 2 pagi..

Rombongan semalam mungkin lagi meriah kalo aini, ayil, ecah ngan apek join..tapi nak buat macam mana..semua pun ada rintangan..maybe next time boleh set lagi…whateva pun kitorang still enjoy....sape2 yang terliur tu korang kena laa datang sendiri..kalau tak nak kena macam situasi kitorang, korang leh book kat nombor yang tertera kat pic atas tu..ok, pape pun layan kan pic2 yang berjaya aku snap semalam... :-)

Adios


s 
muka penat dah makan sebab pewot dah masuk angin gara2 lama sangat menunggu...

Lala bercili yang menjadi fav aku...nampak pun dah sedap...
Ni lak Ikan Kerapu Masak 3 Rasa..yang ni rasa die so-so jek..tapi sebab ikan fresh aku ratah gak sampai tulang...
sotong goreng tepung ni boleh laa tahan rasa dia...
udang ni sedap gak sebab rangup..yang beshnya sebab digoreng ngan kepala2 dia..i loike...
sempat lagi berposing sakan...layan kan je laa...
Nih 2 orang aku tak paham tgk ape...duk merenung masa depan kot..hehehe...
Nih 2 orang budak numuks tapi cute...lalala...
cikot sempat lagi berposing ngan jersi baru...
nih aku pun tak paham aksi ape...
3 budak sengal...heh..perhatikan fatil dah gaya bapok rupanya..keh keh..

Wednesday, January 27, 2010

Working Cum Studying..??


Aku tau maybe ramai di luar sana yang bekerja sambil belajar..bagi aku sendiri yang mengalami situasi yang sama, sedikit sebanyak memang terasa cabarannya..mana nak kejar dateline untuk kerja..mane nak bergelumang dengan assignment dan project?..huh, jiwa kena kental untuk mengharungi semua cabaran..silap haribulan, “yang dikejar tak dapat, yang dikendong keciciran”…that will be my biggest fear.. hurmm..

So, korang rasa ape cabaran utama bekerja sambil belajar ni?..hmm..pada pendapat aku yang paling utama ialah “time management”..korang kena betul2 master dalam pembahagian masa ni..kalau sudah berfamili lagi bnyak benda perlu sacrifice..mana nak bahagikan masa dengan kerja, study, family dll...schedule kena plan awal..jarak antara college ke tempat kerja pun perlu dititikberatkan…biasanya part time student akan start kelas after working hours or weekend..aku dikira bertuah setakat ni kerana college dan tempat kerja walking distance je..so, untuk kelas after working hours, aku just boleh berjalan kaki je..satu advantage untuk aku…

Cabaran kedua bekerja sambil belajar ialah “financial”…jelas bahawa dalam membuat apa jua pekerjaan atau aktiviti, kos memainkan peranan yang penting…tidak terkecuali dalam hal mencari ilmu ni ,semakin tinggi peringkat pengajian semakin tinggilah kos yang diperlukan…kos ni lak menjadi bebanan kerana gaji yang diperolehi bukan sahaja digunakan untuk belajar malah untuk keperluan lain seperti untuk keluarga,melunaskan hutang rumah dan kereta,keperluan harian dan sebagainya...tambahan pula aku belajar di IPTS yang boleh dikatakan agak mahal berbanding IPTA biasa..agak cabaran tuh…hurmm..

Esok aku akan mula kelas untuk subject baru System Integration..actually ni salah satu subjek major dalam Information System..actually aku xde idea what is the subject all about..agak aku maybe something about how to integrate the system and what are the terms use untuk intergrate system tu..hmm..aku rase subjek ni mmg akan jadi challenging sebab setahu aku project die pun akan involve student untuk create system…hmm..agak seramm tapi exciting..tengok lah macam mana nanti..never say no before you try....cewahh…

Di bawah ni aku kongsi sedikit 11 tips bekerja sambil belajar yang aku dapat dlm google..agak intresting…maybe sedikit sebanyak boleh menjadi guideline untuk aku nanti..so, sama2 kite kongsi...

