BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, April 8, 2013

Obsesi baru


Perghh!!..gila lama aku tak update blog ni..bukan kata nak update content blog, address blog sendiri pun aku dah agak2 nak terlupa..actually aku agak sedar diri, aku bukannya ada bnyk follower pun..mereka2 yg tersesat je laa yg akan "ter"jenguk blog aku ni..wahaha..

Huh, apa nak cite ni ek?..actually i'm losing words dah...dulu bnyk modal aku nak msukkan dalam blog..bnyk je idea2 indah untuk aku karang buat puisi..kadang2 aku sendiri tak percaya boleh pulak aku tulis menda2 tu semua..betul kata orang menulis ni kena asah bakat..kalau lama2 tinggal memang kelaut laa jadinya..huhuhu..

Dah tua2 camni kecenderungan pun dah jadi lain..kalau dulu blog ni tempat suka duka aku luahkan perasaan..bukanlah kata sekarang dah takde perasaan, tapi priority tu dah jadi lain..dah bosan nak cite feeling2..dah jelak nak cite pasal persekitaran...dah muak nak cerita pasal kerjaya...sebab mana2 aku pegi sama je aku rasa..ada je pros and cons..so better aku jaga diri sendiri lagi bagus..aku buat apa aku rasa suka..aku cakap je apa aku rasa aku nak..janji aku happy..

pada aku life is just a matter of choice and chance..try to letgo benda2 yg menyesakkan..semua orang nak berubah tapi perlukan masa..mungkin masih jauh untuk drastik tetapi asalkan ada permulaan sudah cukup baik..bagi aku, kita tak boleh jadi hipokrit especially dengan diri sendiri..buat apa yang kita selesa jadi..at least kita tak regret dengan apa yang kita pernah ada dan rasa..value yourself first..then we can value other people..

lepas entry ni tak tau bila lagi aku nak update..tengoklah kalau ada tu adalah..writing is no more my obsession..best lagi lepak rumah tgk HBO, layan tablet, main badminton, jogging, shopping, karok and bla bla bla..sekarang nak mengadap laptop pun dah bosan..ngeeee...

tak tau ape nak melalut dah...

Adios,
(yg ni aku x lupa trademark lama) hehehe...


Friday, March 23, 2012

Hebatnya mereka




Oh, di sini ada suatu kisah. Bukan kisah uda dan dara. Kisah mereka yg punya kuasa dan katanya mampu berbuat apa saja. Eh eh, klisenya. Bukan dah banyak dalam buku, filem dan drama ke? Mmglah der, bukankah itu semua adaptasi dari dunia nyata? Ho ho, Khabarkan, khabarkan.

Yang peliknya, mereka2 ini dulu pun sama dengan je. Bila kamu di bawah, apa pun boleh. Masa itu kena jentik sikit pukul canang segenap kota. Kalau boleh nak khabarkan satu dunia. Kamulah jahat. Kamulah penindas. Aku mangsa, kamu pemangsa. Tapi bila kamu sudah di atas, aikk dah lupa asal usul rupanya? Belumpun kena jentik, obses tu dah mengalahkan apa.  Sekarang, kamu telanlah balik apa yang kamu luah dulu. Jilatlah balik apa yang kamu ludah dulu. Jangan sampai meludah ke langit, bertempek ke muka sendiri.

Biasalah tu kamu kan manusia hebat. Punya kuasa untuk buat orang percaya. Siap boleh pusing cerita. Kisah tu sejengkal je tapi dah boleh jadi sedepa? Kata2 orang qasar macam kami ada siapa nak percaya ke? Nak bagi bukti? Oh, kalau betul kami di pihak yang benar jgn harap kamu berdiam diri. Kamu akan terus gali dan gali. Yang peliknya, bukti belum ada tempat lain yang dah kena gali? Agenda apekah ini?

Huh, nampak sangat selama ni kamu memang tak puas hati. Kata si pemburu,hanya menunggu kancil masuk ke dalam jerat. Bila dah terperangkap, lauklah jadinya. Besar sangatkah salahnya? Sebelum tuding jari tu tuduhkan kami, bagus kamu periksa orang2 sendiri. Biasalahkan, kata orang gajah di  depan mata buat2 tak nampak, kuman yg kat seberang laut tu pulak yg nampak. Huh, nak mengeluh pun tak guna. Buat buang karan je.

