BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, December 26, 2010

Akhirnya aku merdeka..


Agak tunggang langgang life aku dlm 2/3 minggu kebelakangan ni..boleh dikatakan hampir setiap hari aku tak cukup tido..mana dengan nak siapkan final projek aku, dengan aktiviti sukan dan aktiviti2 sosial yg lain..huh, mmg tulang aku ni dah bertukar jadi besi, urat lak dah jadi dawai..

Last week ialah hari presentation viva utk projek system aku..agak kelam kabut menyiapkan website yg mmg gila last minute aku siapkan…bayangkan,aku kena present hari isnin, sabtu malam baru aku nak start buat..nasib baek ade classmate yg amat memahami dan rajin membantu..sanggup aku berkampung kat TM IT Complex kat Cyberjaya untuk siapkan website aku smp 3 pagi..actually classmate aku keje server hosting kat cyberjaya dan shift dia mmg dr 7mlm-7 pagi..so, itu je laa masa yg ada untuk tlg apa yg patut..aku tak lepaskan peluang cedok segala ilmu yg ada..dengan gunakan application joomla, menjadi jugak website aku akhirnya..bukan website gempak pun, tu pun jenuh aku nak siapkan dlm masa x smp 2 hari...leh cek website aku ni kat www.myrecipe2u.com/recipe

Disebabkan aku mmg suka memasak, timbul idea untuk buat website psl masakan utk final projek aku ni..website aku ni mcm portal resipi je..user boleh register jd mmber dan boleh publish resipi, bagi rating dan hantar komen..simple jek tp yg paling jenuh nak menyiapkan report yg berkajang2..fuhhh..

Gugup gak menjelang hari presentation tapi disebabkan pengalaman dlm cust service dah lama, cukup untuk membantu aku di hari presentation..semuanya berjalan lancar pada mulanya..agak lain viva kali ni sbb biasanya akan ade session one to one dengan moderator, so guna laptop je dah cukup..tapi kali ni ade 3 ahli panel dan satu moderator..nak tak nak, kena present kat depan kelas gunakan projector..

Tak banyak komen untuk website aku cuma aku diminta terangkan tentang originality dan kenapa website aku berbeza dr yg berlambak kat internet..tak sempat aku nak terangkan details, moderator dah test aku untuk create satu lagi module dlm website aku..maybe untuk test betul ke aku yg develop website tu..tak smp seminit aku berjaya siapkan…moderator tu beralih kepada report..

Huh, disebabkan website aku tak banyak benda untuk dikomen, report aku teruk kena hentam..aku akui mmg report aku agak contradict dgn system..sah2 report aku dah hantar dulu sebelum siapkan actual website, of course sume input dan print screen dah lain....agak terkulat2 aku nak menepis segala komen dr nya..smp font size pun dia nak komplen?..adoyai..last2 dia bagi aku masa seminggu untuk betulkan…huh, terduduk aku kejap, aku igtkan dah boleh merdeka lps presentation alih2 lagi berganda kerja aku..yg lawaknya lps teruk kena hentam sebelum aku keluar dr bilik presentation, moderator tu siap mintak maaf lagi kalo berkasar dengan aku..motif??..baru ko sedar ke yg ko agak ‘harsh’ dengan aku?..laju2 aku jawab langsung tak ambik hati sebab sbg student kena laa terima teguran dan kritikan..seronok gak dpt paku balik lecturer tu..terkulat2 aku tgk muka dia..puas hati aku..hahaha..

Smlm,  lepas seminggu berjaya gak aku siapkan report yg kena betulkan balik...baru terasa yg diri aku dah merdeka..betul2 puas sebab akhirnya dapat gak aku completekan subjek utk degree aku yg dah tersangat2 lama tertangguh..kalau tak ada aral melintang dan final paper aku ni tak fail, insyaallah nama aku dlm waiting list untuk konvokesyen tahun depan..huh, akhirnya terasa berbaloi segala usaha aku selama ni..terasa ringan bahu dari segala beban dan tanggungjawab sbg student..aku betul2 happy sebab akhirnya aku dah merdeka!!...mungkin org lain dah celebrate saat2 ni bertahun2 lepas, tapi bagi aku tak kisah cepat atau lambat, yg penting aku puas kerana pengorbanan aku berbaloi..bukan masa jadi ukuran, yg penting kita harus sentiasa percaya pada diri yg kita boleh lakukan apa saja selagi kita percaya pada diri sendiri kerana lambat laun kita akan nampak segala hasilnya…

Adios..

Friday, December 10, 2010


Huh, pejam celik, pejam celik sekejap je masa berlalu..2010 pun hampir melabuhkan tirai..So, apa ada dengan 8hb December?..yet, another year older or younger?..huh, tak sangka aku dah hampir mendekati angka 3 series..banyak lagi impian belum tercapai..banyak lagi cita2 belum digapai..mampu ke aku merealisasikan semua itu?..hanya masa menentukan..hanya usaha memungkinkan..

Bermulanya tahun baru dan meningkatnya usia, semua pun akan mula memasang azam baru…sudah terlampau sinonim  pasang azam di tahun baru..lebih geli hati bila ada yg memasang azam tahun ini adalah untuk melengkapkan azam2 tahun lepas..apakah?..

Bagi aku, just follow the flow..bagi aku penting untuk kita untuk meletakkan target tapi perlu mengukur baju di badan sendiri..buat apa meletakkan target untuk apa yg kita tahu tidak mampu?..bila apa yang dirancang tidak menjadi seperti yg sepatutnya, sendiri yg frust hingga mengabaikan perkara2 lain yg jauh lebih penting..terngiang2 kata2 lecturer aku, kita kena selalu ada back up plan, bila sesuatu yg dirancang tidak menjadi, just move on..Insyaallah apa yg dikasikan untuk kita akan lebih baik dari itu..

Aku cuma berharap agar hari2 yg mendatang akan lebih baik dari sebelumnya..first thing in mind, by next year aku mesti punya ijazah sendiri…sudah terlalu lama dan sudah tersangat hampir..tunggu sebelah kaki saja lagi pending untuk melangkah..hampir satu dekad aku mengambil masa untuk habiskan degree....mungkin org di luar sana boleh habiskan PHD dlm jangkamasa yg sama tp biarlah aku bertatih dr terus berlari.. jangkamasa yg lama tapi banyak pahit manis untuk dikenang..semua akan aku simpan dlm lipatan memori..

Pengalaman mmg banyak mematangkan aku..sudah cukup bertuah dikelingini oleh orang2 tersayang dan kawan2 happening..walaupun tidak mewah, sudah cukup membahagiakan..walaupun hakikatnya , manusia tidak pernah puas dengan sesuatu, aku sentiasa belajar untuk menjadi lebih baik..aku tidak bangga dengan siapa diri aku sekarang, masih banyak kekurangan, masih banyak yg perlu diperbaiki..bukan ingin menggunakan tiket “nobody’s perfect”..hakikatnya tiada manusia yg sempurna..yg penting niat dan usaha untuk menjadi yg terbaik..Insyaallah..

Bday tahun ni en hubby beria nak ajak kawan2 karok dan celebrate sekali..even x ramai yg dtg tp still happening..yg penting ada  sesuatu untuk dikenang...thanks kepada kengkawan yg dtg mlm tu..u guys really rock the day!!..

Piccas






Adios..



Monday, November 29, 2010

Rumahku kena serang!!..