11 Tip Bekerja Sambil Belajar

  • Rancang kerja anda sebaiknya. Periksa dan catat tarikh akhir (deadline) bagi tugasan pejabat serta pengajian lebih awal dan letakkan ia di tempat yang dapat dilihat.
  • Gunakan masa dengan sebaiknya. Anda mungkin boleh membaca atau mendengar semula rakaman kuliah ketika menaiki tren daripada hanya melihat gelagat penumpang lain ketika menunggu untuk tiba ke destinasi.
  • Pastikan semuanya dilakukan secara seimbang. Bekerja sambil belajar sememangnya memenatkan. Makan dengan teratur, bersenam, dapatkan rehat secukupnya dan jika berpeluang, teruskan aktiviti sosial anda.
  • Jika anda mempunyai masalah untuk menepati tarikh akhir atau tiba-tiba terjadi masalah keluarga dan kerja, beritahu kepada pensyarah anda lebih awal. Mereka juga manusia dan tentu mereka memahami beban anda untuk melakukan dua perkara ini serentak.
  • Sentiasa ingatkan diri anda apa kebaikan pengajian yang anda ikuti itu untuk masa depan anda. Dapatkan sebab yang kukuh untuk mengikuti kursus yang anda pilih. Jika alasan atau sebab anda menyambung pengajian itu lemah, ia mampu mengganggu motivasi anda untuk menghadapinya.
  • Beritahu ketua atau majikan anda mengenai pengajian anda. Menyambung pengajian menunjukkan anda serius mengenai pembangunan diri sebagai seorang individu.
  • Ada ramai penuntut dewasa yang mengikuti pengajian separuh masa. Anda seharusnya melihat ini sebagai peluang untuk mengembangkan jaringan kenalan.
  • Wujudkan tempat bekerja yang dapat membuatkan anda berasa selesa. Gunakan apa-apa kaedah yang membantu anda untuk fokus, contohnya jadual, kata-kata semangat yang ditampal di dinding, tulisan dengan pen berwarna-warni, peta minda atau bungaan di meja kerja anda.
  • Cari tempoh waktu terbaik untuk anda belajar atau mengulangkaji. Segelintir individu lebih gemar memilih waktu awal pagi.


So, kesimpulannya ada orang menganggap rintangan adalah satu cabaran untuk lebih berjaya dan tidak kurang pula yang menganggap ia sebagai halangan untuk terus mengalah..bagi aku, perjalanan hidup kita masih panjang..learning will never end…dalam tempoh itu..cabaran2 itu yang membuatkan kita lebih kuat dan lebih menghargai hidup supaya lebih bermakna…

Adioss..



Monday, January 25, 2010


Hari ni kul 6 pagi aku terbangun sebab sakit pewott..ni gara2 semalam macam2 makanan aku sebat..diet pun dah hilang ke mana..sungguh tak berdispilin..xpe laa..sekali sekala..petang ni akan aku cover ngan lari keliling tasik 10 round..hehehe..

Selepas selesai “urusan” aku pagi ni sambung tido balik..kul 10 lebih baru bangun…bangun2 terasa lapar lak...cepat2 kejut en hubby bangun ajak pegi makan nasi lemak kat Sri Petaling..untuk pengetahuan korang, hampir tiap2 minggu gak laa kitorang akan pergi Sri Petaling semata2 untuk makan nasi lemak…nasi lemak die kalau korang nak tahu lain dari yang lain..texture dan rasa dia memang akan buat korang teringat2 untuk cuba lagi..pernah sekali kitorang terlambat datang...tup2 dah habis..frust gila aku rasa macam nak menangis..satu hari aku merajuk tak nak makan..pastu kena marah ngan en hubby cakap aku macam budak2..kalo nak ingatkan kelakar gak mengalahkan orang mengidam lak…hihihi..

Sebenarnya aku discovered tempat ni secara tak sengaja dalam tahun lepas..time tu kitorang on the way nak balik ke Terengganu..sebab dari rumah aku di Jalan Klang Lama, kitorang akan ambik short cut lalu ke Sri Petaling untuk keluar ke tol Gombak..so, nak di jadikan cerita aku ni merengek2 ngan en hubby nak brekfes dulu..syarat aku lak tak nak kedai mamak..(aku mmg kureng sket kalo mkn kat kedai mamak kecuali terpaksa)…nasib baik laa en hubby mood baik hari tu nak layan kerenah aku..so, kitorang pun pusing2 laa kat area Sri Petaling tuh..pusing punya pusing ternampak laa satu warung betul2 kat tepi jalan…kitorang tengok kemain ramai lagi orang duk beratur..ade cina, melayu, india, arab pun ada..heh, laju2 suruh en hubby singgah sebab nak dikira logik, mesti tempat ni sedap sebab ramai yang duk berkerumun kat situ..

Konsep order kat situ unik sikit..biasanya tempat lain customer yang tunjuk2 lauk ape yang mereka nak dan penjual akan bungkuskan..kat sini, penjual akan bugkuskan nasi, customer sendiri akan ambik lauk2 yang mereka suka..aku tengok banyak pilihan lauk yang ada dan semua sedap2..yang paling special aku tengok ialah rendang kambing yang biasanya akan habis dulu..kalau nak ikutkan semua lauk pun besh2..tetapi biasanya favourite aku ialah daging ataupun ayam..sambal die lak tak terlalu pedas, memang selera satu Malaysia..patutlah, aku tengok kebanyakan customer yang datang ramai berbangsa cina sebab biasanya cina memang tak ramai yang tahan pedas..heh..