Begitulah manusia kan mudah lupa. Masa kamu susah dulu, bukan kamu yang terhegeh2 mintak tolong kami? Eh, eh lupa pula. Bukan rela tapi terpaksa. Masa tu positifkan saja, paksa atau rela turutkanlah saja. Kami tak mintak balas budi pun. Kan memang dah tugas kami. Dah nama pun kuli. Kenalah sedar diri. Tapi janganlah sampai susu yang kami bagi, tuba yang kami dapat.

Sampai satu tahap dah muak dengan semua ni. Sudah lebih separuh dekad kot. Tak nampak apa yang sepatutnya nampak. Semua ala kadar saja. Dah sampai masa kot beralih angin. Kata orang santan makin lama makin lemak, makin sedap. Nampak gaya santan ni dah jadi macam hampas pula. Tunggu lebih lama dalam tong sampahlah tempatnya.  Tak guna pula rasanya berusaha keras, bukan nak hargai tapi salah pula yang dicari. Biasalah manusia, benda baik memang tak pernah nampak tapi yang buruk walaupun hanya sekali akan diingat sampai mati. Pasrah saja lah.

Kalau betulpun salah, jadilah hakim yang bijaksana. Semua tahu kamu orang cerdik pandai. Gunalah kuasa yang ada dengan bijak. Jangan biar anasir luar yang lebih sudu dari kuah. Jadilah pemimpin yang dihormati. Kelak hidup kamu juga yang akan dirahmati.

Sekian.

Adios..


Monday, January 9, 2012

Undilah saya..





Statement di atas ni bukan dibuat untuk pilihanraya tapi aku amat memerlukan undian korang semua supaya puisi aku dipilih sebagai karya terbaik untuk satu peraduan di dalam sebuah blog. Pemenang untuk karya ini akan dipilih melalui berapa banyak jumlah “like” dari pengguna facebook dan juga hasil pemarkahan dari juri professional juga.

Bermula2 dengan suka2 tak sangka karya aku terpilih untuk dinilai bagi memenangi karya terbaik dalam pertandingan karya dan penulisan WC 2011. Kalau ada yg perasan aku pernah post karya yang sama dalam blog ni tak lama dulu. Secara peribadi aku paling suka dengan puisi ni nak dibandingkan dengan karya2 aku yang lain sebab ada sentimental value yang aku berjaya tafsirkan dalam bait kata2nya.Mendalam dan kena pada tempatnya. Tidak pernah mendapat didikan formal dalam bidang penulisan, semua yang aku tulis datang dari hati. So, aku mintak jasa baik korang semua untuk mengundi karya aku seperti link di bawah. Korang kena ada akaun facebook untuk dibenarkan tekan butang like tu.

Caranya :

1.Klik link seperti di bawah


2.Scroll sampai ke bawah
3.Klik pada butang “like”.
4.Kalau korang tak ada akaun facebook kena register dulu, kalau dah ada masukkan Id dengan password sudah mencukupi. Then tekan “like”.

Thanks all, jasamu dikenang selalu. 

Adios..


Thursday, December 15, 2011

A disaster December



Tak ada niat nak curse. Tak ada niat nak maki. Cuma luahan perasaan. Bagi aku bulan December 2011 sgt disaster. Penutup tirai 2011 yg horror. Kenapa horror?. Banyak up and down aku untuk tahun 2011 tapi December ni penutup segala suka duka.  Nantilah aku buat diari. Nak tau yg paling horror?.

kami diberi task yg tak sepatutnya kami buat.  Dah lama tinggalkan kerja2 itu. Kata mereka perang untuk selamatkan performance company. Bagi aku lebih kepada menyelamatkan kantung poket masing2. Siapa yg untung?. Mereka dan keluarga mereka. Bukan rasa terbeban dgn task yg diberi tetapi lebih kepada imej yg sudah kami bawa selama ini. Bagi aku banyak kesan jangka panjang samaada sedar atau tidak. Tak guna berhempas pulas mendaki tangga satu demi satu. Rasa terhina bila takhta selama ni direntap dan kembali menjadi “orang biasa”. Biarpun kata mereka tidak lama, tetapi biasalah. Kata2 itu selama ni boleh percaya bulat2 ke?.  Banyak propa dari bonar.

Dengan tiada apa2 persediaan, aku dan lain2 menyertai barisan2 mereka untuk berperang. Senjata tak ada. Ilmu tidak ada. Berbekalkan apa yg ada di atas kertas, kata mereka kami pasti boleh!.  Di atas kertas kami adalah yg terbaik. Pegi perang tanpa senjata. Gila ke hape?. even askar terlatih pun boleh kena tembak apatah lagi kami?. Ada mereka kesah ke?. Janji cukup masa poket mereka tahu2 sudah kembung semula. Hahaha. Gelak mereka. Kami dapat apa?.