Deepavali dah, aidiladha pun dah..blog aku lak still bersawang..bukan aku tak  nak  update cite2 terbaru, idea mcm dah tersekat..otak mcm dah jammed..masa lak begitu mencemburui aku..(alas an, heh)..

Actually baru2 ni rumah  aku kena serang..seminggu lebih gak aku jadi tawanan perang dalam rumah aku sendiri..jgn suspen dulu, bukan kena serang dengan pengganas..tp kena serang dgn anak2 buah aku (otromen 3) yg dtg nun jauh dr Terengganu..bersama2 otromen ber-3 nih, kakak aku, mak aku (gelaran manja che mok) & abah aku pun turun sekali..dah bosan agaknya nak beraya kat kg, sume pakat2 dtg KL untuk rasa rasa beraya di perantauan..so secara otomatiknya raya haji tahun ni aku tak perlu balik kg sebab separuh dr family aku dtg KL..terbaekk kan?..

Kenapa gelaran otromen?..huhu, lupa lak aku nak cerita yg anak2 buah dr kakak aku srg ni sume lelaki..disasternya?..huh, toksah ckp la..dah nama bdk2..lelaki lak tu mmg bukak mata je subjek utama ialah…”MAIN”…yg si abang usik si adik, yg si adik cuit si abang..mcm2 ragam, mcm2 peel..rumah aku yg biasanya sunyi ni riuh rendah jadinya dgn adanya mereka..mengapa otromen?..huhu, aku pun tak tahu nape anak2 buah aku yg ber3 ni sangat obses dengan otromen..pantang tengok patung otromen, mainan otromen, ape2 lah yg berasaskan otromen dr sekecik2 umat hingga sebesor2 alam, bleh hysteria kalo tak dapat..

Dalam ke disaster an diorg tu biasalah..aku still terhibur ngan telatah2 mereka..kesian gak tgk kakak aku seorang diri menguruskan otromen ber3 nih..mmg sangat memerlukan kesabaran dan ketahanan mental yg tinggi.jiwa mmg kena kental habis...aku sangat “salute” dan tabik “spring” aku pada dia..aku harap dia akan terus dan sentiasa tabah menghadapi karenah mereka..moga mereka membesar menjadi anak2 yg soleh dan mampu membahagiakan mummy mereka satu masa nanti..Insyaallah..

Seminggu lebih di KL, sempat aku curi masa bawak family aku jalan2 di beberapa tempat..last week ahad, aku sempat bwk mereka ke bukit tinggi yg terletak di Pahang..itu pun secara kebetulan pegi sana untuk buat fotoshoot outdoor untuk album kawin chikot n fathil..so, aku ambik kesempatan untuk angkut family aku sekali makan angin kat sana..kejadian kelakar dan tak dpt aku lupa, kami terpaksa habiskan makanan dgn cepat sbb dah kena halau dengan security guard kat sana gara2 kitorang berkelah di tempat larangan..mmg procedure kat sana tak membenarkan pengunjung berkelah dan makan di tempat2 awam..logik sket laa, harga makanan kat sana mmg cekik darah pun..tempat cantik tapi tempat makan mcm foodcourt pun tak ada..nak jaga standard sangat laa kunun..takkan nk makan angin smp perut kembong je kot?..lagipun silap mereka tak letak papan tanda larangan mkn di tempat2 awam..so salah kami ke?..huh..

2nd time aku menjejak kaki ke bukit tinggi, agak teruja bila berpeluang ke taman jepun..yg bestnya bila dpt naik tren pengangkutan yg disediakan..seronok sbb time naik tuh angin ala2 dingin dan sepoi2 bahasa…udara lak mmg menyegarkan..sempat aku merasa pkai kimono dengan sewa RM20..agak mahal tp tutup sebelah mata je, dah dtg dr jauh, rasa ralat kalau tak mencuba pakaian tradisi org jepun itu..sakan aku diekori 2 photographer yg gigih snap pose2 aku dan cikot..dah rasa mcm artis pun ada..verangan sekejap..choii lah.

Malam raya time org lain sebok2 duk bakar lemang,dan rebus ketupat..aku lak ajak family aku ke I-city shah alam..kakak aku yg paling teruja nak bawak anak2 dia tgk beribu2 lampu neon yg mmg beraneka bentuk..yg kurang bestnya first time dulu aku pergi masih percuma, sekarang setiap kereta yg masuk akan di charge RM10..tak ada membebankan sangat , kalau mcm kami yg satu kereta sumbat smp 8 org termasuk kanak2 mmg dah agak berbaloi2 juga..mana pihak pengurusan nak dptkan duit cover untuk  maintainance tempat tu..satu malam bill eletrik konfem cecah ribu riban..so, aku no big deal sgt dgn bayaran RM10 tu..bukan nak ckp yg aku ni bnyk duit tp hello, kalo korang lepak kedai mamak pun x sedar order mkn n minum dah cecah RM10, so bg aku RM10 is nothing sgt lah..

Kalau nak ikutkan aku mmg jarang balik kg pd hari raya haji tapi tahun ni berlainan lah sambutan nya sbb separuh family aku kat sini..sambutan kat KL?..huh, sangat tak rasa raya nya..even aku tak dapat pun daging korban..yg penting pagi raya, bangun2 je dah terhidang masakan mak, “nasi minyak”..huh, mmg old time favorite, 10 hari mak aku kat sini mmg hancur diet aku..kalo 10 bulan mak aku kat sini, maunya 2 kali ganda berat aku dr skang..huh!..sempat aku bawak family aku beraya ke rumah kawan aku kat puncak jalil, balik tuh ajak diorg jalan2 kat IOI Mall..letih melayan karenah budak bertiga tapi puas bila tgk mereka gembira..

Sengaja aku ambik cuti raya haji ke 2 untuk bawak family aku jalan2..sempat ke s.alam wet world bawak budak bertiga nih mandi manda..agak seronok walau cuaca agak panas..bukan budak2 ni je teruja, dengan aku2 sekali terjebak mandi manda sampai naik kecut jari..even tak semeriah sunway lagoon, cukup laa utk lepas gian..sempat singgah tgk ikan besau kat akuarium sebelah wet world..maklum laa nak pegi aquaria reramai ni kurang ler mampu..fees sorang dah brape..nanti kalo untie lel korang ni dah loaded sket untie bwk korang pi aquaria  lak..tp kena janji jgn noti2…huhu…

Seminggu lebih family aku kat sini, agak syahdu time nak hantar diorg balek..dah laa aku jarang2 sekali balik kg..rasanya dah dkt 10 tahun aku hidup  merantau..nak ikutkan dlm setahun brape kali je aku smpt merasa masakan mak..bagilah apa saja, sanggup aku tolak asal dpt merasa masakan ibu sendiri..”the best in the world”..

**Akhirnya, rumahku kembali sepi..tiada lagi hiruk pikuk otromen bertiga..tiada lagi pekik lolong sergahan kepada mereka..tiada lagi bau masakan ibu di bucu katil..sesungguhnya, aku rindu saat2 itu..

Piccas

 bukit tinggi..

 2 geisha??..opsss...

 i-city..

 wet world..

aquaria..

 jenjalan raya..

Adios..

Wednesday, November 10, 2010



Ini bukan cerita dalam kelambu..bukan juga cerita merapu..ada usaha yang sia-sia gara2 kecelaruan mereka..salah di depan mata orang lain yang menjadi mangsa..adilkah dunia?..haruskah di perkotak katikkan segala hasil jerih perih kami?..siapa yang tak termuntah bila dipaksa menelan susu “basi”?..