So, lokasi dia kalau korang nak tahu, di Sri Petaling berdepan dengan Secret Resepi..aku tak perasan lak jalan apa tapi lokasi die betul2 tepi jalan....kat situ banyak shoplots dan bank2..so kepada sesiapa nak mencuba, mungkin Secret Resipi boleh menjadi sebagai landmark die..aku nih kalau bab nak beritahu direction memang failed!...hehehe..

Ok, layankan pic2 yang aku berjaya snap tadi..kebetulan hari ni aku pegi lambat so tak ramai orang..biasanya, memang tak nampak muka penjual die sebab ramai yang berkerumun..kepada Aini, sowie beb tadi tak msg ko ajak pegi sini..aku ingatkan ko tak nak pegi sebab kalau tak pagi2 dah msg aku kalau nak ikut..maybe kite leh setkan next week..yang penting hari ni puas hati dapat makan nasi lemak lagi..ni maunya kenyang sampai ke petang….weee….

Adios..

yang ni lauk daging..sambal dia nmpk macam pedas tapi so-so jek..

mak cik ni ngah stanby tunggu customer...tak perasan aku ngah snap pic die...selalunya mmg x nmpk mak cik ni sebab sume org duk berkerumun jek....

konsep sini, customer sendiri yang akan pilih lauk pauk..memang besh sebab bleh amik banyak2..huhuhu..




Saturday, January 23, 2010

"Fantasi Oh Realiti"






Kata-kata ‘Dunia ini pentas sandiwara dan kita manusia adalah pelakon-pelakonnya’ didapati ada kebenarannya…sedar tidak sedar..dalam kehidupan sehari2 semua orang adalah pelakon yang hebat..tidak kiralah berlakon atas dasar dan watak apa..kadang2 kita menjadi diri sendiri..kadang2 kita menjadi orang lain..dan kadang2 kita langsung tidak sedar watak apa yang kita mainkan…kita mungkin boleh menjadi orang lain dengan berlakon tetapi hakikatnya kita hanya mampu menipu diri sendiri kerana selama manakah seseorang itu mampu bertahan dengan menjadi pelakon di realiti sebenar?..

Kadang2 kita tidak mampu menidakkan perasaan sendiri dan keinginan sendiri walaupun tahu ianya sukar dicapai..kadang2 kita hanya mampu berfantasi tentang apa yang mustahil dan berharap sesuatu yang mustahil itu akan menjadi kenyataan..manusia tidak boleh lari dari menjadi hipokrit..kadang2 kita perlu menjadi hipokrit untuk kepentingan diri  dan menjaga hati orang lain sedangkan kemahuan sendiri terabai..agak menyakitkan tapi itulah norma biasa yang pelu dilalui oleh semua orang…

Persoalannya minda kita tidak pernah merdeka dari dijajah oleh naluri diri yang selalu memberontak..akhirnya kita menjadi tewas dengan kehendak naluri dan membiarkan diri hanyut dalam situasi...sudah lumrah manusia tidak pernah merasa puas dengan apa yang sudah digenggaman dan ingin mencuba sesuatu yang di luar jangkawan…sejauh mana usaha itu berbaloi bergantung kepada kepercayaan diri mengikut gerak hati masing2..

kita kadangkala merasakan dunia realiti ini amat memeritkan…lalu kita cuba menyelinap, hidup mekar di alam fantasi dan mencari ruang2 yang boleh menjadi pemangkin semangat…namun ketahuilah kadang2 di alam fantasi juga tidak berakhir dengan suasana bahagia…kadang2 lebih memeritkan dari dunia realiti yang sebenar…hanya yang kuat mampu tiba ke destinasi dan yang lemah akan tewas sebelum mereka sedar dunia fantasi hanyalah kebahagiaan palsu yang penuh kepura-puraan…jadi berpijak lah di dunia yang nyata dan sentiasa percaya kepada naluri dan gerak hati kerana itu yang membezakan realiti atau fantasi....

Adios…






Monday, January 18, 2010

It’s all about waiting….


Entry kali ni aku nak cerita tentang experience aku time wat passport kat Pejabat Imegresen PKNS, Shah Alam..kalau korang nak tau..next month aku akan ke bandung…bukan senang rupanya…macam2 nak kena setelkan start dari penginapan, supir, dan yang paling penting ialah passport....berbalik kepada experience aku…cam nak fengsan je rasanye menunggu hari ni..cite aku ni actually bersambung dari entri yang lepas...sebelum ni aku ade mentioned yang aku akan pegi ke Plaza PKNS utk buat passport.actually, memang last week pun dah pegi..tapi  terlambat..sampai je Imegresen dah kul 9 lebih..lepas ambik photo ngan fotostat IC baru nak hegeh2 pegi queue ambik nombor giliran…setengah jam queue orang depan bgtau yang nombor gilirin dah habis..memang frust gile rasenya..so, balik ngan tangan kosong jek..

so, minggu ni memang dah plan nak bangun awal pagi dan beratur sebelum pintu Imegresen bukak…punya gigih aku set jam kul 6.45 am walaupun kul 2.30 am baru mata aku ni nak mengantuk…sedar2 aku tengok kat luar dah cerah….alamak..terus capai hp kat bawah bantal tgk dah kul 7.30 am...rupa2 nya aku dah tersilap set jam...punyela sengal…ape lagi terbang laa aku sekejap..laju2 mandi dan siap2…tak sampai 30 min kitorang dah kat dalam kereta..