Wehh, tak payah kot nak explain kenapa, mengapa dan bagaimana. Ada kami kesah ke?. Tak payah kot bazir kotak suara nak khabarkan semua. Kamu org cerdik pandai. Kata semua bijak laksana, kenapa awal2 tak nak fikir cara?. dah tersepit baru sibuk nak tuding jari salahkan itu ini. Baru menggelejat tak tahu nak buat apa. Last2 kerahkan jelah keringat apa yg ada. Itulah tup2 yg tak ada kena mengena pun kena jadi mangsa.  Itu patut ke?.  Walaupun banyak je tangan2 ghaib yg lebih berhak tapi hilang macam itu je. Biarkan2.

Ada pulak yg jadi pak turut je. Bukannya nak membela nusa dan bangsa.  Eh Eh , kalau bukan kamu yg membela siapa lagi?. Kalau hitam kata mereka, rentunglah jadinya. Lebih bagus jadi kapal yg tak ada nakhoda. Tahu2  terus karam je. Tak ada susahkan sapa2. Lagi puas hati.

Tak ada niat nak merungut tapi bila rasa nasib tidak terbela inilah jadinya. Dah boleh terima kenyataan pun. Dah kebal. Dah kental. Kan mereka kata kami ni apa pun boleh!. Kita tolong jelah apa yg mampu. Kita bantu jelah mana yg perlu. Kami tahu kami kuli. Kuli kan selalu kena buli. Kalau bukan kami yg bantu siapa lagi?. Bukan redha tapi pasrah. Redha itu ikhlas, pasrah itu menyerah.  Bagi aku dua2 tu tak ada beza pun.  Kena terima seadanya je lah.

Apa yg penting sekarang, kena lah positifkan diri. Muka senyum kata orang tapi dlm hati dah tak ada taman. Kata orang ikut hati mati. Ikut rasa binasa. Dua2 tu mintak simpanglah ya. Selagi mampu layankan je. Kalau dah rasa tak mampu sendiri mahu ingatlah ya!..

Adios...




Tuesday, November 15, 2011

So long...



Lama tak sembang2 kat blog ni. Banyak cerita nak update tapi masa dan idea mencemburui. Hari2 asyik balik lambat. Seminggu full dgn aktiviti. Balik rumah dah penat sgt. Mana lah sempat nak menghadap blog lagi. Bnyk benda nk update. Dah berlumba idea2 ni nak keluar tapi bila tekan je keyboard sume semangat hilang lesap. Aku pun tak rasa ada ke yg tertunggu2 or rindu nak baca entri2 aku?.  Mmg tak adalah kan?. Huhu.

First stori yg buat aku sgt teruja baru2 ni aku baru habiskan degree aku yg sgt kontroversi itu. Kenapa kontroversi?. Huh, gila payah aku nak mendapatkan sekeping kertas A4 tu. Smp satu tahap aku dah give up. Jatuh, bangun, merangkak, semua pun ada. Aku sendiri ingat aku tak akan berjaya. Jangkamasa 10 tahun untuk mendapatkan segulung ijazah?. Gila. Tapi itulah hakikatnya. 10 tahun untuk menghabiskan degree. Kenapa 10 tahun?. Huh, kalau aku nak cerita berkajang2 entri ni.

Mula2, aku sgt frust sbb x dpt offer ke IPTA. Dengan result spm aku 14 agregate time tu tak dapat bawak aku ke mana2. Sedih gila babeng. Tunggu punya tunggu dapatlah offer. Kemasukan ke unitar. Course nya bachelor of IT. Tempoh pengajian 4 tahun. Wallaweh! Tak perlu amik diploma terus lompat masuk degree. Sapa tak mau. Dpt lak loan PTPTN.

Tak fikir panjang aku terus accept the offer. Time tu course IT mmg tgh hot. Sana sini sume gila nak berIT sangat.  Nak tak nak aku pun terjebak sama. Zaman tu unitar dekat KJ.  Sekarang baru je pindah ke sunway bali. Malangnya unitar ni tak ada asrama. So menumpanglah aku kat rumah kekanda terchenta nun jauh di Bandar kinrara. So aku ulang alik je pegi kelas.