Kadang2 mereka yang bijak pandai itu perlu faham kesusahan dan usaha orang lain juga..seperti biasa hanya perlu menurut dari merungut..timbal balik kena terbuka dari melara..kalih ke kanan sipi2, kalih ke kiri tersipu2..tembak tak kena, nak kata pun tak lalu, balik2 terkena diri sendiri..dalam lembut ada kerasnya, dalam putih ada hitamnya…dalam hati mereka kata ada aku kesah ke?..

Bak kata org2 tua, “kera di hutan di susukan, anak di rumah mati tak makan” bukan minta di bela tapi biar rasa mahal sedikit jiwa..biar terbiar dari berdiam…bukan sedikit hutang masa membayar kerja..bukan mudah batukan diri lengkapi segala usaha..perlu ada rasa, perlu ada jiwa, perlu ada harga..tapi bila ada yang tak kena mengapa kami saja yang perlu menjaja? tidak bolehkah raga di isi tanpa kami membeli? maruah diri tiadakah yang peduli? mengapa kami saja yang perlu tebalkan muka dan pekakkan telinga? mendabik dada menyatakan kami sanggup apa saja?

Bagilah berapa memang boleh saja..tiada kompromi..tapi bila makin di tarah makin menimbun perlu kah  hanya kami yg mengerti?..tarah di sana menimbun di sini..hasil tarahan kekal membukit..bumi di pijak belum nak landai, yang lain dah tanya bila giliran kami? Tak tolong tak sampai hati, dah tolong tak henti dikasi...bila lapar minta nasi, bila kenyang dikata dah basi..adat dunia bila senang lupa diri, bila susah baru mencari..

Bukan ingin mengeksploit, bukan niat memprovok..hati ada dalam tiada..jiwa lara dalam jaga..yg manis jadi tawar..yang pahit dah jadi selumbar..siapa nak pikul yang berat bila upahnya tak ada, sapa nak jinjing yg ringan bila isinya angin semata?..nak telan mati emak, nak luah mati bapa, jadi takkan nak kemam saja?..

**Ikut hati mati, ikut rasa binasa..perlu ke?..Huh!!...


Adios…


Sunday, October 31, 2010


Pergghhh..sampai hari ni badan aku masih sakit2 gara2 tournament badminton semalam..sebelum ni mmg aku agak aktif main badminton setiap minggu tapi hanya untuk suka2 dan keluarkan peluh…. dari suka2 terjebak masuk kejohanan badminton antara QAS kat company aku ni…actually aku pun ade gak laa tolong2 untuk jadi organiser tournament ni..sebab kitorang dah biasa main dekat ara court badminton, so segala proses booking membooking aku yg incharge..ada tiga kategori yg dipertandingkan malam  tu iaitu, beregu lelaki, beregu perempuan, dan beregu campuran..

Agak gila kuasa, aku masuk dlm 2 kategori iaitu beregu  wanita dan beregu campuran..untuk wanita,  partner aku tak lain tak bukan, rakan cium mulut, ecah dan untuk beregu campuran partner aku ialah satu2 nye kumbang teraniaya kat ofis aku ni ..mmg x letak harapan tinggi pun boleh menang sebab yg masuk bertanding sume hebat2 belaka..just fikir untuk fun je..

aku dan ecah agak berhempas pulas mlm tu dan mmg terasa tekanan nya..ni pun baru dikira pertandingan ikan “bilis”, belum dikira tournament yg gempak2..fuhhh, bukan senang rupanya masuk pertandingan, mmg agak terasa stressnya sbb round pertama dah bertemu dengan saingan yg hebat..set pertama kami menang 24/22, set kedua kalah tipis 22/24, dan at last rubber set menang tipis 24/22..final laluan agak mudah..menang straight game, 12-21, 16-21..akhirnya juara, berbaloi2 usaha kami..kredit utk ecah, partner aku yg superb malam tu dan supporters2 yg bagi semangat especially cikot selaku ketua pom2 girl malam tu..dan tak lupa pengadil jemputan yg sgt telus dan sukar di lobi iaitu fathil dan lee chai..jasamu dikenang.. :P

untuk beregu campuran jgn ckp laa..round 1 dah out..biasa laa main dgn lelaki ni agresif sikit, so pompuan selalu laa jadi lubuk untuk dapatkan mata..kena smash kat hidung pun ada…adoyai pedihh…nasib baek tak patah hidung aku..kang  tak pasal2 aku kena claim insuran dengan cikot..ade yg kena wat plastic surgery betulkan hidung lak..huh

agak syg game malam tu sbb tak sempat nak habiskan final utk beregu campuran..ni semua gara2 final beregu lelaki org yg sama masuk ke final beregu campuran, so game tak leh jalankan serentak..tu pun dah habis kaw tim dengan staff kat sana, smp 2 pagi pun game x sempat nak habiskan..maybe lepas ni kena organise balik final utk beregu campuran, terpulang atas perbincangan nanti..

kredit kepada organiser sebab semuanya berjalan dgn lancar dan superb..bos pun x henti2 beri pujian..even tournament kecik je tp sume peserta pun beri yg terbaek..aku harus puji semangat kesukanan yg ada kat diri masing2..kalah menang tak penting, yg penting semangat berpasukan..together as one laa kan..but anyway, aku sangat enjoy malam tu even hari ni terpaksa pegi spa massage satu badan gara2 body aku yg dah ter overuse!!.. :P

piccas




Adios..

Tuesday, October 26, 2010

Ku yakin dia...


Entri ini bukan ingin menambah luka di hatinya..bukan juga membuka pekung di dada..ianya satu refleksi ringkas dari nurani yg tulus yg sentiasa mendoakan kebahagiaannya..susah untuk kita menduga apa yang ada dihadapan kita selagi kita tidak melaluinya..bila segala kegelapan berada di hadapan mata, hanya empunya diri yg dapat merasakan jerih perihnya..kita sebagai manusia ada bahagian masing2 di atas muka bumi..yg penting kita harus yakin dan percaya bahawa sesuatu yg berlaku itu ada hikmah di sebaliknya..

tiada sesiapa meminta hujan di tengahari ..tetapi kena harus yakin dan percaya  hujan hanya kabut sementara.. siapa tahu cuaca akan lebih bersinar dan pelangi yg cantik dan bewarna warni akan muncul  selepas kelamnya suasana..dan di saat itu, kita akan sentiasa bersyukur pada hujan yg menggabungkan hubungkait antara tanah dan matahari..melengkapkan satu metamorphosis kehidupan..
 
aku sentiasa melihat kekuatan dalam dirinya..wanita besi yg sentiasa mendahulukan yg lain dari dirinya..tiada hipokrasi..tiada prejudis..tiada obsesi..dari seraut wajahnya dapat ku hidu kesepian itu di dalam anak matanya..kesepian yg kadang kala menjadi racun jiwanya..ku lihat dia gagah dalam rebah..kuat dalam lemah..tiada yg lebih agung dari rasa cintanya..tiada yg lebih hebat dari rasa kasihnya..

ku percaya dia mampu surutkan mimpi ngeri yg menghantui malam2nya..ku percaya dia mampu melupuskan renyai yg berpanjangan..ku percaya dia akan  menemukan tebing pantai penawar laranya..mungkin mereka tidak tahu tetapi aku tahu dia mampu..