Sampai je plaza PKNS, laju2 aku naik dulu sementara en hubby pegi cari parking..punye laa semangat nak beratur ambik nombor..smpai je sana tengok dari jauh je aku dah tepuk dahi..alamak..kul 8.15 am  pun orang dah ramai penuh sesak..dah gaya nak pegi mengundi dah....felik aku sekejap..yang tengah queue utk ambik nombor giliran je barisan dia dah sama panjang ngan LRT dah...ngeee…takkan laa diorg ni berkhemah dari semalam kot…membara jap aku..

So, aku citekan sikit total masa aku duk menunggu…beratur nak ambik no giliran je satu jam..naik kejung kaki aku dibuatnya…ngam2 aku beratur 8.15 am, 9.15 am baru dapat nombor giliran kalo korang nak tau my lucky number for today is 4135..en hubby lak 4136.. (leh laa sape2 nak beli...ngeh2)....sampai je kat kaunter pegawai tu beritahu jap lagi kaunter dah nak tutup sebab nombor giliran dah nak habis..fuh lega…nasib baik sempat…kalau tak balik sia2 je macam last week… dapat jek nombor giliran memang lama lagi laa..ade lagi lebih kurang 100 orang menunggu..lari jap pi sarapan kat bawah..naik2 tengok nombor still lambat lagi…memang lenguh nak menunggu..macam2 aksi dah aku wat time duk menunggu tu..dah naik keras dah badan aku duk kat kerusi yg tak berapa nak empuk tuh..tunggu punya tunggu…kul 11.15 am baru dapat pegi kaunter..urusan kat kaunter tu sebenarnya tak sampai pun 5 minit…nak menunggu je yang lama..lepas urusan dah setel kat sana aku diminta tunggu lagi kat kaunter lain untuk bayaran..dapat je resit..kena dtg balik 12.45 pm untuk collect passport..kena tunggu lagi lebih kurang 2 jam..isk isk…

yang geramnya..en hubby aku tak lepas nak buat passport sebab dokumen tak cukup...kata pegawai tu..en hubby asal dari Sarawak, so kena bawak sekali surat beranak..aku baca syarat2 tak ada lak inform...time beratur kat kaunter nombor giliran tadi pun tak ade lak pegawai tu inform even die dah cek dulu form sebelum beri nombor giliran..hurm..en hubby pun ape lagi…angin kus2 sudah datang..muka pun dah naik merah padam dah..die pun dah lupa sebenarnya surat beranak ada lagi ke tak..kata pegawai tu even surat beranak ada, proses untuk bumiputera sabah dan Sarawak ni akan makan masa seminggu…aku pun heran gak ape sangat beza diorg ngan org semenanjung..sume ade mykad ape..nak tak nak..terpaksa la en hubby tunggu mak die pos kan surat beranak..tak de laa rezeki dia nak dapat passport hari ni..hangin jek die time aku duk tayang2 passport aku..siap ugut2 tak kasi aku pegi kalo die tak dapat pegi..ahaks..

so hari ni kalau nak congak2 total aku menunggu ada laa 5 jam lebih...maybe bagi sesetengah orang anggap tak lama tapi bagi aku yang melaluinya nih mcm nak fengsan gak la dibuatnya..syukur semua dah setle...cuma en hubby jek yg duk tensen sebab nak kena melalui nye sekali lagi..pesanan aku untuk korang yang 1st time nak buat passport..pls come early..prepare mentally and physically sebab sedikit sebanyak korang akan merasa stress nya..

Adioss…


Saturday, January 16, 2010

Back To School





Ngeee…esok bermula lah hari aku balik ke sekolah selepas cuti sem..bosan memang la bosan sebab kelas hari sabtu..pagi lak tu start kul 9am-12pm..yang tak bestnye, kelas pengajian Malaysia...belajar lak tentang sejarah Malaysia.....ngeee….horror…sangat tak suke…dah laa sejarah subjek paling aku tak suke kat sekolah..memang harus laa aku datang sediakan bantal ngan tilam..cari port kat belakang then zZZZzzZZZzz..tido sudah...huhu


kalo korang nak tau subjek ni aku repeat..di ulang..REPEAT paper sebab dapat D+..gile sengalkan??..macam laa aku lahir kat oversea sampai sejarah Malaysia pun boleh tak pass?..so, menurut academic affairs, aku tak dibenarkan graduate untuk result D+ aku tuh....sob sob...subjek programming lain punye laa nak score…sejarah Malaysia dapat D..gile sengal kan?..hahaha…nak wat camne, aku part2 membaca ni memang lemah sket..tambah2 lagi nak belajar part2 perlembagaan Malaysia..maunya aku tido dalam kelas..…ngeh2..