Semua berjalan dgn baik pada mulanya. Cabaran aku bermula lepas kakak aku dipindahkan ke KKB (kuala kubu bharu). Pilihan yg ada adalah untuk ikut dan ulang alik ke unitar atau sewa rumah sendiri dan hidup berdikari. Aku pilih yg ke dua. Sejak dari itu aku mmg tak menoleh ke belakang. Bukan dari keluarga senang aku bekerja sambil belajar. Semua untuk menampung belanja sewa rumah, buku dan makan minum aku.
Keje part time pertama aku buat sales assistant kat memory lane mid valley.

Igt lg time tu aku dibayar RM4.50 untuk sejam. Bunyi agak rendah tapi dah bersyukur sgt2 dah time tu. Aku manage waktu kelas supaya tak bertembung dengan kerja. Priority still belajar. Time tu mmg susah. Pernah duit cuma tinggal RM10 dlm poket. Duit yg ada pulak kena bayar harga barang yg dipecahkan customer. Manager aku sgt saiko. Dituduhnya aku tak jaga customer betul2 so brg yg dipecahkan dipaksa aku bayar. Nak tak nak terpaksa aku bg RM10 aku yg terakhir hari tu. Biar aku tak makan janji hati dia puas. Gila sedih time tu tapi tak apalah aku anggap sume ujian untuk aku.

Aku cari kerja lain dan dpt kat kedai printing dlm central market. Best gak sbb aku buat instant printing. Kat sana aku berjaya kaw tim ngan sorang staff untuk curi2 pegi kelas sebab keje aku full time. Kebetulan kelas 2 kali je seminggu. Dah bosan sgt sbb gaji rendah aku resign dan keje lak dengan satu restoran korea. Time tu dia nak offer gaji 1.2k. dah kira hebat sgt dah time tu. Aku jadi cashier. Waktu keje aku start 10 malam hingga 10 pagi. 12 jam.  Perghh. Mcm tak caya tapi aku keje gak. Balik keje jam 10 pagi terus bergegas pegi kelas. Mmg x smpt balik rumah lah jwbnya. kalau ada kelas petang, surau jadi hotel  sementara aku. Camtulah rutin aku. Part paling touching bila aku dituduh mencuri. Tu sume agenda manager aku yg ngok ngek tak nak bayar gaji. Dituduh aku songlap duit. Gila sadis. Sebab tak cukup bukti aku bebas.

2 bulan aku menganggur tanpa pedoman. Huh, gila pokai. Nak makan pun tak berduit. Nasib baek ada bf time tu yg merangkap en hubby skang. Sikit sebanyak aku boleh bergerak dgn motor cabuk dia time tu. Dari dulu sampai sekarang dialah transporter aku. Tapi biasalah kami time tu sama2 pokai. Apa yg ada share lah sikit sorang. Sebab tu aku sgt ingat jasa2 dia. Susah senang dulu kami sama2. Dah dekat 10 tahun dia masih dengan aku. Tiba2 aku jiwang pulak. Adoi.

Rezeki aku makin bagus lepas aku dpt offer keje kat public bank. Satu masalah baru mcm mana nak pegi kelas. Time tu aku terpaksa bekorban. Demi sesuap nasi atau segulung kertas? Mana dulu lebih mengenyangkan. Aku pilih dua2. Tiap kali ada kelas yg tak boleh ponteng aku ambik MC. Exam pun kalau cuti dah habis aku MC jugak. Cukup setahun kontrak tak boleh renew sebab terlalu banyak MC. Menganggurlah lagi. 

Tak lama lepas tu aku dpt offer jadi sekretari kat sebuah bank lain. Bila dah seronok keje biasalah datanglah perasaan malas nak belajar. Makin lama makin jauh aku dari kelas. Sampai satu tahap aku hanya register dan ponteng kelas terus. Exam aku dtg tapi satu hape pun tak boleh buat. Itulah zaman kegelapan aku. Kebetulan lepas tu kontrak aku dgn tmpt keje baru pun tak renew gara2 masalah disiplin aku. Aku sgt kecewa dgn hidup aku. Lepas satu, satu dugaan dtg. umur masih mentah tapi mcm2 aku dah kena lalui. Time tu rasa mcm nak hantuk kepala laju2 kat dinding. Fuhhh.

to be continue sbb dah ngantuks..papai..

Adios...




Monday, September 19, 2011

Merapu.