Setiap jiwa itu comel…tiada yang kurang dan tiada yang lebih…asalkan percaya pada diri sendiri, tiada apa yg mustahil..kita masih ada secebis perasaan..kita masih sempat untuk merasa..kita percaya tiada manusia yang sempurna..tiada juga cinta yang sempurna..yang ada hanya redha dan juga percaya..bila sesuatu itu diserahkan pada tuhan kita akan terima terus untuk kita…atau telah ditulis jodoh itu tiada..pada masa itu Insyaallah kekuatan dikasikan pada kita..dan kita harus percaya tuhan itu maha adil..dikurangkan di sini tapi dilebihkan di sana..kita yg harus percaya..

Ku yakin dia percaya ini bukan penamat dunia..bukan juga pemadam obor2 semangatnya..semoga dia terus utuh berdiri dan menerangi malam2 yg mendatang..kerana dia masih ada mereka..mereka yang masih menagih kasih sayangnya..kerana mereka masih tidak mengerti apa2..tiada harta yg lebih berharga..tiada terbanding intan dan permata..hanya mereka sebagai amanah melengkapi hari2 nya..

Dari jauh ku titip semarak api..peniup semangat yg telah pudar..semoga dia terus utuh..semoga dia terus kebal…gelaran besi itu..tiada lain selain dia..hanya dia…

Adios..


Sunday, October 24, 2010

Lappyku buat hal lagi..


Tengah aku susah  hati nak siapkan final projek website aku tiba2 lak laptop aku wat hal..yg lagi bengang sebab dah baik punye janji ngan classmate aku untuk sama2 buat kerja, tup2 sejam sebelum dia sampai rumah tiba2 laptop aku lak wat hal..mula2 mcm hang..pastu aku try restart, tup2 dpt error yg aku sendiri tak familiar...perghhh..menyirap aku rasa..sebelum ni laptop ni mmg dah ala2 bengong jugak, selalu je hang tak tentu pasal..maklumlaa org lain dah upgrade pakai windows 7 tapi aku ketinggalan guna windows vista..kalau nk diikutkan review mmg windows vista ni banyak sgt problemnya..alahaii...

Terus call classmate  inform yg laptop aku problem, so no use kalau dia dtg..seharian try google guna blackbery aku yg screen nye tak seberapa utk google troubleshooting untuk error  yang keluar..last2 bukan makin ok, makin jahanam jadinya..bak kata pepatah “seperti tikus membaiki labu”..elok2 boleh on bila aku kacau setting bila on  balik asyik restart je..huh, lagi menyirap aku rasa..

Dgn bantuan seorang kawan, aku berjaya discover satu tempat servis computer tak berapa jauh dr rumah aku..pagi2 tadi gigih keluar utk hantar laptop aku..nekad aku nak suruh formatkan aje dan install windows 7..huh, lega rasa sebab dia boleh siapkan dalam beberapa jam aje..harga lak boleh tahan untuk format dia charge rm50..bnyk gak request aku, mtk dia tolong backup kan data2, buat partition dan install macam2..sib baek gak tak ada extra charges..dah laa mcm2 problem bulan ni..semuanya pun berkaiaan ngan “fulus”..duit mcm air je kuar...fuhhh!!!...

Dan inilah dia julung2 kali aku menulis entri ni menggunakan lappy aku dengan windows version yg baru..mmg banyak improvement aku tgk, lebih laju dan so far mmg xde hang lagi..mmg terbaekk…aku harap semoga kekal begitu..due date untuk final projek pun dah dekat..satu hape pun belum buat buat lagi..hopefully aku sempat siapkan sebelum presentation awal bulan depan..no more playtime for me..all the best untuk diri sendiri..caiyok2...

Adios..


Monday, October 18, 2010

Chill @ sungai chilling...



ahad lepas sempat mandi manda kat sungai chilling kuala kubu bharu..actually trip ni boleh dikatakan last minit planning..sume perbincangan mostly dalam facebook je maklumlah teknologi sekarang leh hubungkan manusia secara virtual je..tak sampai seminnggu planning last minit ahli rombongan yang confirm pegi mencecah 13 orang, not bad..plan asal nak pegi hulu yam tapi disebabkan hulu yam sekarang air dah ala2 x best dan ramai orang jadi plan bertukar ke sg chilling kkb..

actually sg chilling dah lama menjadi port lepak aku ngan crew2 rafting masa zaman muda2 dulu (sekarang masih muda okes dan bertambah vogue gitu)..time tu empangan kuala kubu tu pun masih belum siap lagi..bnyk gak perubahan aku tgk..kalau dulu tak ramai yg tahu tmpt mandi ni..sekarang mmg tmpt ni dah agak dikomersilkan so mmg ramai yg dtg mandi manda especially cuti hari minggu..yg special tentang sg chilling ni ada tempat yg air terjun dia agak dalam dan luas…mmg strategik untuk aktiviti berenang sbb sg dia agak dalam dan tidak berbatu..sg dia agak curam ke tengah so kena hati2 sikit untuk yang mereka yg hanya tahu berenang dengan aksi kuak lemas tu..

rombongan pagi tu berkumpul di mentari court sunway jam 9 pagi..tapi biasalah mesti ada yg datang lambat, iaitu pasangan baitie dan azir..40 minit lambat tapi dimaafkan...excited punya pasal sikit pun tak mematahkan semangat kami walaupun bertolak lambat sedikit dari perancangan..untuk elak jem, kitorang purposely keluar tol bukit beruntung sebab normally kalo masuk rawang mesti jem teruk dengan lori yg sama naik berlumba2 dgn kereta..tak kisah jauh sikit asalkan jalan clear dan selamat..

sampai sg chilling jam dah dekat 11 lebih..perghh, dah banyak gak kereta yg parking even still pagi..lepas ambik port dan angkut barang makanan, masing2 sempat isi perut dulu sebelum buat aksi terjun tiruk..menu potluck coz masing2 bawak lain2 makanan as per discussion dlm facebook.. habis makan2 sume dah tak sabar2 nak mandi manda..air dia sgt jernih dan mmg sejuk giless…mmg best mandi manda time matahari belum tegak atas kepala..mmg sgt refreshing dan feeling habis..en hubby n the gang lak x habis2 ngan tangguk ikan, sempat gak dpt 2/3 ekor ikan sebarau kecik..yg bestnya, diorg kalah dgn 3 org pengunjung lain yg lebih terror tangkap ikan sebarau size tapak tangan dengan guna tangan je..tak payah guna apa2 gadget. atau tools...kagum sekejap..

habis sesi mandi manda, rombongan bergerak turun dr chilling lebih kurang kul 3 ptg..plan asal nak ke fraser’s hill tp disebabkan dah lambat so, plan pun bertukar..singgah jap kat empangan kkb sbb semua dah sibuk nak cari toilet..untuk pengetahuan, kat sg chilling ni mmg tidak disediakan kemudahan awam spt tandas, tmpt mandi atau tempat salin pakaian..so, lepas dah mandi pndai2 laa tukar baju dlm kete. atau tmpt2 seangkatan dgnnya...pemandangan kat empangan syabas ni mmg terbaek..mcm gila bergambar berlatar belakang kan empangan kkb..sgt menerujakan..mcm2 aksi smpt dirakamkan utk kenang2ngan..

sebelum balik sempat singgah ke dataran millennium yg letaknya tak jauh dari kem bina semangat ampang pecah utk sesi makan2 menghabiskan sasi baki potluck yg ada..rombongan bersurai dalam jam 5 ptg…overall trip sgt exciting ditambah lagi dgn ahli2 rombongan yg happening habis..tq kengkawan for making my day!!..so next trip, white water rafting, jom!!! ada beran??...

pics..