mula2 macam nk ponteng je kelas sebab macam bosan je nak gi kelas yg pertama..tup2 tadi lecturer sendiri yang call..goyang jap..mesti die pun riso takut student2 die pakat2 tak nak datang..tak kan die nak ngajar meja ngan kerusi je..hehehe..nak tak nak terpaksa laa aku pegi..baru jek terfikir nak bangun lambat sket sok…sob sob..


hmm..ni pun baru jek habis print notes yang lecturer dah post kat courseware..so¸layankan je laa kelas esok..kalo busan..aku ZzzZzzzz jek kat blakang..harap2 tak kantoi la kan..ngeh2…okeh, sampai jumpa lagi untuk next entry...


Adiosss..






Thursday, January 14, 2010

Jom Makan2 di Asam House




Antara tempat makan port favorite aku ialah di IOI Mall, Puchong iaitu Asam House..kalau aku berkunjung  ke IOI Mall, aku memang tak akan lepaskan peluang untuk makan2 di Asam House ni..location die memang senang..pergi ke old wings ioi di tingkat 3, lokasi bersebelahan dengan GSC…bercerita tentang restauran Asam House ini, mula2 aku agak cuak bila melihat semua cina yang makan kat situ..makanan2 yang ada pun kebanyakan masakan cina..tapi bila aku tengok sijil pengesahan halal yang dilekatkan di kaunter sebagai bukti, aku tergerak untuk mencuba..tambahan lagi bile aku lihat makin ramai orang2 melayu yang menjamu selera kat sana…

Konsep pesanan di Asam House ini unik sedikit dari tempat2 lain..restaurat ni tak perlu susah2 nak meyediakan menu booklet sebab semua nya sudah terpampang besar di dinding berserta nombor....jadi, pelanggan cuma boleh order menu yang mereka nampak di dinding..agak banyak pilihan menu sebenarnya lebih kurang dalam tiga puluh pilihan masakan yang kebanyakannya masakan Cina…menu masakan asamnya tidak terhad kepada asam laksa, tetapi turut disajikan juga masakan asam kering yang menyerupai sambal seperti sotong asam atau udang asam yang boleh diminta untuk dimasak dengan petai…adunan asamnya secukup rasa dan memang menambat selera..

selepas memilih menu, pengunjung mestilah beratur dan beritahu pesanan mereka di kaunter..konsep restauran ni ialah bayar dulu sebelum makan..selepas membayar harga makanan, pelanggan akan diberikan nombor dan pesanan akan dihantar terus ke meja.. satu perkara yang aku ingin puji mengenai restaurant Asam House ini ialah servisnya yang pantas..pelanggan tidak perlu menunggu lama sebelum pesanan mereka di hantar ke meja masing2..selain itu harganya juga berpatutan dan rasa masakannya begitu lazat dan menyelerakan..

So, ape menu yang special kat sini?..hmm..bagi aku sendiri, yang paling aku suka ialah tomyam…tomyam di Asam House berlainan sedikit rasanya berbanding tomyam yang sering dihidangkan di kebanyakan restoran makanan thai yang lain..tomyam di sini agak pedas dan manis yang mana boleh membuat korang menangis tetapi rasa sedapnya akan membuat pelanggan ingin mencuba lagi walaupun agak menyeksakan…restoran ini juga menghidangkan bubur nasi dan mee berkuah jika ingin mencuba sesuatu yang berlainan…

Selain daripada itu, antara hidangan sampingan yang menarik di sini termasuk makanan ringan seperti cucur udang kuih keladi serta berbagai jenis manisan bubur termasuk bubur kacang hijau, bubur pulut hitam dan bubur cha cha yang popular di Pulau Pinang….Asam House pandai mengolah rasa makanannya agar tidak terlalu manis walaupun hidangan itu pencuci mulut supaya kena dengan selera pelanggan yg tidak gemar makanan manis…

Budget untuk seorang makan di Asam House dengan satu hidangan dan minuman ialah dalam lingkungan RM10….a very good deal untuk menu2 yang ditawarkan di Asam House…bagi aku, restauran Asam House ni menjadi salah satu favorite kerana resipi masakannya yang cemerlang, servisnya yang cepat dan pantas  di samping rasa masakannya yang begitu lazat dan membangkitkan selera…korang kena datang sendiri dan mencuba menu2 yang ada di sini kerana “Tak kenal maka tak cinta”…

Adios..