Dah lama tak berkecimpung untuk update blog. Sampai dah nak habis syawal satu entri pasal raya pun aku tak update. Satu je reason aku.

Malas.

Betul kata orang nak menulis ni kena ada passion. Kagum dengan mereka2 yang boleh update blog hari2. Banyak betul idea mereka. Mereka ni mungkin gifted. Ada je bahan2 yg boleh dijadikan entri menarik untuk blog mereka. Walau kadang2 ada yg meleret2 semata2 nak kejar point untuk nuffnang. Tapi biasalah, setiap apa yang kita buat tak kira apa pun adalah bersebab. Semua ada reason. Sama juga dengan hidup kita. Setiap hari apa yg kita buat mesti bersebab.

Kita makan bersebab. Kita mandi bersebab. Kita kerja bersebab. Kita tidur pun bersebab.  Tak payah aku terangkan satu2 sebab semua pun tahu baca. Tahu fikir semua. Tapi itulah, kalau ada yang tahu sebab musabab sesuatu perkara tapi sengaja buat2 tak paham. Lantakkan mereka.

Manusia boleh jadi hipokrit tetapi tidak hati. Sesuatu benda yg dibuat tak ikhlas tu akan terlihat juga akhirnya. Muka boleh cover baik punya tapi hati?. Sendiri mahu ingatlah ya. Kadang2 bila kita dah tolong mereka yg memerlukan ni belum tentu mereka akan kenang jasa sampai bila2. Minta maaflah ya memang dah adat dunia. Pepatah “bagai melepaskan anjing tersepit” ni memang dah banyak diguna pakai dalam kehidupan sekarang.  Antara sedar atau tidak saja. Yang dah terkena gigit jarilah jawabnya, yg belum terkena hanya tunggu sajalah saat2 nya.

Apa boleh buat. Value kan saja kehidupan sekarang. Tak perlu merungut. Tak perlu bersungut. Kalau dah selalu bersungut. Selalu merungut. Apa pun tak boleh. Kadang2 apa yang nampak bagus pada zahirnya bukan bagus dalamannya. Adatlah kan?. Nobody’s perfect apa. Yang penting kenalah baiki diri. Baiki kehidupan. Sampai bila nak harap jadi cacing dalam batu. Luar nampak gagah tetapi belakang kena buli. Takkan nak perjudikan nasib aje. Berdoa tidak. Usaha pun tidak. Nak tunggu bulan jatuh ke riba?. Kirim salam lah.

Aku pun tak tahu apa sebab aku merapu. tak ada sebab pun. kalau korang tak paham, aku lagi tak paham. Sebab kadang2 kita tak perlukan sebab pun untuk buat sesuatu. Kata orang just go with the flow. Tak gitu?.

Adios. 

Wednesday, August 24, 2011

Pelangi Petang Mereka...


Biasan gelodak rasa itu terhambur dari mata mereka yg redup
Di mana riak wajah itu terpancar dari kolam hati mereka yg basah
Bunga yg mekar itu menjadi saksi
Dua jiwa yg ingin bertaut menjadi satu
Tetapi mungkinkah?

Masa menjadi musuh mereka
Terlalu cepat atau terlambatkah?
Percikan itu terasa menerobos hingga ke urat saraf
Walaupun singkat zarah-zarah halus itu membentuk satu sinar yg terkesankan

Awan hitam yg dulunya berat bersarang sudah mula memuntahkan hujan-hujan renyai
Dua keping hati kering itu terus menerus disimbah basah

Mereka ingin mencantumkan malam-malam itu
Mereka ingin memungut bintang-bintang yg bergemerlapan
Mereka ingin mengait langit menjadi lebih dekat
Masih adakah sinar harapan?

Jika hidup itu sebuah drama disinilah pentasnya
Kita hanya pelakon terancang
Di mana skripnya sudah tertulis di luh mahfuz
Segala hikmah yg tersurat
Hanya DIA yg tahu

Oh, bersabarlah duhai hati
Dunia masih belum berhenti
Mereka dan kisah hati
Masih belum mati.

Kalaulah hari-hari yg berlalu itu boleh menjadi lambat
Dan malam itu boleh berlalu tanpa siang
Saat itu mereka masih boleh menganyam mimpi
Bukan sekadar pelangi petang sebagai memori

Semoga mereka kuat
Tabah menerima yg tersurat
Pelangi petang yg indah itu
Mungkinkan hilang
Tapi parut yg tinggal tidak pernah tersesalkan..

Adios..








Related Posts with Thumbnails