Adios..


Thursday, October 14, 2010


Wanita itu kini berdiri dihadapanku..ku jangka usianya dlm pertengahan 30an, berambut panjang kerinting, dengan ketinggian sederhana dan berkulit sawo matang..agak simple orangnya..sewaktu menemuiku dia memakai baju labuh polos berwarna ungu dan berseluar hitam..dia menjijit bungkusan di mana aku tidak dapat mengagak isi kandungannya..riak wajahnya yang tampak agak garang menambahkan kecut di hatiku..

Takut2 aku memperkenalkan diri..dia membalas dengan senyuman dan juga menyambut salamku...lega sedikit cuak di hati melihat kuntuman senyum dibibirnya walaupun aku tak pasti samaada senyuman itu dibuat2 atau lahir dari hatinya yg ikhlas..dia mengajakku ke tempat yg sedikit privacy untuk berbincang..aku mencadangkan pizza hut yg jaraknya selang beberapa blok dari kolejku kerana keadaan di sana yg agak lengang dan kurang pengunjung..tiada protes dan dia hanya menurut cadanganku...

Sesampai di lokasi dia menjemputku duduk..jantungku yg sedari tadi berdegup laju kini bertambah kencang…ku cuba sedaya upaya untuk tidak menampakkan reaksi cuak terpapar di wajahku..hanya tuhan yang tahu betapa bergeloranya perasaan aku tika itu..dia bertanyakan khabarku dan bertanya serba sedikit mengenai pelajaranku..mungkin permulaan perbualan untuk memberi ruang kami merasa selesa sebelum dia bertanyakan soalan2 yang lebih panas dan bakal menyesakkan nafasku...aku sudah bersedia dengan sebarang kemungkinan...huh!!..

Dia membuka bungkusan yang dibawa dengan  berhati2..mataku tidak lekang dari tangan kejapnya..tidak sabar untuk mengetahui isi kandungan bungkusan yang di bawa..dia meletakkan isi kandungan bungkusan itu betul2 di hadapanku..ada 2 buah kesemuanya..bungkusan itu berisi album gambar2 perkahwinannya..gambar dari hari dinikahkan dan juga majlis persandingan..aku membelek2 penuh minat..mmg sah suaminya!!..getus hatiku..mungkin dia sengaja menunjukkan bukti supaya aku tidak mencurigai siapa dirinya..hurmm..memang satu tindakan yang amat bijak..

Seperti yang dijangka sesi soal jawab pun bermula..tutur katanya amat dijaga..tidak sedikit pun dia menaikkan suara..sikapnya amat professional..tidak dapat aku pastikan samaada dia berpura2 untuk mengorek rahsia atau itu adalah peribadinya yang sebenar..katanya kita terlalu banyak di momokkan dengan adegan2 klise dalam drama2 melayu..asalkan ada orang ketiga, mesti ada adegan2 pergaduhan, tuduh menuduh dan paling tidak pun tarik menarik rambut..katanya sebagai seorang wanita moden tidak perlu semua itu..pertelingkahan tidak dapat menyelesaikan masalah dan membuat masalah menjadi bertambah kusut..sedikit sebanyak aku akur kata-katanya..tambahan lagi aku tak bersalah dan menjadi mangsa keadaan..

Bermacam2 soalan diajukan wanita itu..kadang aku pun tidak pasti mana dulu perlu ku  berikan jawapan..satu yg pasti, aku menjawab setiap persoalan dengan sejujur jujurnya..biarlah aku berterus terang sahaja..bagiku tiada apa yg perlu disembunyikan lagi..wanita itu berhak untuk tahu dan menilai sendiri tingkah laku lelaki itu di belakangnya…menurutnya, suaminya tidak mengakui tentang hubungan istimewa kami dan cuma mengganggap aku sebagai teman biasa..ada juga soalan bersifat peribadi yg diajukan..tiada apa perlu ku risaukan kerana memang tiada hubungan yg boleh dikelaskan 'intim' antara kami..

Setelah mendengar penjelasanku, wanita itu rupanya masih belum berpuas hati..dia menghubungi suaminya..agak tersentap aku bila dari bait2 kata yang aku fahami, dia mahukan suaminya pula datang menemui kami..huh, apakah lagi bencana yang bakal menanti?.aku berkira2 di dalam hati...tidak dapat aku bayangkan bagaimana pertemuan tiga bucu itu nanti..mungkinkah aku kancil yang bakal tersepit di tengah2 pertarungan antara dua gajah?..ikutkan hati ingin saja aku pergi dari situ tetapi aku tahu selagi wanita itu tidak berpuas hati, dia akan terus menerus menggangguku..biarlah segala-galanya berakhir hari ini juga..

mendengar dari percakapan mereka, suaminya berdolak dalik tidak mahu menemui kami..mungkin juga takut rahsianya terbongkar..mungkin juga tidak mahu lebih mengeruhkan suasana..susah untuk aku mengagak tindak tanduk lelaki itu lagi..dari riak wajah wanita itu, dia berkeras mahu suaminya menemui kami untuk membuat perhitungan..akhirnya suaminya mengalah..lokasi pertemuan ditetapkan di coffee bean, mid valley…

dengan menaiki teksi, perjalanan ke mid valley yang paling jauh ku rasa bila berada di samping wanita itu..bermacam2 perkara diutarakan kepadaku..diminta aku berhati2 dengan lelaki asing selepas ini..katanya lebih baik berkahwin dengan orang “kita” dari lelaki asing yang berlainan budaya dan gaya hidup...sesekali dia memburuk2 kan suaminya di depanku..tidak dapat aku membezakan niat sebenarnya untuk berkongsi pengalaman atau sekadar menambahkan kebencianku..ku beri peluang untuk dia meluahkan perasaan..dalam hati berdoa agar semuanya cepat berakhir..sudah tidak sanggup lagi aku menghadapi kedua2 mereka yang boleh dikatakan “cerdik pandai” tetapi masih kurang bijak menangani krisis peribadi..ternyata, setinggi mana menara gading digapai, manusia tetap tidak boleh lari dari masalah..

pertemuan tiga bucu itu berlangsung agak tegang..sesekali wanita itu tidak dapat menahan emosi..setiap penjelasan suaminya sebelum ini diajukan kepadaku untuk pengesahan..aku hanya mampu menjawab ‘ya’ atau ‘tidak’..ku biarkan mereka bertelagah dan aku hanya menjadi pemerhati bebas yg tekun memerhatikan gerak geri mereka..ku lihat wajah yang pernah ku sayang itu terkulat2 membidas tuduhan demi tuduhan yang di lemparkan isterinya..terkadang dia terdiam bila penjelasan yang diberi akhirnya menjerat diri sendiri..dalam diam aku kagum melihat wanita itu menggunakan pendekatan psikologi untuk mendapatkan pengakuan suaminya..tidak betah duduk, lelaki itu bangun dan sesekali cuba membuat jenaka..ternyata perbuatannya langsung tidak terkesan di hati isterinya..aku hanya memerhati segala drama itu di depan mata..sesekali aku melepaskan keluhan berat menyaksikan adegan2 itu..