 


nasi putih ngan sambal udang petai...terbaekk..

ini laa tomyam yang menjadi favorite aku..sgt pedas tp solapp..


   



Wednesday, January 13, 2010

Cerita tentang Mood






Bercerita tentang mood manusia, ade pelbagai dan berubah2 ..jika korang perasan benda yang paling banyak berubah dalam diri manusia adalah mood…mood boleh berubah2 mengikut kadar perubahan hormon dan perasaan dalam diri seseorang itu…boleh dikatakan dalam sehari paling sikit 5 kali mood kita akan berubah2..tak kira lah sedih, gembira, terharu, marah, malu, tak sabar, bosan dan banyak lagi..sebenarnya, keunikan manusia itu sendiri datang dari emosi atau mood mereka…secara tak langsung juga ia akan menyerlahkan personaliti seseorang itu..mengikut pakar, mereka telah berjaya mengkategorikan personaliti manusia mengikut kumpulan2:


i) Driver / Pemaksa
- sangat fokus kepada sesuatu objektif
- tahu apa yang diingini dan bagaimana mendapatkannya
- berinteraksi dengan cepat dan pantas ke arah tujuan sebenar
- bersetuju dengan “matlamat menghalalkan cara”
- rajin, bertenaga, kurang malu


ii) Expressive / Penunjuk
- seorang jurujual secara semulajadi atau pencerita
- seorang yang sangat ramah dan mesra
- seorang pemberi motivasi yang baik, boleh berinteraksi dengan senang
- selalu tokok tambah cerita, melebih-lebihkan dan tiada fakta
- gemar bercakap tapi tidak membuat


iii) Amiable / Si Bersopan-santun
- sangat baik hati dan mengelak dari konflik
- boleh menyesuaikan diri dalam banyak keadaan
- bermasalah dalam membuat keputusan
- suka kepada seni, sajak dan sangat sensitif
- pendiam dan bercakap lembut


iv) Analytical / Pemikir
- sangat suka kepada perkara-perkara kecil
- tidak boleh buat keputusan tanpa fakta yang mencukupi
- selalunya sangat baik dari segi pengiraan atau pembuatan
- sangat kritikal
- suka menjangka perkara buruk
- percaya pada pandangan sendiri


Jadi, korang rasa ape faedah untuk kita mengenali personaliti yang wujud dalam diri manusia?..sebenarnya ia boleh membantu kita untuk menerima hakikat bahawa dalam hidup kita, kita tidak boleh lari dari konflik…banyak cara kita menangani konflik dan seteruk mana konflik itu berlaku banyak kaitannya dengan pemahaman kita pada konsep 4 personaliti ini..bagi aku cara menyelesaikan konflik dapat mengurangkan damage yang berlaku atas kita sendiri atau orang2 sekeliling kita sendiri…


Sedar tak sedar mood kita pada masa tu mempengaruhi tindakan yg kite buat…contohnya kalau mood lapar, mesti kita makan..kalau mood marah..ade silap sikit je macam nak bagi penumbuk kat semua orang..begitu juga dengan mood sedih..kita rasa macam nak menangis dan banyak lagi contoh mood2 yang akan mempengaruhi tindakan kita..jadi bagi aku, korang kena kenali diri sendiri untuk menganalisa mood2 yang datang sebelum kite dapat memahami mood orang2 di sekeliling kita…dengan ini, secara tidak langsung, kite dapat mengurangkan impak mood yang kurang baik kesan dari konflik dalam diri kita dan orang2 sekeliling kita..


Adioss..









Sunday, January 10, 2010



Sudah agak lama aku tak update blog kesayangan aku ni..bukan nya ape…minggu pertama 2010 agak memenatkan bagi aku..mane tidaknya..lima hari berturut2 aku ditugaskan di tempat yg berbeza…bayangkanlah...isnin aku bertugas di Menara TM, selasa di Taman Tun, rabu di Kelana Jaya, khamis di Semarak then jumaat di Taman Tun…terasa macam puak nomad yang hidupnya berpindah randah…tapi kalau difikirkan balik nak buat macam mana..tuntutan kerja melebihi segalanya..dengan rasa komitmen dan komited aku terpaksa hadapi..


Permulaan 2010 beberapa perkara berlaku dalam hidup aku..selasa aku mendapat berita aku bakal ditugaskan balik ke Taman Tun..berita yang sudah dijangka dan menjadi kenyataan..sedih gak memikirkan nya kerana aku enjoy di tempat sekarang sementelah ofis sekarang ni pun berhampiran je dengan Universiti aku belajar..lepas ni susah lah aku nk berulang alik dari ofis ke kelas selepas habis waktu kerja..hmm..satu cabaran baru untuk aku di permulaan tahun 2010..