selesai proses soal jawab, isterinya memberi peluang kepada kami berdua untuk berbicara ..dia beredar dari situ..peluang itu diambil lelaki itu untuk memohon maaf dariku atas apa yang terjadi..riak wajahnya langsung tidak menunjukkan kemarahan kepadaku tetapi ku lihat dia betul2 menyesal atas apa yang terjadi..sebagaimana pertemuan kami pada siangnya, tidak jemu2 dia berpesan supaya aku tidak mengabaikan pelajaran..seboleh2 dia ingin melihat aku berjaya dan kejar cita2 ku..di saat2 genting ini pun dia masih mahu memberi inspirasi..ku berjanji dengannya, kejadian ini tidak sedikit pun mematahkan semangatku..ku beritahu lelaki itu aku redha dengan apa yang terjadi..ini mungkin salah satu proses untuk aku menjadi lebih matang dan berhati2 dalam mengenal hati budi seseorang..tiada pembelajaran lebih berharga melainkan pengalaman..

wanita itu kembali dan permintaan terakhirnya agar segala2 nya berakhir di sini..dia mahukan persetujuan suaminya di saat itu untuk mengikutnya ke London dan berjanji tidak pulang ke Malaysia selagi PHD nya belum tamat..pesanan terakhirnya kepadaku agar aku tidak ada apa2 hubungan dengan suaminya baik melalui telefon, chatting mahupun emel sekalipun..katanya, itu sudah cukup membuatkan hatinya terluka..menurutnya, demi anak2 yg masih kecil, dia terpaksa memaafkan lelaki itu walaupun hatinya cukup pedih..aku memberi persetujuan dan berjanji akan menuruti segala permintaan wanita itu..jauh di sudut hati tertanya2 tahukah wanita itu bukan hatinya seorang yang terluka?..perit dan robek di jiwa ini hanya masa yang mampu mengubatnya..

mereka menghantarku pulang dan itulah kali terakhir kami bersua..aku mengotakan janji2ku untuk tidak ada sebarang hubungan lagi dengan suaminya..aku redha dan mengganggap setiap perkara yang berlaku itu ada hikmah di sebaliknya..perjalanan ini sedikit sebanyak mematangkan dan membuatkan aku lebih berhati2 dalam mengenal hati budi lelaki..di satu saat aku menjadi serik dengan lelaki, tetapi aku perlu berfikiran positif kerana bagiku “dalam setandan pisang tak semuanya adalah busuk”..apa yang penting kita harus bangkit dari kegagalan lalu dan sentiasa berdoa untuk yang lebih baik..tidak perlu kesalkan apa yang sudah terjadi dan semoga ia akan menjadi tauladan dalam mendatangi masa hadapan..hidup adalah pendakian..mesti melalui kesukaran untuk tiba di puncak..tiada kejayaan tanpa iltizam dan tanpa mimpi, impian juga tidak bermakna..sentiasa beri peluang untuk berubah kerana “tiada manusia yang sempurna”.

Sekian..

TAMAT


Tuesday, October 12, 2010



Ternyata aku sudah tidak dapat  mengelak lagi..paksa atau rela aku terpaksa juga berhadapan dengan wanita itu..takut? seram? cuak?..huh, semuanya hanya mampu bersarang dalam dada..untuk menolak permintaan wanita itu memang sudah tiada gunanya..tiada lagi kompromi..mungkin kesabaran sudah sampai hadnya..laju aku menolak permintaan wanita itu pada mulanya..mana mungkin aku sanggup berdepan dua pasang mata dengannya..apa yang ingin aku sampaikan nanti?..huh, agak cemas bila dibayangkan…

gaya percakapannya bagai suatu arahan..barangkali sudah biasa memberi arahan kepada anak2 didiknya sementelah kerjayanya sebagai pemberi ilmu…akhirnya aku terpaksa redha..keadaanku tak ubah seperti pesalah di dalam kandang mahkamah menunggu hakim jatuhkan hukuman..menyerahkan bulat2 nasib diperjudikan..”untung sabut aku timbul, untung batu aku tenggelam”…huh, mengapa aku yang harus lalui semua ini?..betul kata pepatah orang2 lama..”sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada berguna”..

Keras nada suaranya bila aku tolak untuk bertemu..diugutnya aku untuk menceritakan segala2nya kepada seluruh keluargaku..aku pun tidak tahu di mana dia mendapat nombor2 mereka..satu persatu nombor yg ku kenali dibacanya bermula dengan nombor abg dan kakakku hinggakan nombor telefon rumahku di kampung juga berada dalam genggamannya..gila!..bayangkan kalau berita ini sampai ke pengetahuan ibu bapaku di kampung?..huh, maunya tenggelam semenanjung Malaysia..

Satu malam aku tidak dapat tidur membayangkan pertemuan itu nanti..akan adakah adegan tarik menarik rambut seperti yg selalu disogokkan dalam drama2 melayu?..atau paling tidak gelaran perampas, perempuan tak sedar untung, miang, tak sedar diri, bakal singgah ke telinga?..sungguh aku tidak bersedia untuk menghadapi mana2 situasi itu..jauh di lubuk hati aku berdoa usai ada satu sinar menjelma dan segalanya akan berakhir dengan baik..

Ku gagahi ke kolej pada hari pertemuan itu walaupun mataku amat berat gara2 tidak cukup tidur..pagi itu, aku sudah berjanji untuk bertemu dengan suaminya..dia mengambilku seperti biasa dan kami sempat  bersarapan bersama..perbualan banyak menjurus kepada tindakan isterinya untuk bertemu aku..ternyata dia juga terkejut dengan tindak tanduk isterinya yang begitu nekad mahu menemuiku hingga sanggup mengugut..dia tidak melarang sebaliknya semua terpulang kepadaku..diberitahuku dia masak benar tindakan isterinya..wanita itu mahu bertemuku untuk melihat sendiri bagaimana rupa gadis yg menjadi pujaan suaminya..pengakuan itu makin menambahkan debaran aku..sesungguhnya aku tersepit.."nak di telan mati emak, nak di luah pula mati bapa"..

Dia menghantar aku hingga ke stesen lrt masjid jamek..mungkinkah ini pertemuan terakhir kami?..dia meminta maaf dan amat kesal atas apa yg aku lalui..pesannya yg terakhir semoga situasi ini tidak melumpuhkan semangatku untuk belajar..pintanya supaya aku belajar bersungguh2 dan berjaya dalam pelajaran..kami berpisah di situ dan masjid jamek menjadi saksi..air mataku yg sedari tadi bergenang tumpah jua sewaktu melangkah keluar dari kenderaannya..di ruang paling hadapan tren aku melayan perasaan..tiada dapat ku dengar hiruk pikuk ragam yg pelbagai walaupun tren sarat dengan manusia…tiada dapat ku hidu bau keti basah yg menjadi trademark warga Bangladesh..aku bagai berada di alam lain.. hanya ada aku dan duniaku..

sesampai di kolej, aku tidak dapat menumpukan perhatian di dalam kelas..subjek2 kegemaranku pun  tidak ku ambil pusing pada ketika itu…fikiranku menerawang jauh memikirkan pertemuan yg bakal berlangsung lewat petang ini..menurut wanita itu, dia akan menaiki penerbangan petang dari utara dan terus mengambil teksi dr KLIA ke kolejku di petaling jaya..memang kerja gila!..getusku di dalam hati..