Khamis adalah hari yg agak menggembirakan untuk aku...begitu berbaloi kerana usaha keras aku membuahkan hasil..actually aku dah lama tinggalkan study since tahun 2004..time tu memang tidak berfikir panjang untuk habiskan belajar…fikiran belum matang ditambah pula dengan bebanan masalah yg tak tertanggung rasanya pd masa itu..selepas lebih kurang 5 tahun baru hati aku tergerak untuk sambung study..nasib baik university tempat aku belajar membenarkan student2 lama menyambung semula pengajian yg tertangguh..so, mmg rezeki aku..aku still ada beberapa subjek major dan project paper sebelum graduate..aku sangat happy bila mendapat result A dalam subjek major iaitu information retrieval…boleh dikatakan agak lama aku berhenti belajar lebih kurang 5 tahun…agak susah untuk catch up balik ape yang dah tertinggal tetapi aku cuba…keputusan yg tidak aku sangka2 tetapi rasa berbaloi dengan semua pengorbanan masa dan tenaga aku selama ini…


Jumaat pula hari blurr aku dan agak memalukan..maybe sebab sudah 5 hari ke sana sini aku nyaris2 jatuh longkang tidak jauh dari rumah aku..malam tu aku pulang agak lewat..keadaan jalan tu agak licin selepas hujan..nasib baik tak tergolek dog aku dlm longkang..tambah memalukan, tak jauh dari tempat aku nak tergolek tu ade grup lelaki tgh lepak2..malu nye aku...ape lagi..diorg bantai gelak kat aku..hampeh betul…merah padam muka aku menahan malu tapi aku cuba berlagak selamba..control cun tapi dalam hati macam nk menyumpah je..isk isk..ni sume gara2 “terkesima”…hurmmm…


Sabtu seperti biasa..aktiviti bebas..bangun awal pagi..kemas2 rumah..brekfes aku hari ni cukup dengan nestume 3 in 1 je..then masak2..menu aku hari ni simple je..punye la kemalasan melanda aku nk turun bawah beli lauk untuk masak..aku grab ape yg ade je kat dapur..sap sap..dah siap menu kemalasan aku hari ni..(sambal sardine, telur dadar, sayur kubis goreng, ikan masin n old time favorite aku iaitu “budu”)..belasah je laa janji boleh dimakan..nasib baik en hubby aku tak cerewet..makan je ape yg ade…petang ni plan pegi jogging n main badminton..itu la salah satu aktiviti kami hujung minggu..badan pun rasenye dah kembang setaman dah..kena laa exercise sikit..sekarang 57kg..nak kena kurangkan lagi beberapa kg untuk mencapai berat ideal..salah satu azam baru aku tahun nie…


Ahad plan aku buat passport kat plaza PKNS, shah alam..tempat ni tak de lah jauh sangat dari rumah aku…menariknya, dekat sana ada pejabat Imegresen yg dibuka pd sabtu dan ahad..actually, next month aku ade trip to bandung..busy sgt sampai tak sempat lagi nk buat passport..hopefully nama aku tiada dlm senarai hitam imegresen yg meminjam ptptn…walaupun aku dah start bayar sikit2, rasa risau tetap ada…mane tahu nama aku ade dlm list even aku dah check secara online nama aku masih clear lagi..so, hopefully semua berjalan dengan lancar..


Hurmm..aku rase tu saje corat coret aku untuk minggu ni..aku akan sentiasa update kalau ade perkembangan terbaru..sampai jumpa lagi untuk next entry…Adios…

Lauk malas aku hari ni..(sambal sardine, telur dadar, sayur kubis goreng, ikan masin n old time favorite aku iaitu “budu”)





 

Monday, January 4, 2010

Cerita tentang "DIET"


 


Entry kali ni aku nak cite pasal diet…aku tau sempena tahun baru ni ramai yang pasang azam baru nak die termasuk la aku sendiri...macam adik aku dalam blog die http://mypreciouseezmo.blogspot.com terang2 dah bgtau salah satu azam tahun baru nak kurangkan 10kg…aku tau ramai je kat luar sana yg nk diet tapi tak tahu macam mana nak start…kalo korang google  kat internet memang banyak tips2 diet yg ada sampai  korang tak tahu mane satu yg berkesan..so, kepada mereka yang masih mencari tips2 diet yg berkesan, boleh cuba tips seperti yg di bawah ni…tips ni dinamakan GM diet…tips ni sebenarnye develop by kakitangan General Motors untuk diorg punya staff dan family members..target loss nye sekitar 1—17 lbs seminggu..tapi effectiveness die depend gak samaada korang betul2 ikut 100% atau tidak..sebelum aku share tips ni ngan korang, aku nak beritahu keberkesanan diet nie mmg dah diakui oleh kawan aku sendiri yang dah mencuba diet ini..believe it or not?..dlm masa seminggu die boleh kurangkan sebnyak 5kg…hebat kan??..so, mesti korang tak sabar rasanya nak tahu rahsia diet GM ni..sama2 kite kongsi...


During the first seven days you must abstain from all alcohol
You must drink 10 glasses of water each day

 
Day One All fruits except bananas. Your first day will consist of all the fruits you want. It is strongly suggested that you consume lots of melons the first day. Especially watermelon and a loupe. If you limit your fruit consumption to melons, your chances of losing three lbs. on first day are very good.

Day Two All vegetables. You are encouraged to eat until you are stuffed with all the raw or cooked vegetables of your choice. There is no limit on the amount or type. For your complex carbohydrate, you will start day two with a large baked potato for breakfast. You may top the potato with one pat of butter. 

Day Three A mixture of fruits and vegetables of your choice. Any amount, any quantity. No bananas yet. No potatoes today. 

Day Four Bananas and milk. Today you will eat as many as eight bananas and drink three glasses of milk. This will be combined with the special soup which may be eaten in limited quantities. 

Day Five Today is feast day. You will eat beef and tomatoes. Eat two 10 oz. portions of lean beef. 
Hamburger is OK. Combine this with six whole tomatoes. On day five you must increase your water intake by one quart. This is to cleanse your system of the uric acid you will be producing. 

Day Six Beef and vegetables. Today you may eat an unlimited amount of beef and vegetables. Eat to your hearts content. 
Day Seven Today your food intake will consist of brown rice, fruit juices and all the vegetables you care to consume.


How and Why It Works

Day One you are preparing your system for the upcoming programme. Your only source of nutrition is fresh or canned fruits. Fruits are nature's perfect food. They provide everything you could possibly want to sustain life except total balance and variety.  

Day Two starts with a fix of complex carbo-hydrates coupled with an oil dose. This is taken in the morning for energy and balance. The rest of day two consists of vegetables which are virtually calorie free and provide essential nutrients and fibre. 

Day Three, eliminates the potato because you get your carbohydrates from the fruits. You system is now prepared to start burning excess pounds. You will still have cravings which should start to diminish by day four. 
Day Four, bananas, milk and soup sound the strangest and least desirable. You're in for a surprise. You probably will not eat all the bananas allowed. But they are there for the potassium you have lost and the sodium you may have missed the past three days. You will notice a definite loss of desire for sweets. You will be surprised how easy this day will go. 

Day Five, Beef and tomatoes. The beef is for iron and proteins, the tomatoes are for digestion and fibre. Lots and lots of water purifies your system. You should notice colourless urine today. Your allowance calls for the equivalent of five "quarter ponders". Do not feel you have to eat all this beef. You must eat the six tomatoes. 

Day Six is similar to day five, Iron and proteins from beef, Vitamins and fibre from vegetables. By now your system is in a total weight loss inclination. There should be a noticeable difference in the way you look today, compared to day one. 

Day Seven finished off the program like a good cigar used to finish off Victorian meals, except much healthier. You have your system under control and it should thank you for the flushing and cleaning you just gave it.  


Additional Comments
Vegetables as may be taken in the form of a salad if desired. No dressing except malt, white or wine vinegar, squeezed lemon, garlic, herbs. No more than one tea spoon of oil. 

G.M.'S Wonder Soup
The following soup is intended as a supplement to your diet. It can be eaten any time of the day in virtually unlimited quantities. You are encouraged to consume large quantities of this soup.
28 oz, Water, 6 Large Onions, 2 Green Peppers, Whole Tomatoes (fresh or canned), 1 Head Cabbage, 1 Bunch Celery, 4 Envelopes Lipton Onion Soup Mix, Herbs and Flavouring as desired.

You have been given a recipe for the WONDER SOUP which can be eaten in unlimited quantities. This soup is a supplement while you are on the program and it should be a pleasure to eat. Not everyone likes cabbage, green peppers, calory etc. This recipe is not inflexible. You may substitute vegetables according to your taste. You may add any vegetables you like: asparagus, peas, corn, turnips, green beans, cauliflower, etc. Try to stay away from beans (lima, pinto, kidney, etc.), however, because they tend to be high in calories even though they are very good for you.
Beverages you may consume while on the program :
  1. Water (flavoured with lemon/lime if desired).
  2. Club Soda is OK.
  3. Black Coffee. No cream or cream substitute. No sugar or sweetness.
  4. Black Tea = Herb or Leaf.
  5. Absolutely nothing else except the fruit juices which are part of day seven. No fruit juices before day seven.

Nampak macam senang kan?...tapi setiap kaedah yang kita ada mesti disertakan dengan usaha yang gigih baru membuahkan hasil yg baik..sama gak ngan diet ni..semangat je belum cukup…you need to be very strong and focus with your aim…lambat laun korang akan nampak hasilnya…lastly, aku nak ucapkan selamat berjaya kepada sesiapa yg berani nak mencuba diet ni..

Adios...





Related Posts with Thumbnails