Jam sudah menunjukkan jam 6 petang tapi masih tiada kelibat kehadiran wanita itu...dalam hatiku berdoa agar pertemuan itu dibatalkan..aku mencongak2 di dalam hati..dalam pada aku berkira2 meraikan angan2 ku tadi tiba2 aku dikejutkan oleh satu panggilan telefon..melihat nombor yg tertera seperti nombor dari telefon awam sekitar kolejku..ku jawab panggilan itu dengan hati yang berdebar2..

“ Hello ….., saya dah ada kat bawah kolej awak ni..awak dah habis kelas ke?..boleh tak kita jumpa sekarang”?

Huh!!...Suara yang ku amat kenali itu antara dengar dengan tidak..semangatku terbang..bagai luruh jantungku..jari jemariku terasa lemah..kepalaku terasa berpinar2..ternyata aku sudah tidak dapat mengelak lagi.. glurppp!!!…aku hanya mampu menelan liur… it’s happening!!!....

Bersambung last episod...


Friday, October 8, 2010



...s : “Hello”

tidak perlu menunggu lama sebelum panggilanku dijawab...ku dengar suara yg tidak asing lagi itu di corong talian..jantungku berdegup kencang..seketika aku terdiam tidak tahu apa yang perlu aku tuturkan..nafasku turun naik..aku memulakan bicara..

Aku : “Yeah hello”…

…s : How are you?.. I was worried about you...have you read my email?..I’m so sorry for the email..she was the one who asked me to write the email..I’m so sorry..

mendayu2 suaranya di corong telefon..aku bertambah tidak keruan..ingin sahaja ku matikan talian tetapi mengingatkan janjiku kepada wanita itu aku melupakan seketika hasratku..seperti yang di jangka dia meminta maaf di atas keterlanjuran emel yang di hantar..menurutnya isterinya yang beria2 menyuruhnya menghantar emel yg sedemikian..huh..permainan apakah ini?..aku menyumpah2 di dalam hati..

beria2 dia mengajakku bertemu..katanya dia ingin menerangkan segala2nya padaku..ku beritahunya tiada apa lagi perlu dibincangkan kerana semuanya sudah jelas..katanya dia ingin semuanya berakhir dengan baik..aku keberatan pada mulanya tetapi akhirnya memberi persetujuan..selepas talian dimatikan aku menyumpah pula diri sendiri..mengapa hatiku begitu lembut?..arghhh!!…

tidak sempat aku mendail nombor isterinya dia dahulu menghubungiku..huh, nampak ketidaksabaran wanita itu..terus terang aku ceritakan apa yang terjadi..nadanya berbaur kesal..tak lama kemudian ku dengar suaranya bergetar disusuli esakan2 kecil..aku menjadi serba salah..ingin aku menenangkan wanita itu tapi aku tidak pasti bagaimana..talian menjadi sepi seketika sementara dia melayan perasaan..

akhirnya wanita itu bersuara..diberitahuku dia akan berangkat ke London 2 minggu lagi kerana bakal melanjutkan pengajian ke peringkat PHD..diberitahuku suaminya sebelum ini bercadang menemaninya ke sana tetapi selepas menguruskan tempat tinggal dan nursery untuk anak2nya, suaminya ingin pulang ke Malaysia untuk bekerja di sini..

mendengar penjelasan wanita itu tiba2 aku teringat salah satu perbualan kami ketika keluar bersama2 tidak lama dahulu..ada diberitahuku dia akan berangkat ke London untuk menguruskan sesuatu..selepas segala2nya selesai dia akan balik ke Malaysia dan akan menjadi milikku seratus peratus..ku tanya apa maksud kata2 itu tetapi dia hanya tergelak kecil..diberitahuku dia akan menceritakan segala2 nya bila tiba masanya..baru sekarang aku mengerti tentang hubungkait setiap peristiwa yang berlaku..huh, betapa bodohnya aku kerana tidak dapat menangkap segalanya dari awal..

wanita itu masih tidak berpuas hati..akhirnya dia mengaku yang suaminya menyayangi aku..katanya, ini kali pertama dia berdepan dengan keadaan begini kerana sebelum ini  suaminya tidak pernah bermain kayu tiga..aku hanya mampu menelan liur mendengar kata2 wanita itu..sungguh kalau diberi pilihan aku tidak ingin menjadi orang ketiga antara mereka..

dia ingin aku memujuk suaminya supaya mengikutnya ke London dan tidak pulang ke Malaysia selagi PHD nya belum selesai..katanya jika suaminya pulang ke sini, dia akan terus terusan berhubungan denganku sementelah janjinya kepada wanita itu sebelum ini telah diingkari..

termenung aku mendengar permintaannya..tidak tahu bagaimana ingin memberikan kata persetujuan..permintaan yang seterusnya ternyata menambahkan debaran..perkara itu yang paling aku takuti selepas segala2 nya terbongkar..terngiang2 kata2 wanita itu di corong pendengaranku..

saya nak berjumpa dengan awak”...

jantungku berdegup laju..Fuhh!..

Bersambung Part V



Thursday, October 7, 2010


Berminggu2 aku tidak mendengar khabar darinya..ku sangka segala2nya telah berakhir....ku teruskan rutin seperti biasa..bau keti hangit di dalam bas dan lrt sewaktu perjalanan menuntut ilmu adalah perkara biasa..ku layari hidup sbg pencari ilmu...bersengkang mata menelaah pelajaran..aku belajar menjadi kuat..ku gagahi diri melupakan apa yg terjadi..terkadang bila sendiri perasaan masih terbuai2..lantas kenangan lama menguasai.....ku hindari lokasi yg membawa memori itu..terkadang ku rindu senyuman itu..terkadang senyuman itu berselang seli dgn wajah penuh ejekan..arghh..aku menjadi teramat benci..andai ku punya kuasa..kepingin ku undur kembali masa…

Di kala luka hampir sembuh, peti masuk emel ku di singgahi satu pesanan di mana isi kandungannya amat menyakitkan... ringkas  tapi sudah cukup melukakan…

Dear ….. ,

I am very sorry for what had happened. I never meant to put you in this situation. Thank you very much for your friendship. It might sound a little bit harsh but I think that we should end the friendship. Take care and may the force be with you.

Cheers

Berderau seketika darahku membaca pesanan itu..bibirku diketap keras menahan rasa…”friendship”?..apakah hanya itu seperti yang digambarkan?..perasan kah aku selama ini?..aku kah yang bertepuk sebelah tangan?..caci maki itu hanya di dalam hati..lidah seakan beku melontarkan suara. jemariku laju menekan kekunci computer..membaca kembali pesanan2 lama hati bertambah panas...ternyata ada diutus rindu, ada diungkap sayang…aku menjadi bertambah keliru..lama aku termangu memikirkan tindakan selanjutnya…aku sudah  tidak teragak2 lagi..ingin ku buang kenangan lama jauh dari kotak pemikiranku..aku nekad!!...jantan semuanya tak berguna...Huh!..

Tiba2 telefonku berdering…terhenti seketika lamunanku..amat mengejutkan bila panggilan itu sekali lagi dari isterinya..apa lagi mahunya?..adakah ingin ditoreh lagi hati ini..ingin di robek lagi perasaan itu?..sudah cukup luka lama...belum ketemu penawarnya..

Berbicara buat ke dua kalinya tiada apa yg perlu ku selindungkan lagi..tiada lagi rahsia..kuberitahu tentang emel yg baru kuterima..nada suaranya tidak menunjukkan tanda2 terkejut..seolah2 sudah dapat mengagak tutur bicaraku..menurutnya pesanan itu dikarang sewaktu berada dengannya bertepatan dengan penjelasan tentang hubungan kami…mendengar penjelasan itu aku mengerti segalanya..

Menurutnya lagi suaminya dalam perjalanan pulang ke ibu kota..dia mahukan kepastian tentang hubungan kami…barangkali tidak berpuashati tentang hasil siasatan sendiri..ku beritahu wanita itu kami masih di dalam proses mengenali hati budi masing2..belum di tahap serius..permintaan wanita itu yg seterusnya tidak kusangka...dimintanya aku menghubungi suaminya?..apakah?..alasan yang diberi untuk menguji kesetiaan sementelah suaminya berjanji tidak akan ada apa2 kaitan dengan aku lagi..walaupun melalui panggilan telefon..

Pada mulanya ku tolak bulat2 cadangan gila itu..aku bukannya kambing hitam untuk menguji sejauh mana kesetiaan seseorang....ku yakinkan wanita itu yg aku tidak mahu lagi terlibat dalam permasalahan orang dewasa..aku terlalu muda untuk mengerti selok belok kehidupan berumahtangga..pada usiaku sekarang sepatutnya diisi dengan aktiviti bersama teman2 sebayaku..bukan berdepan dengan adegan sebabak yg begitu klise di dalam drama2 melayu…wanita itu berjaya yakinkan aku untuk hanya membuat satu panggilan sahaja..antara hidup dan mati katanya..keras nada suaranya....akhirnya aku bersetuju setelah digesa berkali2..dimintanya aku menghubunginya semula untuk mengetahui keputusan..ujian maha berat bakal aku hadapi..lebih sukar ku rasa dari menjawab kertas peperiksaan programming..menggigil jari jemariku cuba untuk mendail nombor yang pada suatu masa amat dekat di minda ..adakah dia akan mengotakan janji pada isterinya dengan tidak menjawab panggilanku atau sebaliknya?…ku gagahi juga menekan punat telefon..

Tuttt tuttt….tuttt tuttt….tuttt tutttt….

Aku menunggu dengan penuh debar….

Bersambung Part IV



Sunday, September 26, 2010


Aku : hello

Caller : ye hello, boleh saya tahu awak ni ***i  ke?

Aku : Ye saya, kenapa ya?

Caller : nama saya ******h awak kenal dengan ***s tak?..

Aku : ye saya kenal kenapa yer..boleh saya tahu awak ni siapa?..

Caller : saya ni isteri dia?..awak tahu kan dia sudah beristeri..kami dah ada dua anak pun...

Aku : isteri dia??…(Glurrppppp…)

Mendengar perkataan isteri bagai nak gugur jantungku..hancur luluh perasaanku…berpinau2 rasa dunia..huh..dugaan yang maha berat aku rasakan waktu itu..mengapa aku yang harus tempuhi semua ini..lidahku bagaikan kelu seribu bahasa..mendengar status itu ku rasakan duniaku bagai terhenti seketika..soalan2 lain yg ditanya wanita itu ku jawab acuh tidak acuh sahaja..hatiku terbakar..egoku tercabar..perasaanku bagai dicarik2…maruahku bagaikan di siat2..sungguh ketika itu aku tidak sabar bersemuka dengannya yg tekun memerhatikan aku dari kejauhan..sesekali senyuman terukir di wajahnya memandangku..barangkali tidak faham apa yg aku tuturkan di corong talian..dalam hatiku meronta2..siaplah kau lepas ni…Grrrrrrr..marahnya aku rasa…

Tiba masanya aku berdepan dengannya…tatkala itu perasaanku bercampur baur..marah...bengang....kecewa…tertipu..segalanya bersarang di hati…ligat otakku berfikir apa yang harusku tuturkan dahulu..mulut bagaikan terkunci..lidah terasa kelu…dadaku terasa berat…jantungku berdegup laju..seketika kemudian aku mulakan bicara..tiada lagi senyuman terukir dibibirku..tiada lagi kata2 manis sedari dulu..

Aku : I need you to be honest with me..are you hiding something from me?..

***s : No, why?..who actually called you just now?..

Aku : your wife…

***s : My wife??..which one??..

Aku : u asked me which one?..OMG…why?..do u have more than one wife?..so this is the secret that you’ve been hiding from me??.you’re such a jerk.. a liar…

Mendengar jawapan darinya bagai tak terbendung lagi perasaanku..sedari tadi air mata yg ku tahan2 akhirnya tumpah jua..akhirnya aku tewas dengan perasaan…aku tertipu dengan perasaan sendiri..sungguh aku terasa diri sangat2 bodoh…aku kena akui tiada kejujuran dalam dunia sekular ini...manusia jujur sudah pupus..aku harus terima hakikat itu..

Tersengguk2 bahuku menahan esakan..bertambah laju esakanku bila cuba ditenangkan..terkebil2 matanya memandangku..tanganku cuba digenggam lembut tapi laju2 aku menolaknya…ku lihat wajahnya yang serba salah..bermacam2 cara dibuatnya untuk memujukku..aku tetap diam membantu melayan perasaan..saat itu aku rasa ingin terbang jauh..ke satu tempat yg damai..kalaulah ku punya pintu suka hati..bawaku jauh dari sini…

Selepas keadaan bertukar tenang..akhirnya dia mengaku segala2nya....diberitahu aku perkenalan mereka ketika sama2 menuntut di luar negara..isterinya seorang pensyarah di university terkemuka di utara tanah air..mereka berkahwin di Malaysia dan isterinya berbangsa melayu..huh..segalanya terasa jelas..di awal perkenalan memang soal agama menjadi kemusykilan utama..bukan sekali ku tanya bagaimana dia memeluk islam..satu persatu persoalan aku sebelum ini terjawab..

Diberitahuku bukan niatnya untuk berahsia..niatnya ingin berterus2 terang bila tiba masanya..arghh..aku tidak ambil pusing kata2 itu..masakan aku percaya lagi..untuk selamatkan diri boleh cakap apa saja..sungguh kata2 nya sedikit pun tidak terkesan di hati..ku gegasnya untuk pulang ke utara menemui isterinya..jangan disakiti hati wanita itu..fikirkan juga kebajikan anak2nya..seribu kemaafan dipohon kepadaku..nadanya berbaur kesal..dapatku lihat keikhlasan dari nada dan tutur suaranya…sesungguhnya aku pasrah…

Lagu ini begitu terkesan di hati ketika itu..

Tajuk : Kerana (Erra Fazira)

Kerana terlalu mempercayaimu
Kau istimewa dalam hidup ku
Kerana terlalu menghormati
Terkeliru pandangan mata hati
Kerana terlalu mengasihi
Akhirnya terluka aku sendiri

Aku sangkakan mengenalimu
Aku kenali hati budimu
Aku meyakini engkau luhur
Menyayangiku dengan jujur

Kiranya bagimu itu semua
Hanya satu lakonan, lakonan biasa
Tiada sedikit pun aku sedari
Dipersendakan oh selama ini

Aku sangkakan yang ku gilap
Permata tulen yang berharga
Penilaian ku oh ternyata silap
Kau rupanya kaca tak berharga

Bersambung Part III

Adios..

 

Related Posts with Thumbnails